Friday, July 29, 2011

Things 'moved'

Aku bukanlah seorang yang jenis mudah perasan perubahan sesuatu perkara terutamanya jika ia melibatkan something yang kecil or tak berapa penting sangat. So mostly kawan sangat tak suka tanya aku kalau mereka did few things different on rambut, make up etc sebab aku tak dapat nak perasan melainkan aku suka that person sangat-sangat. Wakaka..


Previous post (dah lama gak ar) aku ada mention tentang cermin pada wardrobe bilik aku yang a bit paranormal kekadang create contengan bentuk tangan yang diheret panjang. Setiap kali aku padamkan guna kain or etc then ia akan terbentuk lagi dan lagi. It takes few year untuk aku perasan. Sehingga satu hari aku padam then aku buat kerja kat meja tulis aku dan around 15 minit after that suddenly bentuk tangan tu muncul lagi. Tak ada sesiapa dalam bilik aku melainkan aku sorang jer.. Hmmmm...

...

New paranormal things happens lagi. Aku dah kuarkan wardrobe tu dan bawak masok katil dalam billik (yap akhirnya bilik aku dah ada katil). Things happens cuma aku just buat-buat cam not such big things happen sehingga recently jelas memang ada 'sesuatu' berlaku. Things inside my room moved.

Memulanya sekadar suis dalam bilik aku yang a bit pelik ar. Bilik aku ada beberapa extension suis. Ada untuk kipas, untuk komputer, untuk tenet dan ada yang kosong. Memang selama ni hanya aku dan Angah jer yang tahu suis mana untuk fungsi mana. Cuma sesekali je Along kalau balik rumah akan handle itu ini. Selebihnya family member memang tak akan masok campur.

So perkara pelik start berlaku bila suis extension tu start di tutup. Memang sound tak pelik ar tapi bagi aku pelik sebab hanya suis bukan utama cam kipas, komputer ditutup. Suis utama tak plak. Ada masa suis modem internet di buka etc. Aku tak peduli lagi. 


Sehingga one day Uda ajak kami sekeluarga keluar makan malam. Aku sangat yakin aku dah tutp semua suis sebab ia memang kebiasaan kami adik beradik plus bapak biasanya akan buat second check. Plus aku tutop pintu. Tak ada sesiapa di rumah untuk 2 jam lebih tu. Tapi bila balik, pintu bilik aku terbuka. Dan suis modem internet tu on tapi suis kipas ditutup. 



hmmmmm...





...





Tadi aku baru balik semayang Jumaat, pintu bilik aku tertutup. Bila aku buka, ada something halang. Aku check rerupanya meja komputer aku yang halang pintu. Buat aku terfikir: satu-satunya cara untuk meja tu menghalang pintu ialah apabila ada 'seseorang' yang tolak meja tu dari dalam dan tutup pintu tu dari terbukak. Hmmm..










DAMN

No comments: