Friday, July 15, 2011

Ekspresi Muka

Ada beberapa orang kawan aku ni kata yang  sangat senang nak detect kalau aku tak suka sesuatu or seseorang hanya melalui ekspresi muka aku jer. Kadang-kadang dalam aku bercakap ngan seseorang or buat cam biasa jer then bila orang tu pergi terus je kawan aku kuar statement mereka 'Kau tak suka dia aae?' Bagi aku certain emotion tak perlu nak sembunyi-sembunyi. Biar senang orang nak teka. Sebab kalau aku tak suka or moody then selamanya ar aku moody. Wakaka..


Contoh cam masa interview pagi tadi. Aku sangat-sangat tak nak datang sebenarnya. Sebab ia panggil aku last-last minit (masa aku tengah layan Harry Potter), syarikat tu plak nama je antarabangsa tapi laman web cam haram tak ada maklumat dan langsung tak lawa membuatkan aku tak tahu apa modus operadi sebenar syarikat ni. Tapi last-last aku pergi gak sebab terpaksa. Buat first time aku buat tak layan interviewee lain. Kedian masa tengah interview tu aku senyum tapi jawab simple-simple jer. 

Ada satu soalan tu dia tanya "Do you have any experience in selling things?" dan jawapan aku paling panjang "Nop.." Dan dia kekal tengok aku menunggu sambungan jawapan sedangkan aku just tersengih jer. So dia suruh je aku keluar awal...






















Tapi sebaliknya kawan mostly cukup susah nak detect kalau aku suka pada seseorang. Aku sedaya upaya elak rasa nervous bila dekat ngan dia, tak toleh dia langsong, cakap cam biasa etc. Wakaka

2 comments:

Aslyna A said...

hint: tak toleh langsung..cakap macam biasa..pasni sure banyak awek yang perasan..hihi

Aj Abdullah said...

wakaka, masalahnya lepas ni semua perasan plak sebab all the time dah buat reaksi cam tu dan mereka tahu kalau each time buat cam tu maknanya tengah jatoh hati. pulok ar kan? wakaka