Sunday, July 24, 2011

Last Week

Semalam masa baru tiba di Kuching International Airport rasa cam dah lama meninggalkan bumi Kuching ni. Rasa cam zaman belajar-belajar dulu. Dah 3-4 bulan belajar then balik Sarawak ada beberapa perubahan dapat dilihat. Cuma kali ni hanya pergi untuk seminggu. Tak ada apa pembangunan yang berubah. Check email pun sekadar berbelas spam yang masok. Hmmm..

Untuk tempoh seminggu aku berada di Bintulu. Bintulu ialah sebuah bandar yang cukup panas. Semua orang memperakuinya. Mana taknya ada beberapa loji LNG ada kat sini yang 24/7/365 mengeluarkan api pembakaran  terbuka sepanjang masa. Sehingga waktu malam, langit di Bintulu hanya berwarna merah jer. Tapi as time goes by semuanya jadi a bit imun.

Pengalaman bertugas sebagai penceramah bebas? Hari pertama a bit moody sebab ada some part yang berjalan di luar kawalan tapi as time goes by lagi semuanya turn to be okey. Ngan perangai pelajar yang nakal tapi still hormat penceramah then semuanya berlalu dengan pantas dengan gelak tawa dan hiburan. Dan rakan-rakan penceramah lain pun sangat satu kepala so semuanya bertambah senang lagi menyenangkan.

Kat sini gak aku ada tambahan koleksi roomate lagi: 2 orang iaitu sorang Nazrul yang menganggap aku as orang tua yang berpengalaman sedangkan beza umor kami just kurang 2 tahun je pun dan Nicholas seorang kaki blogger yang dikenali dan cukup respek sebab dia seorang lelaki yang sangat berdikari. 















Pelajaran paling besar aku belajar selama di sini ialah: semakin kita kenal ramai orang makin ia mendekatkan diri kita untuk kenal diri kita sendiri.












Aku akan datang lagi lain kali ke sini.




















Hmmmmm

4 comments:

[sutera kasih] said...

1st time singgah sini :)

btw, betul tu..semakin kenal ramai org, semakin kita mengenali diri kita..

Aj Abdullah said...

trimas sebab singgah sini..


sama cam kalau kita nak org sayang kita then kita kena sayang diri kita dulu gak kan?




hmmmmm.. sama ker?

IgatUS said...

Wah kacak la blog...Ok^

Aj Abdullah said...

thanks nik, blog ko tetap terbaek ar.. ne blog pribadi ko tek?