Saturday, July 16, 2011

Malaysian

Apakah yang menjadikan Malaysia cukup istimewa bagi korang selepas video seks Anuar Ibrahim yang didedahkan oleh Trio yang mendakwa ia adalah tanggungjawab mereka untuk menyebarkan 'kebenaraan' dan pasukan bola sepak Malaysia yang makin best recently? Bagi aku Malaysia cukup istimewa sebab kita semua boleh hidup dengan aman damai walaupun mempunyai latar belakang dan fahaman yang berbeza. Tipikal answer kan tapi itulah realitinya.


Hari ni tadi pergi Pasar Minggu ngan parents beli bekalan barangan dapor. Pasar Minggu di Kuching ni kira cam pasar malam di Semenanjung ar cuma ia ambik masa 2 hari, literallynya ar. Ia jual segala barang yang terfikir di kepala otak korang start dari benda logik ke benda-benda mengarut pun ada. So dipendekkan cerita hari ni tadi banyak events yang menjadikan aku sangat happy berada di Malaysia bila pelbagai lapisan masyarakat leh kongsi ketawa, cerita, pengalaman, pendapat masing-masing bersama tanpa ada rasa perbezaan sedikitpun.
.







Membuatkan aku cuba mempersoalkan: siapa yang benar-benar mewujudkan perbezaan ni?



...



Aku bercakap dari pandangan mamat Melayu yang ada masa a bit hairan dengan sikap keBANGSAan mereka. Contoh cam situasi ni:

a) Kalau orang bangsa lain bagi komen tentang mereka then akan kuar ar caki maki kata mereka nak mencabar hak keistimewaan Melayu, hak Sultan, racist, dasar penumpang etc tapi bila orang sama bangsa komen tentang mereka then akan kena cop murtad, kurang ajar, tak sedar diri etc.


Lom lagi bab bab lain cam kalu kita refer tolong bangsa lain dari bangsa sendiri, rapat lebih ngan mereka etc.









Aku ada beberapa orang kawan bangsa lain yang kami sangat selesa mengutuk bangsa satu sama lain dengan terbuka. Ia sebenarnya bukanlah mengutuk tapi lebih kepada untuk tahu yang tak ada bangsa yang lebih mulia dan bertamadun tinggi dari bangsa-bangsa yang lain. Baik dan jahat ada pada semua kaum dan ia tergantung kepada individu itu sendiri.










Kami lepak sama, makan sama, tidor sama, did everything bersama. 











Bagi aku perbezaan hanya akan kelihatan pada orang yang mahu melihat perbezaan.












Aku sayang Malaysia. Next week aku akan share idealogi aku pada generasi-generasi yang akan membentuk negara pada masa akan datang. Harap aku berjaya.. Hmmmm..

2 comments:

[sutera kasih] said...

owhh tinggal di kuching?

Malaysia di hatiku :)

Aj Abdullah said...

Yap. Bukan kat Jalan Kuching kat KL plus walau kat mana kita tinggal sekalipun, Malaysia tetap di hati kita kan?