Each time aku sebut nama aku: Naziruddin dalam new environment then pasti akan keluar nama-nama baru lain yang mereka akan guna untuk panggil aku aka orang sangat susah nak pronounce nama aku sebetul-betulnya. Ada yang bertukar jadi Nazruddin, Nazaruddin, Nazriruddin, Nazruldin or paling tersasar jauh jadi Dinding (ini kawan Cina aku punya angkara r).
So all of the time aku akan guna nama AJ je as nama yang paling simple and paling senang nak disebut. Maka AJ r nama aku dari kecik, zaman sekolah, zaman universiti, zaman kerja or kat mana-mana sekalipun. Family members panggil aku AJ, kekawan panggil aku AJ, Cikgu cikgi panggil aku AJ, Bos aku panggil aku AJ then mana-mana sekalipun AJ ar nama aku. Sehinggakan kalu ada part someone sebut nama sebenar aku then aku sendiri pun kekadang lupa... terlampau ar cam tu. Hmmmm..
Kekadang ada gak fikir yang susah payah parents pilih nama then sesenang jer panggil aku AJ. Nazir tu asalnya dari nama moyang sebelah emak aku. Memang nama Banjar betul-betul ar tu.
.
.
Ada part aku cuba gak guna nama lain contoh keadaan cam kalu ada group tabligh datang or orang cam alim ulama tanya nama aku then aku guna nama 'Nazir'. Bunyikpun sedap dengar. Kalu aku letak nama AJ kang nanti kena ceramah agama lebih teruk aku kang.. wakaka
Kekadang ada gak yang try panggil aku ngan pendekkan lain tapi tak berjaya. Ada yang pernah guna Naz, Nazi, Rudi, Rj pun tak berjaya. Or worst bila ada panggil aku Din tapi aku tak layan ar sebab aku tak layak guna nama semulia tu.. Hmmm...
...
There are several girls ni, pernah tanya aku satu soalan "Aj, ko refer girl free hair or pakai tudung?". Aku kata mana-mana pun aku tak kisah sebab kalu dah jodoh nak wat cam ne r kan. Aku waktu tu tak r sosial mana pon cuma aku kurang limitasi lelaki-perempuan ar. Diibaratkan kalu film setakat 18SG or 18PL lagi ar. Belum part kena censored or kena potong terus r bab tu. Hmmm..
Then satu hari ni aku nak balik ke UKM dari Kajang. Tengah tunggu bas then ada sorang girl ni suddenly tanya tentang bas yang akan masok UKM. Firstlynya aku tak perasan pun dia kat situ. Sebab dia pakai baju kurung ngan tudung labuh lagi. Plus agak pelik untuk dia refer tanya kat aku daripada ramai lagi girl sekitar. kemudian aku jawab dan kami terus bercakap sehingga bas datang, dalam bas dan sehingga sampai ke destinasi dia.
Antara perkara pertama yang kami bualkan ialah hal nama. Aku tak akan lupa bila dia tanya makna nama aku. Aku tak akan lupa nama dia dan aku tak akan lupa dia..
...
Nama ialah onething yang membezakan manusia ngan plenty of fish kat lautan, serangga kat muka bumi, burung-burung kat angkasa or biri-biri kat New Zealand. Im not sure kalu dalam bahasa haiwan-haiwan tu mereka ada nama then lain cerita ar. And even dalam bacaan aku tentang psikologi ni: ciri yang ada pada nama yang sering digunakan oleh individu akan mempengaruhi sikap mereka. Wow isn it?
And kalu tak silap aku dalam Islam gak (kalu silap betulkan) ada kata kalau nama yang diberikan tu tak sesuai untuk diri seseorang then badan kita akan menolaknya sendiri.
Dan betapa pentingnya nama ni sebab kat akhirat kelak individu akan dipanggil as makna yang ada pada diri dia tak kira nama tu nama Arab ke, Melayu ke, Cina ke, India ke janji nama tu mesti ada makna yang baik. Ada orang yang nama yang maknanya lurus jer cam ketua yang baik, cahaya keimanan, kecantikan, pemimpin yang dikasihi, hamba Allah, kekasih Allah etc.
Dan nama aku pulak maknya cukup misterius: 'Perbandingan Agama'
Dan aku yakin ia tak dicipta secara kebetulan je kan?
No comments:
Post a Comment