Wednesday, June 8, 2011

Dajjal al-Masih

Dajjal digambarkan sebagai seorang lelaki yang buta sebelah mata, pendek, berkulit merah, berambut kerinting plus-plus-plus. So ditakdirkan last few year di sebuah negara arab lahir seorang budak yang cyclops dan memiliki basic ciri-ciri Dajjal lalu dibunuh oleh masyarakat tempat tu atas alasan: that little boy could be Dajjal aka tanda-tanda besar kiamat nanti.. Hmmm...


Aku pernah berdiskusi di Sungai Sarawak ngan sorang kawan ni. Ada part aku tanya dia: macam mana Abu Bakar leh percaya bila sorang lelaki tu kata satu malam dia menaiki seekor haiwan yang berbentuk cam kuda, bersayap dan berkepala manusia menaiki 7 peringkat langit, melawat syurga dan neraka, pergi ke Palestine dan kemudian balik semula ke Mekah just like that jer? 

Akibat dari peristiwa tu, ramai yang mempersoalkan kewarasan Muhammad S.A.W. dan ia terus dijadikan issue oleh pihak-pihak tertentu sehingga ke hari ni. Pada waktu tu jugak ramai yang keluar dari Islam. Selebihnya yang percaya bertambah kuat keimanan mereka.

Just imagine kalu ttiba satu hari dekat area Bukit Bintang suddenly ada sorang lelaki buat statement yang hampir serupa. Apa reaksi korang? Korang akan berlalu pergi tanpa fikir panjang or worst korang fikir ada rancangan tengah trick korang ngan camera tersembunyi. Then tak lama pas tu orang tu kena tahan van bawak ke hospital sakit mental. 

It sound funny isnt it? Tapi kenapa sewaktu Ayah Pin kata dia pernah berjumpa dengan tuhan di langit lalu membentuk kerajaan langitnya sendiri dan ramai yang percaya? Bukan sahaja orang kampung berfikiran tahap SPM jer percaya malah ustazah, peguam, orang kaya yang berfikiran global pun leh ikut sama percaya.. Hmmm.. 

...

Bagi sesiapa yang tak tahu, Dajjal dari perspektif Islam adalah ciri-ciri besar yang menunjukkan kiamat akan tiba. Even Christian pun wujud satu watak yang hampir sama iaitu Antichrist aka Man of Sin. Plus Jewish pun ada jugak yang sama. Tak kira apa pun kepercayaan korang, kalau korang ialah seorang Believer then korang perlu tahu yang bahawasanya Dajjal itu sesuatu yang pasti.

Teringat sewaktu Sai Baba masih hidup dulu, ramai yang kata dia adalah Dajjal. Konon-kononnya dia memiliki ciri yang dimiliki Dajjal. Belum lagi masok bab dia leh hasilkan tepung dari tangan, menukar besi kepada emas,  menyembuhkan orang buta dan lumpuh etc. Tapi bila dia mati, orang pertikaikan statement tu balik sebab Dajjal takkan mati sebab sakit tua or kegagalan fungsi organ or etc. Aku just ketawa besar. 

Aku pernah terbaca satu blog yang aku tak dapat nak link-kan sebab dah lama dulu aku baca then tak ingat lagi mana entah hilangnya link tu. Blog tu kata kalau Dajjal betul-betul muncul dalam keadaan bermata satu (or buta sebelah), rambut kerinting, pendek, gemuk, hodoh then aku pasti tak akan ada sesiapa pun yang akan nak dengar kata-kata dia. Or awal-awal lagi dah ramai orang fanatik akan bunuh dia sebab tahu dia dajjal. 

Dajjal dari pendapat blog tu dan aku setuju jugak dikatakan akan muncul sebagai seorang yang boleh diterima oleh semua orang dengan senang. Ciri-ciri tu still ada cuma ia dikaburi oleh wajah lain: wajah yang orang beriman sahaja dapat bezakan. Just imagine kalau ada seorang lelaki yang kacak, berpakaian kemas, budi bahasa baik, disenangi ramai then bila dia keluarkan 'fitnah-fitnah'nya semua orang akan percaya dengan mudah kan? kecuali oleh orang-orang yang beriman sahaja.
















Dikatakan bahawa Dajjal telah lama hidup. Dia tak mati-mati lagi. Dia berada dalam persembunyiannya. Memerhati masyarakat dunia. Dan dia akan keluar bila masanya dia dah bersedia. Kita dah bersedia ke menerimanya? Hmmmm...

3 comments:

MORIBAYU said...

Waktu ini,dajjal terlalu dimomokan sebagai satu isu besar.
Sana-sini,orang berkata ttg dajjal..illuminati..mason dan etc.
mereka bercakap seolah,buku yg boleh bercakap.

kadang2 me terfikir,apakah betul..apa yg mereka perkatakan itu ??.Tak sedarkah,apa yg mereka cakap secara membuta tuli itu..boleh menjadi fitnah ??.

dan akhirnya~kebenaran yg mereka damba-dambakan itu,mungkin menjadi fitnah dajjal ??.

Kalau boleh,janganlah kita taksub sangat dengan isu dajjal ini.Kita jadi takut dan gentar,dengan kedatanganya.Sedangkan kita hanya perlu takut kepada-NYA.Akhirnya..Kita prejudis sesama sendiri.Kata orang itu pengikut dajjal,bangsa itu sesat..kaum ini dikuasai dajjal.Jika kita lihat,terlalu banyak tunding menunding sesama kita.

akhirnya kita sengketa sesama kita.Dan dajjal mungkin bertepuk tangan..melihat kemusnahan bangsa manusia.

bagi me,dajjal itu adalah ujian.
sama macam ujian kehidupan yg lain.Kita hanya perlu teguhkan iman,sediakan diri...kukuhkan iman dan ilmu.Insya Allah,kita akan kekal di atas jalan Allah Yang Esa.

Aj Abdullah said...

Yap. Allah sangat suka menguji manusia. Kadang-kadang ayat dalam al Quran disampaikan dalam bentuk teka teki. Ia suruh manusia berfikir: either nak terima as bulat-bulat or ada 'something' yang tersembunyi disebaliknya.

sama cam kiamat kelak. Ada yang kata akan ada meteor besar jatuh ke bumi membuatkan ombak besar ar, teori itu ini tapi last-last sehingga sekarang tangan manusia sendiri yang banyak memusnahkan dunia mereka sendiri.

hmmmm

MORIBAYU said...

masalahnya dengan manusia.

mula-mula mereka cipta soalan.
bila mereka,tak dapat jawapan.
mereka cipta pula jawapan.
bila jawapan mereka..tak mampu diterima.
mereka cipta soalan lagi.

mereka tak akan berhenti.
sebab mereka manusia.Sedangkan
persoalan itu ....mempunyai umur yang panjang,liat..dan susah untuk hapus.Dan manusia...tak pernah mahu fahami.