Sunday, January 6, 2013

Rashidi & Sekolah

Khutbah Jumaat yang lepas Khatib talks about trending issue iaitu sesi sekolah yang baru bermula dan bagaimana peranan ibu bapa dalam membangunkan sahsiah anak mereka sendiri. Entah apsal suddently ia buat aku teringat tentang seorang budak lelaki yang bernama Rashidi yang tak tahu eja nama dia. Setiap kali dia eja nama dia then ia akan jadi R-A-S-She-Dee-Yee. Dia bukan ahli keluarga. Bukan juga saudara.  Tapi sorang anak kecil yang tak ada ibu bapa yang membesar dari saat dia kenal dunia di rumah anak yatim piatu. Hmmm..


Anak buah aku si Puteri tu baru masuk darjah 1 beberapa hari lepas. Dia sangat manja dan emak dia sangat suka memanjakannya. So tamat jer sesi tadika dulu dah banyak barang sekolah yang dibelikan. Even masa hari pertama sekolah si adik ni bukan main bersemangat lagi nak ke sekolah sehingga bangun cukup awal dan cepat (second day dah buat hal dah wei) dan emaknya tunggu kat sekolah gak untuk sejam dua. 



Ia buat aku terfikir cam mana kisah Rashidi dan anak-anak yang senasib dengan dia pada hari pertama persekolahan..? Adakah mereka juga cukup tak sabar seperti kanak-kanak yang lain..? Atau pada hari pertama mereka bersekolah tanpa ada sesiapa yang menemani. Lebih teruk bila melihat rakan-rakan lain datang bertemankan ibu bapa untuk sejam dua. Atau ketika waktu pulang tak ada sesiapa yang menunggu mereka. Hmmm..









Aku rasa kita terlalu mementingkan diri sendiri. Kenapa kita tak nak mencurahkan sedikit kasih sayang kepada mereka yang tak punya sesiapa untuk menyayangi mereka seperti anak kita yang punya ibu dan bapa..?



















Ketika Rashidi pegang tangan aku, genggaman dia erat. Kuat. Seolah-olah dia tak nak aku terleka seketika dan kemudian terhilangkan dia. Tak seperti kalau aku pegang tangan anak-anak buah aku. Malah diaorang cukup suka menolak sebab mereka tahu yang aku akan tetap ada disitu. Hmmm

4 comments:

ct.amanda :) said...

Salam :)
Mau tanya. D mana biasanya kamu edit gmbar ni? Means, letak words tu smua. Cantik. Plus kualiti gmbar yg cantik. :D

Aj Abdullah said...

Oooh tq ct amanda
saya just guna adobe photoshope jer edit gambar dan gambar pun just ambik guna kamera handphone. Saya selalu ingatkan diri bahawa application or gadjet yang hebattak menjanjikan yang hasil akhir kita buat tu hebat. Semuanya terletak dalam diri kita jer. Hmmmm

ct.amanda :) said...

Thank youuu sharing. Betul betul :) Cuma saya x brapa pandai guna Adobe Photoshop. Selalu guna Photoscape ja. Xpa, nanti saya blajar. Hehe. Tapi memang cantik semua gmbar2 kamu. :D Thank you for sharing the info.

Aj Abdullah said...

tq3. X kira photoshop ke, photoscape ke or even applikasi paint sekalipun, kena buat sebaik mungkin. all the best dan semoga maju jaya