Tuesday, January 29, 2013

Jahil Agama

Ada 2 situasi ni pernah berlaku dalam hidup aku yang bagi aku walaupun ia boleh jadi bahan ketawa tapi sebenarnya agak menyedihkan sebab ia melibatkan agama iaitu bila ada orang yang agak jahil tentang agama kata:
i) Bersentuhan antara adik beradik lelaki dan perempuan boleh membatalkan air sembahyang dan
ii) Makan juga antara perkara yang boleh membatalkan wudhu gak. Hmmm..


Bapak aku antara orang yang agak penting gak ar di kampung tempat aku tinggal sekarang ni. So bila it come part to agama then bapak aku antara tempat rujukan mereka. Plus since bapak pencen dia dah start mengajar anak-anak jiran mengaji. Tapi dia tak pegang apa-apa jawatan agama pun kat kampung. Pernah dicalonkan tapi dia tak nak. Dia pilih untuk jadi orang biasa-biasa jer.

So disebabkan peranan dia yang agak penting tu menjadikan aku jumpa ramai orang gak yang datang ke rumah kami untuk perkara-perkara berkaitan agama. Mostlynya menyedarkan gak ar. Cam end of last year satu malam ni ada sorang pemuda kampung datang ngan sedara dia ke rumah kami. Aku as usual just dalam bilik jer dengar apa yang berlaku kat luar. Rerupanya dia datang sebab nak belajar perkara yang perlu dia tahu untuk menjalani kehidupan selepas berkahwin. Or in other wordsnya untuk sesi soal jawab before akad nikah kat majlis agama nanti. 

Jadi bapak aku ajar ar dari benda-benda basic such as Rukun Islam, Rukun Iman sampai bab ibadah. Bagi aku part yang menyedihkan bila dia tak tahu pun cara mandi wajib. Duh, umor dia sekitar 2-3 tahun muda dari aku. So around 25 tahun tu dia tak pernah mandi wajib ar..? Kalau dia tak pernah mandi wajib then cam mana ngan solat or ibadah-ibadah dia yang lain..? Hmmm..










Last week ada sorang emak ni datang jumpa bapak aku ngan matlamat nak hantar anak dia mengaji kat rumah kami. Anak dia dah form 1 tapi hari ni tadi datang mengaji dan baca Iqra pun tak lancar. Aku rasa sedih lak.

Teringat kami adik beradik masa mengaji ngan bapak dulu menanggis macam kena rotan. Sedangkan bapak mencuit pun tak pernah. Hasilnya belum habis sekolah rendah dah tamat Quran (kecuali aku sebab aku anak bongsu). Walaupun bapak sibuk as Polis tapi masa Maghrib dan Isyak mesti berjemaah. But what happen to parents zaman sekarang: hantar anak kelas mengaji tapi emak bapak tak pernah berjemaah sekeluarga. Then bila keluar issue penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain then start marah-marah kat wall FACEBOOK. Apa kes..?










Aku kuarkan post ni bukan untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya untuk teguran diri aku dan semua umat Islam yang lain. Sejauh mana kita mementingkan agama dalam hidup kita..? Apa yang kita ajar pada anak-anak kita..? Kalau kita rasa kita tersasar then ubah sekarang. Biar umor kita 25 tahun or biar anak kita dah form 1 then berubah ar pada masa tu. Jangan kata nanti umor aku 50 tahun then baru aku start nak belajar mandi wajib or anak aku kat sekolah ada kelas agama then biar ar ustaz-ustazah sana yang ajar. Hmmmm..














Walaupun most of the time aku sangat tak bersependapat ngan bapak aku tapi aku sangat berterima kasih pada parents aku sebab mengajar kami basic agama. Parents aku tak kaya tapi agama tu ialah harta yang cukup besar yang mereka pernah bagi kepada kami adik beradik. Kalau semua harta dunia ni dirampas dari aku then aku masih okey lagi tapi kalau agama ni dirampas dari aku then aku ialah orang yang paling miskin di dunia. Hmmm

4 comments:

Shila said...

teringat zaman kecik..

mmg mgrib wajib jemaah..lepas tu mengaji terus..

tpi aku selalu je kene rotan..pemalas kan.. siap quran kembang kene air mata menitik-nitik.. nangis lg kuat, lg bnyak kene rotan..khatam quran pn lmbt..sekolah menengah baru khatam kot..

dan dulu2 aku jeles je kalo kene solat tu, kakak2 aku x solat bila time diorang period..

Aj Abdullah said...

Wakaka. Lawak lak cerita part jeles ngan kakak sebab period. So sekarang dah x jeles lagi ar kan..?

Tu ar waktu kecik dulu mesti rasa cam tak best lak kena paksa baca Quran sambil nanggis-nanggis. Tapi bila dah besar baru faham. Yang pasti budak sekarang ramai dah x nanggis baca Quran lagi kan..?




huhuhu

MORIBAYU said...

yups...teringat jugak dulu.
betulah kata misz sanget.


dulu kalau mengaji.sampai kembang kertas buku quran tu.sebab dek air mata.

dulu mengaji takut.bukan takut nak ngaji.Tapi....
takut buat silap.lagi-lagi,jika yg ngajar ibu dan abah.

dulu siap pernah kena sedasss pelempang dari abah.
sampai terbalik rehal kot.

aduhai......

tapi lewat tahun 90,ada keluar muqaddam versi plastik pvc.hahahahahah terus takder lagi dah kes,kertas kembang-kembang dah nieh.

Aj Abdullah said...

Dulu bapak aku yang ngajar ngaji semua adik beradik. kalau effect nanggis cam kena dera tu biasa ar. tapi sebab aku ni degil sikit so bapak marah cam ne pun dah imun pada aku so aku menamatkan pengajian baca Quran ngan emak aku. (or in other wordnya: aku tak nak bapak yang ngajar aku) wakaka

yap, aku pun ada muqqadam plastik tu gak.. nostalgia beb. sekarang semua guna Iqra jer.