Nama penuh aku Naziruddin. Tapi since aku dari kecik lagi parents, family members, jejiran, kekawan sekolah, cikgu or mostly yang kenal aku panggil aku AJ sehingga menjadikan bukan sahaja ramai yang tak tahu siapa Naziruddin tu even kekadang aku pun dah tak ingat nama asal aku gak. Ia berbeza ngan siblings aku yang punya panggilan keluarga, panggilan kekawan or panggilan diri sendiri lain. Contoh cam abang aku sorang ni. Family panggil dia Uda. Dia panggil diri dia sendiri Eden. Kekawan dia lak panggil dia Maha. Aku lak just Aj. Yap, kecuali bila ada geng-geng tabligh datang then baru aku guna nama Nazir. Lebih Islamik. Wakaka.. Poyo jer..
Setiap nama punya konotasi sendiri. Cam nama Nazir tadi yang sound lebih Islamik berbanding Aj yang kalau orang tengok aku dan nama tu seem like ia seorang yang bebas, kaki clubbing, sosial etc. Even ada psikologi kata yang nama yang sering digunakan untuk diri tu punya effect besar pada personaliti individu.
Back to story, kira pendek kata sebab korang dah pernah terjumpa sorang mamat/minah bernama tertentu then terjumpa lagi orang lain ngan nama yang sama ngan perangai 2 x 5 gak then korang akan punya konotasi bahawa nama tu punya perangai yang sama. Even certain nama orang yang korang tak pernah kenal pun korang secara tak sengaja akan punya konotasi or prediction tertentu gak.
Contoh:
Imagine kalau aku cerita sorang pompuan nama Salbiah kat kampung aku. Then pasti kat otak kau imagine yang Salbiah ni kira cam pakai baju cam mak cik-mak cik kampung standard ar. T-shirt ngan kain batik lusuh ngan rambut tak terurus. Hobi lak lepak kat rumah jiran sambil ngata anak jiran yang lain plus tengok sinetron Indon setiap petang ngan emosi tahap cerita tu real lak.
Then aku sambung cerita: Dia sekarang dah kerja kat bandar. Nama sekarang dah jadi Sally. Then terus otak kau tukar image tadi jadi sorang girl yang pakai baju branded ngan make up merah pipi, makan kat restaurant ada kelas ngan bapak ikan. Betapa just nama jer leh bagi konotasi berbeza pada otak kita kan..?
Or masa abang aku x lama lepas kawen dulu dia ada balik rumah sekejap then dalam kereta aku ada cakap-cakap kosong ngan dia bab kalau ada anak then nama apa nak di bagi. Uda punya pilihan terawal ialah Malique (yang ditentang oleh emak aku bila baby boy dia lahir) Tapi kemudian teralih kepada nama-nama yang jangan dibagi cam Bob sebab takut budak tu akan jadi lelaki dewasa yang gemuk or Shafiq sebab tak nak budak tu akan jadi anak yang spoil manja. Sehingga last-last dia kata susah-susah sangat then letak je lah Maha Junior then perangai sebijik cam bapak. Wakaka.
...
Recently aku jumpa sorang lelaki. Nama dia Bob. Reaksi aku: tergamam dan terkesima. Dalam hati aku mempersoalkan "Apsal dia tak gemuk..?" I dont get it..!!!
Hmmmm..
No comments:
Post a Comment