Sebuah filem yang diadabtasi biasanya versi asal novel punya jualan hebat either ia bahan popular remaja or ia memang naskah yang hebat. Sekaligus menjadikan ramai pembaca novel akan rasa filem adabtasi tu kureng berbanding versi asal. Tapi ada gak yang versi novel fail tapi filemnya best dan meletop. Hmmm..
Aku pernah plan nak beli novel Abraham Lincoln Vampire Hunter sekitar pertengahan tahun 2012 dulu. Waktu tu baru keluar trailer filemnya kat Youtube. Tapi aku lebih tertarik pada tajuk novel tu terlebih dahulu. Abraham Lincoln (Abe) aka the famous President Amerika yang menyamaratakan hak orang kulit hitam as hamba abdi zaman tu kepada sama ngan hak orang kulit putih lain plus kena tembak masa tengok teater. Dan dalam novel tu dia ialah seorang vampire hunter...? Cool right...?
Ideanya sangat hebat ar bila sorang yang selama ni kita hanya tahu life dia as President tapi rerupanya dia ada other life yang sangat cool as vampire hunter. Ia kiranya deviation tapi still mengekalkan apa yang sebenarnya dilalui oleh Abe dari kecik sehingga mati tapi versi yang orang lain tak tahu. Even awal-awal novel ni ada prolog yang menceritakan tentang penulis: Seth Grahame-Smith membaca jurnal oleh Abe yang tak didedahkan kepada umum tentang kewujudan vampire di Amerika.
But unfortunately selalu sangat berlaku bila idea yang baik gagal dalam bab penceritaan. Cerita ni kalau aku gambarkan as graf then ia mendatar dan bila ia naik tetiba ia turun dan mendatar lagi sampai ke hujung. Aku baca, baca dan baca lagi tapi aku tak jumpa klimaks lagi so aku teruskan baca dan baca then sampai habis still ia tak ada klimaks langsung. Feelnya cam kalau kita having a sex ngan pasangan kita then bila dah nak sampai kemuncak tetiba ada call dan dia terus berlari keluar bilik untuk jawab then sambung balik main dan bila dah nak sampai kemuncak then tetiba dia kata dia terlupa nak bagi kucing korang makan dan ia berterusan lagi dan lagi sehingga last-last ko gave up sebab letih so tidur jer. Hmmm..
Realitinya banyak part yang boleh jadi klimaks dalam cerita ni cam bila first awek or anak dia mati dan Henry si vampire nak menawarkan kehidupan kekal kepada diaorang or masa dia terperangkap dalam bangunan yang terbakar dan kat luar ada vampire or masa 2 other vampire hunter yang nak bunuh vampire doktor tu or paling tak masa si vampire assassin yang nak bunuh Abe dalam teater pun leh gak. Tapi unfortunatenya cerita ni tak ada klimaks yang benar-benar bagi mood naik kepada pembaca. Hmmmm...
Kesimpulannya membaca novel ni feelnya cam menonton keseluruhan kartoon bersiri Pokemon secara marathon yang korang dapat agak setiap episode mesti Ash Gray ngan kekawannya akan gi tempat baru dan jumpa pokemon baru dan kebetulan Rocket Team ngan Meowth pasti akan berada kat tempat yang sama yang last-last Pikachu akan menyelamatkan keadaan dan penjahat tu akan melayang jauh dan ia akan berulang dan berulang lagi.
Cam tu lah yang berlaku dalam novel tu. Dia berlawan, berlawan dan berlawan lagi. Sehingga rasanya tak ada penegasan lansung pada moment-moment yang penting cam masa kematian Abe. Nexy nak tengok versi filem lak. Hmmmm
No comments:
Post a Comment