Friday, January 11, 2013

Alarm & Manusia

Soalan Bonus:
Apakah cara yang membuatkan korang bangun tidur..?
a) Entah. Korang jenis yang tanpa ada yang kejutkan still korang leh bangun on time yang ko nak.
b) Korang jenis yang sangat sensitif ngan bunyi. Setitik air jatuh dari atap rumah terkena lantai leh buat kau bangun.
c) Ko jenis yang akan terbangun once alarm phone yang dah disetkan on time tu berbunyi.
d) Ko jenis yang perlu dikejutkan ngan sentuhan fizikal either orang lain tolong kejutkan badan or air satu baldi membasahkan badan.
e) Ko jenis terbangun once kalau perut dah berkeroncong or pundi kencing dah penuh sangat.
f) Ko jenis yang walau gempa bumi, rumah terbakar banjir pun still tidur mati. Hmmm..


Aku jenis yang cukup susah nak tidur tapi cukup mudah untuk bangun. It takes 1 hingga 2 jam berbaring then baru leh tidur (melainkan kalau aku betul-betul letih ar). Aku lebih refer tidur dalam keadaan yang cukup-cukup terang dan cukup-cukup bising berbanding dalam keadaan gelap yang ada cahaya sikit or sunyi tapi sesekali ada bunyik cam kereta lalu, kucing mengiau etc. Tapi once aku tidur then biasanya orang sekitar aku lak yang tak dapat nak tidur sebab aku jenis yang kuat menguruh dan bercakap masa tidur. Wakaka

Tapi as aku kata tadi yang aku sangat mudah bangun pagi. Yap, I need alarm untuk bangun tapi telinga aku pun sensitif pada bunyik-bunyik sekitar sehingga buat aku akan terus terbangun. Perkara ni cukup membantu masa kalau ada call or masa nak bangun sahur. Sebab adik beradik aku lain ni versi berlawanan ngan aku so kalau masa kami semua tidur then suddenly ada call then aku akan terus bangun dan jawab ngan mamai-mamai or ada org sms aku dan tangan aku akan segera je jawab dan kalau aku tidur balik then bila dah terjaga then aku x akan ingat semua tu tadi lak. Wakaka..

Or masa bersahur pun advantages untuk aku gak. Even dari kecik lagi habit aku cukup senang nak bangun berbanding Uda ngan Angah yang perlu dikejutkan setiap beberapa minit. Panggil - jawab dah bangun tapi tak keluar so tengok masih tidur balik. Panggil sekali lagi - jawab dah bangun tapi tengok bilik terduduk tapi still tidur balik. Even dah besar ni pernah beberapa kali family ternyenyak tidur sehingga aku lak yang kejutkan semua untuk bersahur. Hmmmm..














Aku kuarkan post ni sebab entah apsal aku tetiba leh teringat kat sorang roomate aku masa universiti ni. Namanya Hanizam yang tak lama lagi birthday dia. Dia ni jenis yang susah nak bangun pagi. Dia ada 2 handphone so dia awal-awal lagi dah setkan hanphonenya  satu masa ni. So esoknya handhone pertama bunyik - tak ada effect. Kedua-dua hanphone bunyik - still tak ada effect. So aku ambik 2-2 handphone tu dan aku letakkan kat telinga dia dan cuba teka apa effect dia - still tak ada perubahan. Sedangkan bunyi tu sangat bising dan binggit. 


Kedian bila dah tengah hari then dia akan tanya aku "Aj, handphone aku x berbunyik pagi tadi eh...?"



Hmmmm

3 comments:

Abam Kie said...

salam. saya mudah terjaga kul 4 pagi utk ke bilik air..mungkin tu tandanya sy kena pi solat sunat tahajjud! OK, salam dari follower u di Kelantan.

Shila said...

parah kawan ko tu..tapi dia x penah mengalah untuk kunci alarm kat enset kan..? wakakaka..

aku jenis senang tido..senang terjaga..tapi susah nk bangun..kene ade tekad yg tinggi utk aku gerak dari tmpt tido tu..

Aj Abdullah said...

Daddy Zuki..
salam balik. Saya ni kalu dah tidur then x akan terbangun untuk kencing. Tahan jer sampai betul2 masa untuk bangun. wakaka. Bagus ar automatic bangun untuk tahajjud. Terima kasih sebab follow..


misssenget..
amboi ngata orang tapi diri sendiri pun perlu bertekad tinggi untuk bergerak dari tempat tido tu apa kes. wakaka..

Ha'aa. tetap gak kawan aku tu gigih set alarm handphone walaupun haram jer nak bangon. huhuhu