Wednesday, January 2, 2013

First Day Of School

Hari ni aku tak akan membebel dan bising-bising pada 2 anak buah aku yang akan menghabiskan masa diaorang untuk 2 bulan just main game komputer or tengok TV dari pagi sampai petang sebab hari ni ialah hari pertama sesi persekolahan 2013 bermula. Hohoho


First day of school ni moodnya sama jer cam first day berkerja. Kita akan bangun setengah jam or sejam lebih awal even sebelum alarm phone sempat berbunyi lagi. Baju lak dah seminggu awal seterika dan itu belum masuk part dah beberapa kali try baju baru depan cermin. Al maklum ar semangat hari pertama persekolahan.

Tapi seminggu kemudian: Bangun on time.

Sebulan: Bangun setengah jam lewat.

Few month after: Dah start sumpah seranah kat alarm.




Hmmmm... Manusia.



...


Hari ni Amir Habeeb dah masuk darjah 5 manakala adiknya lak masuk darjah 1. Aku pulak yang rasa tak sabar dan terlebih gembira. Al maklum semuanya masih bersemangat walaupun aku terlebih yakin yang sebulan lebih ni nanti mereka akan cukup liat nak bangun or beberapa kali kejutkan-mereka duduk but then baring semula sehingga membuatkan mood emak diaorang akan naik jer setiap pagi. Aku akan lebih tak sabar momment tu berlaku kelak. Wakaka


Aku dulu ada 3 buah sekolah rendah ngan 2 buah sekolah darjah 1. Aku totally tak ingat experience pertama kali sekolah aku dulu. Tapi aku masih ingat first day aku darjah 1 di sekolah kedua aku. Era-era tu sekolah biasanya bermula bulan December. Sekolah pertama aku just untuk 2-3 bulan cam tu jer before bapak kena transfer ke bahagian (daerah) lain. 

First day on second darjah satu at secon school tu terus perhimpunan aku aku ikut jer semua yang berlaku. Ada satu ritual yang agak pelik gak aku ikut sekali sehingga few day after baru aku tahu yang rerupanya itu ialah Christian's Morning Prayer. Sebab sekolah tu sekolah mubaligh Kristian (sekolah lama pun sama gak) dan cikgu diaorang agak kuat pegangan so setiap pagi dan after rehat mesti ada prayer. Tapi aku tak buat lagi pass tu ar. Hmmm..

Waktu tu aku sama sekolah ngan Uda, abang aku. Aku darjah 1, dia pulak darjah 4. Tapi aku tak sempat sama ngan Angah dan Along sebab jarak umur kami jauh lebih beza. Plus aku tak ingat sangat pun sebenarnya kewujudan Uda kat sekolah masa tu. Mungkin sekolah tu sangat besar kot. Satu darjah ada 4 buah kelas. Kira banyak gak tu. Tapi aku ingat satu moment masa aku darjah 2 dan hari tu hari Jumaat. Kami sepatutnya balik sama tapi sebab kelas aku tamat akhir sikit so dia tunggu kat luar kelas. Bila kelas tamat, aku keluar dan dia ikat tali kasut aku yang terlodeh. Yap, aku ingat moment tu.








Kemudian kami sama sekolah masa aku form 1. Tapi itupun sekadar beberapa hari jer sebab Uda dapat tawaran ke sekolah yang lebih bagus sebab result PMRnya yang gempak.










It is a great thing to have adik beradik at the same school yang leh jaga dan protect kita. So harap abang dan adik (niece and nephew) pun akan saling jaga menjaga satu sama lain kat sekolah lepas ni walaupun realiti kat rumah diaorang lebih banyak gaduh jer sesama. Hmmm..

No comments: