Novel The Perks Of Being A Wallflower ialah antara novel terbaik yang pernah aku baca. Aku ambik masa beberapa jam jer untuk menghabiskan keseluruhan novel. Yap, memang ar novel ni agak nipis tapi disebabkan ceritanya yang best menjadikan aku baca lebih cepat. So tamat baca novel tu aku ngan penuh ketidaksabaran menunggu akan keluarnya versi novel nya lak. Tapi unfortunately ia tak keluar di pawagam Kuching. Make thing worst bila aku nak nonton online gambar lak tak cantek. Tapi hari ni tadi aku recheck dan dapati versi kualiti video bagus dan keluar so aku download dan nonton.
Seperti yang dijangka it hard untuk memastikan sebuah filem yang diadabtasi dari novel akan betul-betul memuaskan hati pembaca. Memang kalau korang tak baca buku then it will be a great movie tapi malangnya aku dah baca novel tu dulu so aku agak sedikit kecewa ar. Jalan cerita dan emosi dalam novel tak kesampaian dalam filemnya. Itu belum masuk part yang kena buang dan tambah untuk memenuhi had masa kurang 2 jam plus untuk memenuhi kesesuaian selera penonton filem gak.
Sejujornya aku tahu tentang kewujudan The Perks Of Being A Wallflower bila aku check IMDB Emma Watson dan kemudian baru aku gi kedai buku dan beli novelnya. Emma Watson nampak berbeza dalam filem ni ngan filem terakhir Harry Potter. Dalam episode terakhir Harry Potter, Emma Watson nampak lebih matured tapi dalam The Perks Of Being A Wallflower lak dia nampak muda dan mentah bila disamping Logan Lerman. Sedangkan watak Sam dalam buku mempunyai karektoristik yang kuat dan matang dan liar. Emma lak a cute and nice English girl yang cuba cakap American Accent. Hmmm..
Logan Lerman lak punya muka yang cukup sesuai untuk watak ni. Tapi once dia keluarkan suaranya then kita akan setuju kata yang dia terlalu matured untuk bawak watak Charlie yang lurus dan nerdy. Most of the part kita tak dapat nak lihat dia untuk menjayakan watak tu. Dia cam lebih layak jadi budak famous as pemain basketball yang kiri kanan ada perempuan kat American High School. Tapi sejujornya tengok Logan Lerman dalam cerita in certain part akan buat kita kata "Soo Comel.." dan ada banyak masa gak dia berjaya bawak watak emosi Charlie yang bercelaru.
The Perks Of Being A Wallflower versi novel cukup banyak bermain emosi yang sejujornya buat aku rasa sangat bimbang dan takut pada Charlie yang ada masalah emosi yang tak stabil. Ada masa dia kemurungan sangat. Lebih teruk bila kawan rapatnya suddenly bunuh diri dan menjadikannya lebih teruk. Malangnya dalam filem ia tak ditunjuk sangat sehingga bab-bab selepas Sam pergi melanjutkan pelajarannya then emosi dia bergolak betul-betul.
Plus dalam novel dia sedang menulis surat kepada sorang yang dia tak kenal dan orang tu tak kenal pun siapa Charlie. Malangnya once again kalau orang tak baca novel then pasti tak tahu apsal sebab dia nak tulis surat tu. Plus watak cikgunya lakonan Paul Rudd pun tak berkembang. Sekadar 2-3 scene yang ada dan tak cam tak membantu sangat pun. Hmmmm..
Endingnya pun kalau tak silap aku lain. Dalam filem ia quite happy ending sedangkan dalam novel sebaliknya. So aku nak baca balik novel tu pas ni. Hmmm..
Kesimpulannya filem The Perks Of Being A Wallflower mungkin berjaya kalau orang tak tahu ia juga sebenarnya wujud dalam bentuk novel first place. Tapi nak buat cam mana kalau penulis dan pengarah filem (kalau tak silap aku) ialah orang yang sama. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk filemnya sendiri. Kan...?
No comments:
Post a Comment