Wednesday, January 23, 2013

Lukisan & Cerita

Aku bukak FACEBOOK. Aku bukak Instagram. Jadi stalker bukak gambar kekawan, mutual kepada kekawan, kawan kepada kawan yang tak ada mutual, orang asing. Gambar demi gambar. Sehingga aku terhenti pada satu gambar. Aku ambik kertas dan pencil mekanikal. Duh, ada organ (hmmm?) dalaman pencil mekanikal tu patah. Aku beralih pada balang pencil aku. Ada lebih 30 batang pencil kayu. Duh, aku nak melukis tapi aku tak ada pensil. Aku pergi bandar dan beli pensil mekanikal (dan 2 buah novel). Bukak labtop dan terus melukis. Hmmm..


Aku tak tahu dia siapa. Atau aku dah tak ingat dari mutual friend kepada mutual friend yang mana aku jumpa gambarnya. Tapi ada sesuatu pada nya yang buat aku nak lukis. Dia tak lah sekacak mana pun. Kulitnya hitam. Giginya tak kemas. Rambutnya kusut. Hidungnya besar. Tapi ada sesuatu pada nya yang buat aku nak lukis. Ada sesuatu pada matanya. Serta pada senyumannya yang cuba hendak bercerita. Bercerita tentang sesuatu dalam bahasa yang tak siapa yang cuba nak memahami. 




Lalu lukisan yang aku terjemahkan pada helaian kertas tu menghasilkan 'sesuatu' yang hampir sama ceritanya.









Membuatkan aku tersedar bahawa selama ni aku bukannya benar-benar melukis. Aku sekadar bercerita dalam bahasa yang sering disalahertikan oleh mereka-mereka yang melihat. 













hmmmm











p/s: sebenarnya aku nak lukis karikatur tapi bila dah lukis then ia membentuk potret lalu hasil akhirnya: ada karikatur pada lukisan potret. Hmmm

2 comments:

Shila said...

lukis muka aku yg tgh berciken pok skrg, bole?

Ke bole bjangkit? Haha

Aj Abdullah said...

Leh je lukis muka berciken pok. Tambah seri dalam lukisan ar. wakaka..


leh kot berjangkit sbb orang sekarang santau pun hantar guna facebook. hmmmm