Sunday, January 13, 2013

Bisik A Book Review

Korang pernah tak satu masa bukan main susah nak carik idea (imagine korang nak tulis novel ar) sebab most idea yang bermain dalam kepala hotak kau terlalu tipikal dan biasa-biasa sangat. Then one day fine ko dapat satu idea yang cukup baru dan segar untuk pasaran novel tempatan dan ko ngan bersungguh-sungguh nak buat draft dan tulis serba sedikit. Then satu hari ko pergi kedai buku dan beli satu local novel ni dan bila kau baca ia totally sama ngan idea kau dan buat kau frust menonggeng. Hmmm..


Aku dah beli 6 buku FIXI sebelum ni. 3 (Tabu, Kelabu & Gergasi) daripadanya mengecewakan aku sebab may be bukan jenis genre pilihan aku ar. Zombijaya & Invasi lak menjadikan aku sangat tergamam ngan ke-best-an novel Bahasa Melayu. Manakala Ngeri punya idea best tapi kureng dari perkembangan cerita. Sekaligus menjadikan aku cukup kurang yakin nak mengeluarkan duit untuk beli novel Bahasa Melayu lagi. Hmmm..

Sehinggalah tahun lepas aku tulis post review satu buku Fixi ni dan aku terima satu komen yang sangat best so aku buka blog dia: ngomelsikit dan dia pun ada review buku yang sama gak. Dan buat first timenya aku jumpa satu review buku yang cukup jujor. Sebab most review buku adalah dalam erti kata lain sekadar membodek or nak promo jer lebih-lebih. Sedangkan kita nak tahu pro & con buku tu before nak beli. Kedian aku pun baca post-post dia yang lain dan penulisannya sangat menarik.. jujor dan menarik. And suprisingly dia juga penulis buku di FIZI ngan novel tajuk Bisik. Menjadikan aku cukup yakin bahawa a great blogger akan menghasilkan a great novel too. That how bermulanya journey aku mencari buku ni. Hmmm..


...

Sinopsis:
Mikael ia an average guy with average look yang tamat belajar kat UKM (Syaihan Shafiq ni rerupanya budak UKM gak. Dia ambik TESL dan join teater. What such a coincident) suka indie band, yang ada kekawan biasa-biasa (lesbian friend tu kiranya tak ar biasa sangat) yang selalu lepak tengok wayang and mamak malam-malam. Semuanya seem normal untuk lelaki seusia dia sehingga saat dia berpindah ke rumah baru (selepas last roomate dia mati sebab terjatuh dari apartment rumah lama dia) then perkara misteri bermula. Semuanya start bila owner rumah baru tu tak pernah tunjuk muka dan berlaku incident demi incident yang sekaligus menyelesaikan teka teki novel ni.


...

Bisik sebuah novel yang sangat berjaya. Memula aku nak letakkan ia lebih tinggi dari Zombijaya tapi bila aku dah baca separuh then aku letakkan ia lebih rendah dari Zombijaya tapi bila aku dah habis baca then aku letakkan ia dalam group yang tersendiri. 

Aku ada 2 mode waktu membaca buku ni. Aku bahagikan ia kepada 2 bahagian: before and after part Nazzman buat sesuatu pada sekujur tubuh Suraya. Before part tu berlaku, penulisannya sangat cemas, mendebarkan, kejam, padat tapi selepas part tu berlaku then it seem like mulai berlaku ruang-ruang kosong yang kau nak percepatkan pembacaan sambil dalam hati kau kata 'Tak penting-tak penting-leh skip baca-bla bla bla" sebab ia mostly cam buat aku nak kata: Syaihan ni nak cukupkan kuota 60 000 patah perkataan je ker..? Hmmm..

Plus bahagian-bahagian yang diitalickan pada sebahagian awal tu rasanya spoiler yang menjejaskan mood aku nak baca. Ia buat aku tahu keseluruhan cerita ni dimana Mikael sebenarnya yang berhalusinasi tentang kewujudan Nazzman tu. Sepatutnya bahagian italic tu perlu keluar akhir sikit kot. Tapi still aku nak baca gak buku ni. 

Dan aku suka endingnya yang walaupun tak ada apa-apa kejutan sangat. Tapi kalau Julia & Shah mati and Mikael teruskan kehidupan ngan carik mangsa baru then best gak. Tapi tipikal sangat kot. 













Aku seorang yang penakut. As ada sorang kawan aku kata yang aku ni lelaki berhati suci sebab aku tak mampu nak tengok cerita cam The Hostel, Saw 1,2,3 etc yang terlalu overated kejam yang terlampau. Dan buat pertama kalinya sebuah buku leh bagi mood yang sama kepada aku. So mostly aku baca-aku berhenti-aku takut-kumpul kekuatan-kembali baca balik. Hmmm..







Keseluruhan: Bisik by Syaihan Syafiq ni sangat best. Mungkin sebab ia cukup realistik dan sesapa include aku leh relate kot or sebab si penulis memang sorang psiko yang ada pengalaman bunuh dan kerat orang kot. Dan kalau buat filem mesti lebih berjaya. huhuhu

2 comments:

shandye. said...

salam.

fiksyen tetap fiksyen. itu semua imaginasi + fakta + kajian + harapan seorang penulis.

terima kasih atas ulasan jujur ini. insyaAllah kalau ada ruang saya akan tulis yang lebih baik.

=)

Aj Abdullah said...

Bestnya dapat komen dari penulisnya sendiri..

btw ada aku terbaca ada penulis tu kekadang dia akan terbawak-bawak ngan watak yang dia sendiri tulis. pernah alami tak?

btw kau tulis jer nanti aku garenti akan support. hmmmm