Thursday, January 24, 2013

Langit Vanila A Book Review

Aku tak suka gi kedai buku Times ni sebab: 1st ia berada dalam mall yang aku tak suka nak masuk and 2nd sebab kedai tu agak kecik dan padat dan sentiasa ada kotak-kotak kat lantai yang belum terkemas yang mengganggu mood aku dan 3rd sebab buku yang dijual kat Times harganya lebih mahal berbanding Popular yang pasti ada discount. One day ni aku bukak satu independent publisher page kat FACEBOOK ni kata yang satu-satunya bookstore yang jual buku diaorang kat Sarawak ialah Times. Hmmm..


Kat Times aku jumpa beberapa label penerbitan indie ni. Kat situ ada 3 rak dan aku rasa lebih sebahagian buku tu ialah buku independent. Ada beberapa novel tu aku pernah terbaca review kat internet dan bila baca seimbas lalu then memang rasa tergoda sangat nak beli banyak. Tapi sebab aku ni jobless dan harga buku tu lak agak tinggi gak ar berbanding ketebalan (yang kalau English novel tu kira dua kali tebal still ngan harga yang sama) so aku just pilih 2 bijik buku. Salah satunya Langit Vanila oleh Wani Ardy yang berharga RM22.00. Hmmmm..

...

Langit Vanila ni ialah buku puisi pertama yang aku beli. Tapi aku ada beberapa buku puisi dalam koleksi aku. Buku Aku oleh Chairil Anwar aku photostate dari library U, buku Orang Kita aku 'ambik' dari U gak dan dua buku Kahlil Gibran yang dibagi oleh Along aku. Dan bila aku baca puisi-puisi dan catatan Wani Ardy ni then entah apsal ia membuatkan aku teringat pada karya-karya Chairil Anwar dan Kahlil Gibran. Mungkin sebab ia sangat jujor. Buat kita leh rasa emosi yang dia rasa dalam puisi-puisi tu. Rasa marah. Rasa sedih. Rasa gembira. Rasa takut. Seolah-olahnya dia sedang bercerita berdepankan kita. Hmmm..

Dia lak bercerita menggunakan klausa-klausa yang ringkas, mudah dan jujor ar. Tak ada ayat-ayat yang punya metafora berbunga-bunga or ayat kelas atasan yang membuatkan kita rasa kurang berpendidikan untuk faham. Kekadang dia campur aduk bahasa Inggerish or dialeknya. Menjadikan kita lebih mudah untuk faham dan rasa semuanya..










Ada banyak puisi yang aku suka dalam Langit Vanila ni. Antaranya Enam Peringkat Kawan, Tinggi Rendah, Lelaki Bernama Halimunan dan banyak lagi ar. Yang pasti walaupun buku ni cukup nipis tapi aku tak mampu nak menghabiskannya dalam beberapa jam jer. Bukan sebab ia boring tapi sebab untuk baca buku ni kita perlu hadamkan puisi tu betul-betul. Kita tak leh just baca jer. As dalam prakata tu kata: Literature is not a mere juggling of words; whaat matters is what is left unsaid or what may be read between lines...

Dan harga RM22 tu lak sebenarnya adalah cukup murah berbanding nilai kepuasan membaca puisi-puisinya. Hmmmm






Kesimpulannya: ia sebuah buku yang mesti dibaca dan dimiliki dan dibawa ke mana-mana sahaja untuk menginggatkan kita tentang banyak perkara yang mungkin kita lupa. Dan aku tinggalkan korang ngan salah satu puisi dalam Langit Vanila ni. 


Tetamu Kamar

Sejuk rangkul aku dari belakang. Kuat-kuat. Ketat-ketat. Hingga senak dada aku sukar bernafas. Sejuk menghembus perlahan melilit leher aku. Aku katup mata rapat-rapat. Tiba-tiba terasa lidah basahnya menjilat cuping telinga aku dan tapak kaki aku sekaligus. Aku tersentak. Menggigil lebih kencang. "Kami tak akan tinggalkan kau sendirian..." bisik Sejuk. Kami? Aku celik. Bukan mata biru Sejuk yang berada di hadapan aku. Sebaliknya sepasang mata putih milik jasad yang sekian lama tidak merangkak ke katil ini. Kalaupun ada, waktu aku tidur, waktu aku separuh sedar ia selalu berkunjung. Masih dalam ikatan sejuk, separuh roh sudah berhenti melawan. "Apa khabar?" si mata putih menyoal-kepalanya semakin hampir dengan kepala aku.

"Aku Sunyi. Ingat aku lagi?"


Dan ia menggigit setiap inci tubuhku.













p/s: Megat Eusofe Please kumpul and publishkan puisi-puisi kau gak...

No comments: