Kat sekolah aku dulu there is a boy ni yang ada rupa yang quite menarik, bijak dalam pelajaran, dari latar belakang keluarga yang baik-baik, digemari kekawan, disenangi guru-guru, berperilaku pekerti tinggi etc. Dan aku sangat-sangat tak suka dia. Hmmm..
Then korang kata "Dia mesti jenis lelaki yang pura-pura baik depan orang yang leh bagi benefit kat dia tapi kat belakang perangai sebijik cam anak setan. Plus perangai sangat poyo aka dandan rambut depan cermin lebih sejam sehingga tahap tak ada sesapa pun leh pegang rambut dia takut merosakkan gaya lelaki idaman Malaya dia tu. Kedian dia jenis ngayat perempuan ngan ayat-ayat berbunga-bunga dan punya koleksi girl banyak kat belakang.. Dan kriteria paling penting: dia sangat berlagak..!!"
Hmmm.. Cam mana nak kata ek? Masalahnya tekaan korang tu totally salah.
Dia memang baik tahap orang dewasa nak jadikan dia adik, kanak-kanak nak jadikan dia abang, orang sekitar nak jadikan dia idola, para wanita nak jadikan dia suami, para lelaki nak jadikannya kawan, ibu bapa nak jadikan dia menantu. Hmmm..
Then korang tanya lagi "Then apsal lak buat kau sangat-sangat tak suka dia..? Dia ada pedajal kau ke..?"
Hmmm.. Pun tak pernah berlaku gak. Malah beberapa kali dia cuba nak berkawan ngan aku tapi aku just buat donno jer.
Mungkin rasa tak suka tu bermula bila setiap kali aku jumpa sesapa kat sekolah tu then mereka pasti akan ceritakan betapa baik mamat tu or betapa diaorang adore pada dia. Jumpa orang ni then mereka kata benda yang sama. Gi jumpa orang tu lak then kata benda yang sama gak. It annoying and irritating. It seem like dia ada buat ubat pengasih dan berjaya menggenakan satu penghuni sekolah kecuali aku. Hmmm..
Secondly rasa irrational aku ni berlaku cam feel average women sangat tak puas hati tengok perempuan cantik yang bijak. Sebab it not fair for blondes to born with brains kan? So may be aku tak puas hati sebab dia punya pakej yang terlalu sempurna. It seem like kalau parents aku leh pilih antara aku or dia as anak plus sorang yang kena reject tu harus ditolak dari cerun yang tinggi then kurang satu minit then aku dah melayang jatuh. Sebab aku totally bertentangan ngan dia. Ketika dia ialah asset then aku ialah liabiliti. Wat such an irrational punya aku masa tu kan...?
Sehingga suku terakhir before sesi sekolah tamat then berlaku satu incident (before that ada rumour kata sebab dia selalu tak attend sekolah sebab dia jalani terapi sebab dia ada Leukimia. Tapi it rumor jer ar walaupun ia alasan yang logik gak untuk reason dia mesti jer tak datang sekolah few day dalam seminggu.) yang membuatkan aku ketawa sesorang dan kata dalam hati bahawa dia tak lah sesempurna mana pun. He just an ordinary guy jer pun.
Or a year after aku tamat belajar U then aku jumpa seorang lagi lelaki yang hampir sama (kecuali mamat ni berlagak gak ar) then aku ketahui yang dia ada asthma yang teruk dan dia cukup takut gelap. Aku ketawa sesorang diri.
Dunia ialah tempat pembelajaran yang cukup hebat. Orang yang tak belajar apa-apa dari apa yang berlaku dalam hidup dia ialah orang yang sangat rugi. Aku belajar bahawa kesempurnaan hanya milik Allah Yang Maha Sempurna.
Dan berhenti mencari kesempurnaan pada manusia then kau akan mulai melihat betapa ketidaksempurnaan itu juga punya keindahannya yang tersendiri. Hmmm..
No comments:
Post a Comment