Soalan bonus raya:
Kalau diberikan 2 jenis malapetaka besar yang bakal menimpa Malaysia then yang manakah pilihan korang? Adakah:
a) Serangan zombie
b) Serangan alien
Kalau aku then aku akan pilih zombie kot. Walaupun kadar peratusan aku antara yang terawal terkorban dan kemudian bertukar jadi zombie adalah tinggi tapi once serangan alien bermula then kadar aku terus mati adalah jauh lebih tinggi. Hmmmm..
Aku dah beli 5 buah buku FIXI. 1 bukunya biasa-biasa jer (Ngeri), 2 lagi mengecewakan (Tabu & Kelabu) dan selebihnya adalah awesome. Tapi aku x lah sampai nak kata "Hei, jangan beli 2 buku FIXI yang tak best tu or etc ker" sebaliknya ia mengecewakan sebab ia mungkin bukan dalam genre cerita yang aku minat or penulis tu ada idea cerita yang best tapi gagal dalam mengembangkan jalan cerita tu seperti mana yang aku mahu. So cukup je ar Popular Bookstore je yang x jual buku FIXI kan? Hmmmm..
Btw 2 buku yang aku katakan as awesome tu ialah ZOMBIJAYA & INVASI. Bestnya Zombijaya tu sehingga bakal dijadikan filem ngan tajuk KL Zombie kalau x silap. Cuma aku x menaruhkan apa-apa yang besar ar pada filem tu kelak sebab dah terbiasa kalau cerita yang best akan hancus bila dialihkan ke dalam bentuk filem. Jangan katakan yang tempatan, yang luar negara pun sama gak. Tapi selagi ia x diarahkan oleh Razak Mohidin or under Metrowealth then ada harapan untuk filem tu berjaya kot. Hmmmm..
Tamat mukadimah. Post kali ni aku nak buat review tentang buku INVASI oleh Raja Faisal pulak. Sejujornya once aku tahu yang FIXI kuarkan buku title ni then aku yakin yang ia sikit sebanyak cuba untuk bawak effect yang sama pada Zombijaya gak cuma x pasti ia impaknya akan sama or tak sebab penulisnya yang berbeza.
Seperti Zombijaya, dalam buku ni jugak memperlihatkan Malaysia telah diserang oleh Alien. Zombie mungkin punya bilangan yang besar disebabkan sorang gigit sorang then semua jadi zombie tapi diaorang x ada akal dan x ada senjata hebat-hebat untuk buat anarki tahap dewa. Di situlah kelebihan alien berbanding zombie. Dan of coz serangan alien adalah dalam keadaan yang lebih terancang dan besar.
Cuma there are few part yang aku rasa agak kecewa or tak puas hati pada Invasi dan buku FIXI secara keseluruhan ar. First: bahasanya terlalu terkawal. Just imagine situasi ni: Korang membesar di Klang Valley or KL dari kecik sampai besar dan korang punya otak yang fikirkan tentang seks 24/7. Adakah gaya bahasa korang akan jadi sangat teratur ngan tanpa kesalahan tatabahasa sikit pun. Dan as sorang otak blue tu pulak adakah bahasa yang keluar dari mulut korang penuh sopan santun? Then kita bandingkan ngan remaja or dewasa sebenar yang ada kat KL and Klang Valley punya bahasa. Sama ker? Totally naaaa..
Bagi aku FIXI sangat mengawal gaya bahasa penulis dalam karya mereka sehingga certain or most of the part aku x dapat merasakan yang karya tu ialah karya yang jujor. Feelnya cam tengok cerita zaman 80-an cam cerita Ali Setan or Azura yang guna bahasa baku dan 'poyo' dan buat aku fikir orang zaman tu memang cakap pelik cam tu ke in real life. Hmmmm..
Tapi x dapat nak salahkan FIXI sepenuhnya gak. Contoh cam incident Popular Bookstore yang x dapat menjual buku FIXI kat store diaorang sebab kata kandungannya x sesuai untuk pembaca rakyat Malaysia. Then ada pulak sorang pensyarah bahasa kata yang bahasa dalam novel FIXI adalah bahasa kelas rendah etc. Rasanya kalau kriteria tu amat penting then cukup pasti kat Popular Bookstore cuma akan jual buku agama, buku budak kecik dan stationary jer ar sebab kalau tengok buku-buku dari barat then kandungan memang nokharam then bahasa mana ada tinggi menggunung sangat pon. Kan?
Second: cerita ni terlalu banyak perkara yang bernasib baik berlaku kepada Bayani aka watak utama. Lepas satu bad event happen then ada jer benda yang menyelamatkannya secara kebetulan. Kedian dalam kekalutan diserang alien then dia leh pulak jumpa awek yang dia minat masa sekolah dulu yang terpisah disebabkan halangan orang tua (duh, lapuknya cinta cam ni). Kemudian seorang yang kaki perempuan dan mementingkan diri sendiri tu leh kembali ke pangkal jalan pulak. Bagi aku dia terlalu bernasib baik sepanjang masa. Ia cam kalau kita tengok cerita yang bila masa si hero dah nak ditembak penjahat yang leh pulak membebel before nak bunuh dan kemudian berlaku keajaiban yang menyelamatkannya. Hmmmm..
Aku cukup merekomenkan korang untuk baca dan milikki INVASI nih. Salah satu part yang bagi aku menarik dalam novel ni ialah bila ia menceritakan lokasi demi lokasi mereka bergerak dan kita leh relate sebab ia berlaku di kawasan yang nyata. So ia buat imaginasi kita lebih hebat bermain ar.
BTW untuk FIXI pulak aku cadangkan it better kalau korang meletakkan label 18 tahun ke atas untuk certain buku korang then penulis leh jujor berkarya dan kedai buku pulak leh kawal jualan buku tu untuk golongan umur yang dah matang sahaja kelak. Hmmmmm
2 comments:
perspektif kau terhadap invasi hampir sama dengan aku. tapi invasi mmg best and unputdownable sbb aku selamba je habis baca in one sitting. hehehe...
http://ngomelsikit.blogspot.com/2012/04/239-siri-ulasan-buku-14-invasi-karya.html
as aku kata kat page ko bro then aku nak kata sekali lagi: ko sangat jujor in commenting ar. tabik3
Post a Comment