Sunday, June 17, 2012

Tabu: Biasa-Biasa Saja

Aku mendefinisikan sebuah buku yang berjaya as once korang baca ayat pertama pada buku tu then ia akan buat korang nak baca ayat kedua dan seterusnya ia buat kita nak baca next perengan, next page, next chapter dan sehingga korang sedar tak sedar korang dah habis baca buku tu dalam beberapa jam tanpa henti. Dan of coz  laa buku tu akan bawa effect besar pada hidup korang untuk satu tempoh masa. Hmmmm..


Tapi tak semua buku yang berjaya cam tu sebab aku pernah jumpa certain buku yang korang perlu baca beberapa chapter then baru ia akan jadi menarik. Dan tak terkecuali gak ada buku yang korang berharap agar next and next chapter akan bawak miracle sehingga korang habis baca buku tu dan ia tak ada apa-apa pon. So aku as seorang lelaki yang cukup memilih terhadap bahan bacaan aku kekadang bila aku jumpa buku yang kureng ni then aku try baca beberapa chapter sehingga aku yakin ia tak berjaya so aku berhenti. 

...

Aku beli TABU sama hari aku beli The Perks Of Being A Wallflower. Yap, rasanya almost 3 minggu. Aku habiskan The Perks Of Being A Wallflower beberapa jam jer so next day nya aku baca TABU by SHAZ JOHAR pulak. Just imagine dalam masa 3 minggu aku baru berada di muka surat 182 jer. Lebih dari separuh dah tu. Itupun aku paksa diri aku baca dengan harapan aku akan jumpa 'sesuatu' dalam chapter demi chapter. Tapi malangnya aku tak jumpa 'sesuatu' tu.

Kalau aku gambarkan TABU ni sebagai sebuah graf then lebih dari separuh buku ni dalam keadaan yang mendatar. Ia berkisar BIBI ngan balak KENYA kedian sms ngan NADIM dan ngumpat ngan KIM. Yap, 182 muka surat dihabiskan berkisar ngan benda tu jer yang bagi aku ia dah lebih dari cukup untuk sebuah pengenalan. Dan 182 muka surat tu masih lagi buat aku x jumpa apa matlamat cerita ni. 

Baca sinopsis belakang cam menarik sebab jalan cerita akan share tentang kononnya 'misteri' pemilik handphone dan 'misteri' kematian kawan. 182 pages tu tak melihatkan betapa misterinya handphone owner tu or kawan dia belum lagi mati. Lebih separuh dari buku tu wei...






A great story contohnya cam The Perks Of Being A Wallflower kita baca muka surat pertama dah cerita tentang seorang remaja aka kawan Charlie bunuh diri pada usia 15 tahun buat kita terus curious nak tahu apa punca kematian tu atau what happens next? Charlie akan ikut sekali bunuh diri ker? Siapa orang yang menerima surat dia tu? Dan seribu satu persoalan timbul sehingga buat kita terus nak membaca dan membaca.













NGERI sebuah cerita yang ada idea tapi gagal dalam memperkembangkan cerita dan tiada kejutan. KELABU totally memperlihatkan kegagalan seorang penulis menulis cerita 'seksual' yang aku stop membaca pada 86 muka surat jer. Dan TABU sebuah cerita yang buat aku sesat dalamnya tanpa matlamat dan hala tuju.So satu-satunya buku yang aku rasa berjaya oleh FIXI ialah ZOMBIJAYA.













Ooh FIXI, tolong hasilkan satu bahan bacaan yang tak akan buat aku berhenti membaca novel Bahasa Melayu, please....

6 comments:

Ramlan A.X.Sam said...

Bagi aku Buku Fixi yang betul aku suka cuma Cekik dan Pecah. Cekik post-modern yang mind screw, Pecah fast-paced dan catchy. Zombijaya aku kurang berkenan sebab langgam bahasa hancur. Shaz Johar ok tapi aku tak baca chic-lit

Aj Abdullah said...

Aku suka zombijaya sebab gaya bahasanya tu lah yang buat aku x baca buku pulak. Feelnya lebih dekat. So passni aku akan try either cekik or pecah. heharap ia akan satisfied aku ar. tq sebab suggestion tu

Anonymous said...

Aku baru beli tabu.tp belum baca.hmm
P/s:maafla aku takde google account

-helena-

Aj Abdullah said...

x kisahnya ada google account ke taknya. Baca je ar buku tu. sebab setiap orang punya minat berbeza. Mana ar tau tetiba helena suka pulak buku tu ar kan

milasharmila said...

saya lak suka Invasi... so far laa.. Tabu paling saya x berapa nak minat.. x taw lak knp.. but still bace sampai habis.. hihi now, nak baca Zombijaya lak.. :)

Aj Abdullah said...

che milasharmila, saya nak carik invasi tapi x da kat kedai buku di Kuching ni pulak. Rasanya akan bawak effect yang sama cam Zombijaya gak ar.. huhuhu..