Monday, June 25, 2012

No More Tomok, Please....!!

Soalan Cepu Emas: Kalau ada orang kata muka kau cam Tomok then apakah reaksi pertama korang? Adakah:
a) Bangga tu wei. Aku dah lama jadikan Tomok sebagai idolaa sejak dari zaman sekolah dulu lagi. Aku hafal semua lagu dia ngan Newboyz and even aku pun tiru fashion rambut dia dulu tu gak. Bangga wei..
b) Tanpa berfikir panjang korang terus termuntah. Kedian kau lari kat tengah jalan yang penuh ngan kereta ngan harapan ada sebijik kereta situ akan langgar muka korang yang dikatakan sebijik cam Tomok tu sebab bagi kau itu adalah penghinaan terbesar yang korang pernah terima. Hmmmm..


Korang tengok tak Masterchef Selebrity malam tadi? Duh, aku sangat tak puas hati bila Tomok buat kali ke-6 terselamat dari penyingkiran. Aku bukan x puas hati sesuka hati sebab ia Tomok tapi sebab setiap kali sesi penyingkiran memperlihatkan yang Tomok x layak untuk bertahan. Lebih-lebih lagi malam tadi. 

Malam tadi 4 perserta tercorot dikehendakki hasilkan 3 hidangan Hi Tea. Dan dipendekkan cerita Tomok createe something dan dia tersalah guna tepung antara tepung beras dan tepung pulut kalu x silap aku so last minit dia tukar resepi. Dan apa yang aku lihat ar dia just guna strawberry celup coklat. 2 lagi resepinya just sandwich dan pancake ngan manggo kalu x silap. 

Tapi kedian bila yang diumum keluar pulak ialah Thanuja. Itupun chef Adu entah apsal leh bagitahu kenapa Thanuja yang dipilih dan bukan Tomok. Itupun aku heran apsal tetiba sebelum ni tak pernah pulak ada chef yang perjelaskan perkara cam ni in previous episeode penyingkiran ar kan? Dan sebabnya Thanuja guna biskut yang  dah sedia ada dalam pantry. At least disebabkan tiada masa still Thanuja ada usaha lebih berbanding Tomok yang just celup strawberry dalam coklat jer ?


















Aku x menyerang peribadi ar. Yap, memang Thanuja seorang Indian girl yang hot ngan senyuman dan rambut yang beralun tu. But still aku rasa keajaiban Tomok terselamat dalam 6 kali penyingkiran dah buat orang syak something. Cam kalau Azwan Ali tersingkir awal then x ada kontroversi dan x akan ada daya penarik untuk orang menaikkan rating show.















Duh, ni buat aku nak nyanyi "Sejarah mungkin berulang..." dengan menggeluarkan suara dari lobang hidungku nih.

5 comments:

Deq's Qienz said...

tomok..

Aj Abdullah said...

Oooh tidak.. peminat Tomok telah ditemui.. hmmmmm

MORIBAYU said...

Walaupun tv berbentuk segi empat.
Tapi isi kandungannya tetap bulat...

Bulat-bulat tipu penonton.
Bulat-bulat mengakalkan minda.
Dan bulat-bulat sedut duit caj setiap bulan..untuk program tv yg tahapahaptah.

Razf said...

tomok sila keluar cepat!!!!

Aj Abdullah said...

me, realiti tu sekadar cop jer. sah-sah mana ada realiti show sebenar kat malaysia nih. tapi still ada orang yang tertipu mati-mati (aku x nak ngaku. wakaka)

Razfira, yess another penyokong tomok keluar.. wakaka