Monday, June 4, 2012

Pencil Mekanikal

Aku tak pernah dan x suka mendefinisikan diri aku as sorang yang setia tapi satu habit aku ialah once aku dapat sesuatu then aku akan kekal bersama perkara tu sampai bila-bila. Salah satunya ialah terhadap pencil mekanikal aku.


Tengah syok-syok melukis sambil menonton tv tadi suddenly pencil mekanikal yang berada kat tangan aku jatuh. First reaction aku: x ada apa-apa pun sebab masa tu tengah klimaks cerita Suits kat channel 702 so habis series tu aku ambil pencil tu dan start kembali melukis tapi tak ada apa-apa keluar. Dan aku tengok kat lantai rrupanya semua isi dalam pencil tu tercabut dan bila aku nak atur x dapat sebab beberapa partnya dah patah. Hmmmm..

Teringat aku beli pencil tu kat sebuah kedai stationary next to Metro Kajang masa belajar dulu. Aku beli yang satu paket ada 2 pencil include 'ink' dia sekali. Satu tu aku x tahu mana entah: it either hilang or aku bagi kat salah sorang rumate aku. So yang satu lagi ni yang warna biru tua adalah kegemaran aku. Salah satu sebabnya ialah rekaan batangnya yang besar dan bersegi yang sesuai untuk tangan aku.

Dan bila aku melukis orang selalu x percaya kalau aku kata aku hanya guna pencil mekanikal je untuk melukis. Semuanya sebab aku x ada pendidika formal. As Uda aka abang aku kata: aku akan guna apa sahaja barang yang terhad disekitar aku untuk menghasilkan 'sesuatu'













Bila fikir-fikir balik, ia dah berbakti untuk aku dalam 5-6 tahun. Satu tempoh yang cukup panjang untuk sebatang pencil agaknya. So bila aku ambik pencil mekanikal lain dalam koleksi aku dan start melukis balik then ia rasa sedikit pelik. So aku berhenti.
















Aku bukan seorang yang setia. Aku akan berpaling sama ada jika aku menemui sesuatu yang baru yang lebih bagus atau aku dikhianati. Mostly atas sebab kedua.

4 comments:

Anonymous said...

cerita sal pensil je
tp ending dia ader mksd tersirat je'hee :D

Aj Abdullah said...

wakaka. mesti ar. kalu x nanti post ni akan jadi cam 'aku sebatang pensil' ar pulak kan? wakaka

MORIBAYU said...

dulu me suka pensel mekanikal.
tapi selepas masuk arena amatur dunia seni.Pensel mekanikal..adalah satu media yang taboo.Lukisan terbaik,tak terhasil dari pensel mekanikal katanya.


selama hampir 5 tahun,me tak gunakan lagi pensel mekanikal.


hurmmm....

Aj Abdullah said...

Yap, pernah terjumpa beberapa individu yang mengatakan diri mereka as pelukis yang tanya soalan pada aku "Apa medium lukisan ni..?" so aku jawab "Pencil mekanikal..." then dia ketawa belagak kata "Pencil mekanikal x termasuk dalam list of medium ar.."






So apakah keaslian atau keistimewaan nilai karya kita kalau kita dimestikan berkarya sama dengan cara pengkarya lain?