Aku sejujornya jarang ikut apa-apa program kat TV. Recently aku cuma tunggu untuk tengok Masterchef Celebrity, Paan dan Paiz (yang selalu aku tertinggal sebab lupa hari apa ia sebenarnya ditayangkan), rancangan bual bicara Korea yang aku x ingat tajuk dia tapi ia scene dalam sauna dan Friday I'm In Love setiap Khamis.
Cerita ni bermula apabila sorang mamat bernama Awang (Qi Razali) menerima sumpahan start apabila dia berusia 21 tahun (Duh, sapa leh caya umor Qi 21 tahun nih?) dia akan jatuh cinta tapi cinta tu hanya bertahan hanya seminggu so minggu demi minggu dia berkenalan, jatuh cinta, kecewa berulang-ulang kali sehingga once kalau dia x jumpa cinta sejati sebelum dia masuk usia 22 tahun then dia akan disumpah menjad hamster.
Korang mengerutkan dahi seraya menyoal "Are you sure dia akan disumpah jadi hamster...?" Yap, nenek Siti Nurbaya (cam familiar jer nama nih) agak-agaknya refer hamster berbanding sumpah jadi jadi benda lain Plus it quite old fashion sangat kot kalau sumpah jadi batu kan? Hmmm..
Bagi aku kekuatan or daya tarikan utama cerita ni ialah pada Qi sendiri. Sebab kalau orang lain yang bawak watak ni then rasanya ia x akan berjaya kot. Qi is Qi. Dia tak kacak mana lah sangat even kurus dan kering jer tapi sebab dia Qi yang sempoi, senggal dan slumber masa mengacara Field Trip Usa dan Jalan-jalan Cari Makan so macam tu lah perangai dia dalam cerita ni (or mana-mana cerita dia berlakon kan?)
Kemudian dia ada 5 orang kawan yang bagi aku adalah satu kerugian besar kepada cerita ni sebab watak-watak kawan tu sekadar pak pacak jer all the time. Hansem asyik cakap tweet-twet jer, Si Aiman ngan awek dia asyik pakai baju pejabat tapi all the time lepak kedai si Nisha, Zooey senggal dan benggap dan or then hanya watak Nisha jer ada life iaitu dia ada balak dan bapak yang over control. Yang selebihnya ada x ada cam x ada beza pun.
Sebab sejujornya kalau each watak tu diberi character dan kisah tersendiri then tak salah kalau aku katakan yang Frideay Im In Love ni leh jadi FRIENDS versi tempatan yang ia akan bersambung season demi season. Tapi unfortunatelynya hanya Qi sahaja ada life dalam series ni. It seems like tengok Avengers yang fokus hanya pada Ironman je yang lebih.
Kesimpulannya korang akan sangat enjoy ngan karektor-karektor dan skrip yang lawak pada cerita ni. Tapi effectnya sekadar biasa-biasa ar. Even tak salah kalau aku katakan yang lagu drama ni jauh kuat pengaruhnya berbanding dramanya sendiri. Hmmmm..
2 comments:
wow poster mcm gempak. tajuk mcm urban. tp pelakon Qi? umur 21 thn?
oh man..
Qi 21 tahun? wakaka.. itu laa, malaysia ni ada masalah ngan umor ar. emak bapak budak pun kekadang leh bawak watak pelajar sekolah lagi. dah kurang sangat ke pelakon muda lain nih? hmmmmm
Post a Comment