Friday, June 15, 2012

Cina Malaysia

Petang dari tamat Jumaat aku gi lepak kat rumah aunt aku. Diaorang tengah lepak-lepak tengok TV1. Ada satu drama bertajuk KARMA. Yap, cerita tu kira tahap sampah kitar semula yang x menjadi ar. Lebih suck bila ia menceritakan tentang komuniti Cina di Malaysia. Kenapa aku kata sucks? Sebab walaupun satu family tu sah-sah Cina tapi still bercakap Bahasa Melayu sesama memasing. Hmmmm..


Mungkin ar kalau kita positifkan otak then kita akan kata mereka tu family peranakkan Cina Baba or Cina asal dari Pantai Timur ke buat mereka fasih berbahasa Melayu tapi kalau tengok mostly semua cerita Melayu akan buat benda yang sama. Even lebih teruk pernah aku tengok masa Tahun Baru Cina pun ada gak drama Cina versi Melayu gak. 

Gosh, biarkanlah mereka berbahasa dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Or letak ar subtitle kat bawah dalam Bahasa Melayu ke. Ni tak, nak memaksa mereka bercakap dalam bahasa orang lain yang kemudiannya menjadikan lakonan mereka memang macam orang berlakon. Tak realistik langsung. Malah hari besar perayaan mereka pun kita nak kacau gak.



Korang pernah tengok filem tamil or hindustan part kalau ada mat salleh then entah apsal tetiba mat salleh tu ngan fasih cakap tamil or hindustan ngan lancar jer sedangkan mulut mereka bergerak x selari ngan apa yang mereka cakapkan. Nampak lawak tahap bodoh kan?

Haaaa.. itulah feelnya bila tengok orang Cina Malaysia dipaksa berlakon sesama family bercakap Bahasa Melayu. X best nak ditengok.























Or  kenapa mesti setiap kali iklan then mesti ada Melayu, Cina & India tapi jujor kata mereka x bawak apa-apa feel 1Malaysia langsung pon. Hmmmm

No comments: