Thursday, June 21, 2012

Puasa & Raya

Hari ni dah masuk 1 Syaaban. Untuk yang beragama Islam kalau korang tak tahu apa tu Syaaban then belum terlambat untok korang gi jumpa memana tok imam mintak tolong azankan kat telinga korang yaa. For non Muslim, Syaaban ialah bulan ke 8 dalam kalendar Islam dan sekaligus menandakan kurang 30 hari lagi akan tibalah Ramadhan iaitu bulan keberkatan bagi umat Islam.



Ketika Ramadhan sedang menjengguk umat Islam then ada satu perkara yang paling x best bagi aku setiap tahun pasti akan berlaku ar iaitu manusia yang kononnya mengaku Islam ni lebih tak sabar menyambut kedatangan Syawal berbanding kedatangan bulan utama iaitu Ramadhan itself.

So korang tengok ar manusia-manusia ni kat sini sana heboh ngan dan dah ready ngan persediaan raya. Kat FACEBOOK jangan cakap lagi ar post-post dan gambar diupload tu buat aku tengok sakit hati jer. 

Bagi mereka Syawal ialah anugerah Allah sebaliknya Ramadhan ialah bulan penyeksaan. Mana taknya, tak leh makan dan minum dari pagi sampai petang. Mereka hanya suka Ramadhan disebabkan oleh Bazaar yang banyak makanan yang hanya leh jumpa setahun sekali dan sale before Raya. Sedangkan realitinya Ramadhan ialah hadiah paling besar oleh Allah terhadap manusia yang beragama Islam di bumi ni. Even bagi aku Syawal adalah tempoh yang paling menyedihkan sebab ia menandakan telah berakhirnya Ramadhan aka bulan paling mudah untuk mengumpul pahala.




















Soalan: Apsal cukup biasa kita dengar orang tu puasa tapi dia tak sembahyang tapi kita tak pernah lagi dengar orang tu sembahyang tapi dia x puasa?

No comments: