BB Plaza bakal dirobohkan pada penghujung tahun ni untuk pembinaan satu system transit baru di Kuala Lumpur. Once aku dengar berita tu, duh rasa a bit sedih gak ar. Walaupun berbanding Sungai Wang, BB Plaza seem lebih sunyi dan old school tapi duh, ada beberapa kedai kat situ ialah antara lokasi tempat yang aku banyak taburkan duit aku. Wakaka..
A day before aku baru gi satu shopping complex baru kat Kuching. Sebenarnya ia tak lah baru sangat pun cuma ia penambahan bangunan baru and even banyak kedai pun still lom bukak lagi. So still leh dikira as baru gak ar. Boulevard ni ialah shopping complex kedua dalam tahun ni yang dah dibukak di Kuching. Last few month Kuching Sentral. Hujung tahun ni pulak ada satu lagi kat Jalan Song. Next year pulak rasanya projek Merdeka Plaza akan bukak. Not including The Summer (sebab ia kat Kota Samarahan) yang akan menjadi shooping complex ngan taman tema air sendiri nanti. So kalau kira ngan shopping complex sedia ada dah kira terlebih banyak dah tu.
Kedian kat Boulevard ni ura-uranya akan bukak TGV Cineplex dan kat Jalan Song pulak memang pasti akan bukak GSC (aku pasti sebab aku pernah kerja sini ar). So tambah 3 cineplex sedia ada maknanya kat Bandaraya Kuching ni jer akan ada 5 panggung wayang in the end of this year.
Buat aku fikir cam mana pulak ngan jumlah dan kuasa beli penduduk kat bandaraya Kuching ni sebenarnya dibandingkan ngan wujudnya shopping complex besar-besar ni? Rakyat Kuching ni ada banyak sangat duit ke nak ditaburkan kat shopping complex semata-mata or rakyat Kuching ni kuat sangat tengok wayang ker?
Then aku bandingkan pulak nasib shopping-shopping complex terdahulu cam Tun Jugah yang sekarang ni rasanya hanya level Popular Bookstore jer yang hidup dan selebihnya either dah tutup or tunggu masa jer lagi nak tutop or Kuching Plaza yang dah bertahun tutup sepenuhnya dan sekarang ni tengah renovate untuk re-openig. Tapi akan berjaya ker or ia hanya jadi projek gajah puteh jer? Dan apa nasib shopping complex cam The Spring etc nanti? Hmmmm
Ia buat aku teringat pada bandar Kuantan (dan Kota Kinabalu) yang rasannya banggunan Shopping Complex cukup banyak tapi mostly either dah tutup or bernyawa dalam lumpur. Ia seperti ada pola apabila buka Shopping Complex baru then semua akan tertumpu ke situ sehingga automaticallynya yang lama akan hilang tumpuan dan gulong tikar. So kalau korang gi Kuantan then korang pasti setuju kalu aku kata rasanya dalam seluruh bandar Kuantan hanya perlu ada 1 shopping complex jer iaitu East Coast Mall.
Aku cukup yakin penduduk Kuching x perlukan banyak shopping complex sebaliknya mereka lebih refer untuk lebih banyak variasi kedai. Sebab kalau gi mana-mana shopping complex kat Kuching ni then mostly korang akan jumpa kedai yang sama di setiap shopping complex. Hmmmm..
3 comments:
untuk menjana ekonomi kot
sama mcm melaka.
bukak terminal bas baru,stesen lama mati.bukak hang tuah mall..mahkota parade lesu.
tapi kes melaka ok lagi.sebab pelancong ramai.
tapi yg tak puas hati tu.
shopping compleks punyalah gedabak besau nak mampuih.restaurant tak ader !!!.harapkan resepi rahsia dan mekdi jer lah.
sedeyyyy !!! :P
Razfira, better gov bagi duit ngan rakyat dulu untuk diaorang gi shopping then baru rakyat leh jana ekonomi.. Best kan cam tu? wakaka
Me, rasanya satu Malaysia punya pola yang sama cam tu gak kan? Berebut nak buat banggunan sopping nih banyak-banyak tapi last-last kosong.
Resepi rahsia? Makan lah banyak-banyak nanti berat badan akan dirahsiakan. wakaka..
Post a Comment