Saturday, June 9, 2012

EURO 2012 & Fail Geography

Korang tengah lepak pagi-pagi ngan kawan korang kat kedai mamak. Kedian kawan korang tu kuarkan satu soalan yang berbunyi "Wei, EURO ni ko sokong team mana ar...?" Ko ngan suasana pagi yang hyper dingin tu pun ngan penuh keyakinan kata "Aku mesti ar sokong Manchester United. Die hard fan nih...!!" So kawan ko tu dengan sepintas lalu terus terguling-guling kat tar jalan tanpa peduli sepatah haram (or Najib say as Haram Jadah) mapley kerja situ.


Setelah keadaan kembali normal then ko pun terus tanya balik soalan yang sama pada kawan kau tu "Kau team mana pulak...?" Dengan gaya poyo cam Rosyam Noor sambil tangan kanannya memegang rokok jenama murah dia berkata "Aku yakin Mexico mesti juara lagi ar kali ni.." seraya dia mengangguk yakin.

Korang ingin jer nak gelak sama cam dia tapi tapi disebabkan korang ada harga diri yang tinggi sedikit dari dia so korang just diam dan pura-pura mengangguk sambil dalam hati ko kata: Biarkan dia, next time orang tanya soalan tu dan dia jawab Mexico then baru tau dia cam mana reaksi orang ketawakan dia balik. Hmmmm..




























Then few girl yang baca post ni sepatah haram x paham apa yang sedang berlaku. So aku kata ngan penuh gaya gentlemen "Cik, Manchester United tu kelab then EURO ni perlawanan negara-negara di Eropah.." Kedian dia tambah lagi soalan "Habis tu? Mexico tu bukan kelab then kenapa pulak...?" Aku paham apa yang sedang berlaku "Mesti cik ni tidur masa kelas geography ar kan? Sejak bila Mexico tu kat Eropah ar...!!"

Dia masih x puas hati kata "Habis tu Christiano Ronaldo kan orang latin jadi kenapa dia leh lawan untok Portugal pulak...?"

That what happens kalau sesetengah perempuan yang x pernah tahu rupa bentok bola then kedian rasa tahu cam mana rupa bentuk bumi ni. Hmmmm

1 comment:

m khairul nizam said...

:-) :-) :-)
Singgah dari mknace unlimited
Terbaeekkk!!!!