Showing posts with label Perempuan. Show all posts
Showing posts with label Perempuan. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Gone Girl A Movie Review

Sebagai seorang penganggur terhormat then aku quit selective tentang movie mana yang aku akan tonton kat pawagam dan yang mana tak. Ada movie macam Interstellar or The Hobbit Battle of Five Armies memang dah dari tahun lepas lagi aku letak target untuk layan kat skrin putih besar dalam hall gelap tu. Tapi untuk movie lain it either aku download torrents or walau dibayar dengan duit pun aku tak sanggup nak tengok. Hmmmm..


Gone Girl ialah antara senarai filem yang aku tak sanggup bazirkan duit aku untuk tengok kat panggung wayang. Sebab utamanya ialah ia ada Ben Affleck a.k.a lelaki yang punya mata macam orang yang tak tidur selama sebulan dengan punggung di dagu (harap korang faham analogi ni). Plus Gone Girl dah keluar kat US agak lama sekirar pada Oktober yang lepas so ketika aku dah siap download versi clear then aku baru sedar yang ia baru ditayangkan kat pawagam Malaysia. Still aku nak buat review sebab jalan cerita ni boleh tahan bestnya.


Sinopsis
Pada satu hari yang sepatutnya berlalu macam biasa, si suami balik rumah dan perasan yang wifenya hilang. Dia bagitahu polis dan entah macam mana setiap satu bahan bukti seolah-olah nak bagitahu bahawa si isteri yang innocent dan lemah tu mungkin dah kena bunuh oleh si suami tersebut. Si suami pulak mati-mati tak mengaku. Menjadikan keadaan lebih teruk apabila pihak polis jumpa diari si isteri dan dalam tu cerita bagaimana hubungan yang bermula dengan cukup bahagai bakal berakhir sebab si suami dan ugut bunuh dia. So persoalannya? Betul ke suami tu tak bersalah dan siapa bunuh si isteri sebenarnya?



Amaran: The next part adalah sepenuhnya spoiler. Jangan baca kalau kau belum tengok filem tu or kau tak nak mode kau terganggu sebab awal-awal lagi dah tahu kejutan tu. 



Kalau baca dari sinopsis then ia nampak macam cerita biasa-biasa je. Even masa tengok filem tu pun kau rasa macam ia dah berlaku dalam banyak filem-filem lain sebelum tu je. Korang pasti akan expect: Pengarah mesti nak suruh penonton syak orang yang tak sepatutnya supaya the end ada twist dan orang yang paling tak disangka ialah pembunuh sebenar. Ada betul dan ada tak pada andaian korang. Cerita ni memang berjalan seperti  mana yang kita jangka pada awal-awalnya dan ia tamat tanpa korang sangka sikitpun ia akan berlaku macam tu. Hmmm..


Rupa-rupanya si isterilah yang merancang 'kematiannya' tu sendiri. Dia seorang yang psiko, paranoid or dalam ertikata yang lebih tepat: GILA..!! Kalau dari versi diari yang dia tulis tu it totally nampak yang dia ialah mangsa kepada suami yang panas baran, kuat berjudi, pemalas etc dan ia seorang wanita bijak yang tak nak berada bawah penindasan suami dia tu. Tapi in real version dia ialah seorang perempuan GILA yang totally GILA..!! Dan of coz kalau kau (seorang lelaki) layan movie ni dengan wife or awek then mereka pasti akan kata yang si Ben Affleck ni memang layak mati sebab curang pada suami tapi buat mereka-mereka yang waras (especially lelaki) then korang pasti akan setuju yang dia ialah seorang perempuan GILA..!!




Aku tak suka cerita perpenamat happy ending di mana orang baik menang dan yang jahat sama ada insaf ataupun mati tapi cerita ni memang bukan happy ending but still aku tak suka endingnya. Hmmm






Pengajaran dari filem ni:
1. Buat para lelaki-lelaki, sila letakkan rasa syak wasangka sedikit pada pasangan korang. Dan buat mereka yang masih single then sama ada periksa latar belakang perempuan yang kau suka tu betul-betul or cara paling mudah: stay single sampai bila-bila.

2. Buat para perempuan-perempuan, jangan ambil inspirasi dan filem ni dan jangan jadi perempuan psiko, paranoid dan GILA..!! Hmmm

Tuesday, May 14, 2013

Seksi Ovari A Book Review

Kau makan sebiji epal dan rasanya sangat sedap. Macam mana korang nak menggambarkan rasa epal tu yang sedap selain daripada menggunakan kata-kata lisan? Adakah:
a) Ko akan menulis dengan penuh detail tentang ciri-ciri epal tu sepanjang 40 000 patah perkataan.
b) Ko still menulis tapi sekadar satu muka surat je tentang rasa epal tu.
c) Ko memilih beberapa patah perkataan khas yang membentuk irama tersendiri dan tulis.
d) Ko ambik sehelai kertas dan lukis epal tu dalam bentuk yang nampak sangat sedap
e) Kau ambik kamera dan snap sudut gambar yang menzahirkan kesedapan epal tu.


Aku percaya bahawa novel, cerpen, puisi, lukisan, gambar or etc ialah satu bentuk ekspreasi penceritaan oleh si penulis, pelukis or photographer agar pembaca, pemerhati mampu memahami emosi, perasaan, cerita yang cuba disampaikan. Then kau tanya: apsal tak kata jer 'Epal tu sedap..!!' Nokthah. Tak panjang cerita. Sebabnya ramai antara kita merasakan hanya dengan kata-kata lisan then maknanya tak benar-benar sampai. Adakah sedap epal tu sama macam sedap nasi ayam or air bandung etc? So mereka mulai bercerita dengan cara mereka sendiri dengan harapan ada yang akan cuba faham. Hmmm...



...



Seksi Ovari oleh Fazleena Hishamuddin ialah buku puisi kedua aku beli selepas Langit Vanila oleh Wani Ardy. Walaupun keduda-duanya buku puisi yang diterbitkan oleh penerbitan yang sama namun karyanya totally berbeza. Aku gambarkan Langit Vanila seolah-olah Wani Ardy sedang bercerita tentang rasa marah, sedih, takut, gembira berdepankan kita dan emosinya cukup-cukup dekat. Mungkin sebab kejujurannya dalam berkarya or sebab ceritanya juga dialami oleh kita semua. 

Seksi Ovaro pulak aku gambarkan seperti aku (seorang lelaki) yang sedang lepak di Mc D dengan seorang kawan perempuan yang sepanjang masa tu dia sekadar membebel tentang ketidakpuasan hatinya pada balaknya. Sepanjang dia membebel tu kau just makan fries sambil usha kiri kanan so word bebelan dia hanya sesekali je kau dengar.

Aku tak ada lah nak kata yang penulisan dia tak jujur or penulisan dia cam sekadar nak memenuhkan buku ke tapi ia lebih kepada aku tak dapat nak faham emosi dia. Dia asyik-asyik membebel tentang balak dia jer memanjang. Bahan bacaan ni terlalu girlish emotion untuk lelaki faham. Or dalam erti kata lain dia hanya nak mintak balak dia faham tentang diri dia jer. Hmmm..

Or mungkin gak sebab Langit Vanila lebih kepada perjalanan hidup dia yang naik turun, dia sertakan sekali coretan di samping puisi or just kata-kata biasa dan semuanya diikuti dengan kemas oleh tarikh masa bila ia berlaku. So kita leh relate dan baca Langit Vanila seperti sebuah novel dimana dia solo, couple, putus cinta, couple lagi, kawen, hidup negeri orang, emosi dalaman etc. Tapi Seksi Ovari lak hanya bebelan tentang kekasih sepanjang masa. 

Ia still bacaan yang boleh dibaca terutama jika kau ialah seorang girl yang emosi masih tak stabil sebab putus cinta or jumpa balak yang kau rasa tak pernah cuba memahami kau. Kalau kau ialah seorang wanita yang dah punya anak gadis remaja then mungkin kau perlu baca untuk pastikan kau faham bagaimana rasanya jadi anak gadis semula. Hmmm...















Tapi still ada beberapa puisi yang aku suka dalam buku ni. Antaranya pada kulit belakang. Seriusly antara sebab aku yakin nak beli buku ni pun pada puisi pada kulit belakang ni. Ia menggingatkan aku pada DIDI. Tapi bila tengok muka depan then aku tak pasti lak sebab mua Fazleena Hishamuddin ni dah macam Faisal Ismail FBI lah pulak.

Dan aku akhiri post ini dengan salah satu puisi yang aku suka gak


Kongsi
Cukuplah kau seorang yang memahami
walaupun seluruh dunia menghukumi
akhirnya hidup kita sendiri-sendiri
cinta kadang-kadang tak perlu dikongsi









Hmmmm

Saturday, April 20, 2013

Part Aku Nak Jadi Perempuan

Ada banyak kerja dan setiap kerja aku akan buat beberapa kawan. Salah satu tempat kerja ni lebih kurang gila gak ar kawan yang ada. Mereka gila tahap nak sangat aku jadi perempuan. Sorang ni namanya Fiona (yang perangai cam jantan) kata dia sanggup beli make-up dan baju mahal untuk aku kalau aku setuju jadi perempuan. Dan sorang lagi nama Kurt (yang gila seks) kata kalau aku sanggup operate tukar jantina dan tukar muka jadi Fauziah Gous then dia rela nak kawen ngan aku. Duh, mereka memang gila. Hmmm..



Aku sangat bersyukur sebab aku lahir sebagai seorang lelaki. Aku tak perlu fikir untuk penuhkan beg bimbit aku ngan barang pelik-pelik or moody-moody bila datang bulan or ada makhluk hidup yang berada dalam perut untuk tempoh 9 bulan dan keluar melalui alat sulit yang saiznya totally cam tak logik untuk keluarkan benda sebesar tu. 








Jadi lelaki lak sangat simple (Kecuali part tanggungjawab ar yang besar dan beratnya lebih besar dan lebih berat dari semua gunung yang ada di dunia) jadi aku tak ada sebab untuk nak tukar jadi perempuan.











Korang pasti pernah dengar perempuan membebel sorang diri kata 'Kan best kalau jadi lelaki sebab mereka boleh bla bla bla' tapi seriusly lelaki pun ada masanya akan berfikir benda yang sama gak (tapi tak ar sampai dioarang nekad sampai nak tukar jantina ke)

Malam tadi moment tu muncul pada aku masa tengah layan Versus 2 kat TV9. Aku sangat adore pada band-band muzik sebab diaorang sangat hebat bermalipulasikan muzik. Dan untuk Versus 2 lak aku sangat adore gila baboon pada band Kyoto Protocol sebab mereka hebat tahap mampu menghentikan masa ar. Then muncul ar hati aku berkata 'Kalau jadi girl mesti best sebab leh couple ngan diaorang yang sangat hot and awesome ni..!!'






Seriusly kat mana-mana pun kat dunia ni mana-mana pun ramai member band muzik yang rock especially punya awek giler hot. Tak caya tengok ar wife dan bekas-bekas wife Amy Search. Sedangkan kalau Amy tu just lelaki-lelaki biasa or mamat kilang or pak cik pejabat then tak ada mana-mana girl tertarik ar. Betapa band muzik ni memang ada enchanted power ar.








Dan cuba teka siapa mamat malang yang aku kelaskan hot and awesome tu? Fuad aka lelaki nerd yang pakai cermin mata tebal tu. Hmmmm..










Then korang kata "Aj, zaman sekarang ni rasanya kau tak perlu jadi perempuan semata-mata nak jatuh cinta dengan lelaki kot.." Ek...? Tapi aku tak dapat imagine band muzik lelaki bersama lelaki ar..

Saturday, December 22, 2012

Perempuan, Islam & Tudung

Soalan: 
1. Susah ke jadi seorang yang berjantina perempuan ? 
2. Susah ke jadi seorang yang beragama Islam? 
3. Susah ke jadi seorang yang berjantina perempuan, beragama Islam dan memakai tudung ?


Kampong aku majoriti Melayu tapi ada gak Cina dan Iban. So satu hari ni aku hantar mak aku gi satu kenduri dalam kampong ni. Then terlintas ar sorang mak cik ni. Memula cam tak kenal tapi bila toleh rerupanya nenek kawan aku yang Iban ni. So aku dan emak saling tertanya ar either dia dah masuk Islam ke apa. Kedian balik dari kenduri tu emak aku kata rerupanya si nenek Iban tu pakai tudung sebab dia kat itu trend fashion sekarang ni. Hmmm..

...

Aku quite open then bila sorang perempuan Islam tu nak bertudung or tak then itu ialah pilihan dia. Cuma issue yang aku nak bawak kali ni ialah tentang perempuan Islam yang memilih untuk bertudung. Aku jelaskan situasi ni dan please kata kau pun pernah alami gak.

a. Pakai tudung mini yang nampak rantai, sebahagian leher dan bahagian atas dada.
b) Pakai tudung tapi baju ketat, legging or pendek cam baby-t
c) Pakai tudung tapi jambul rambut keluar.
d) Pakai tudung atas paras dada
e) Pakai tudung guna kain jarang yang sah-sah nampak rambut
f) Pakai tudung cuma kat office tapi keluar then freehair
g) Pakai tudung tapi datang bulan jer sentiasa aka tak sembahyang
h) Pakai tudung tapi dating tempat gelap then siap rakam aksi 3GP lagi.


Bagi aku once sorang perempuan Islam memilih untuk pakai tudung then ia dah jadi satu bentuk aku janji bahawa dia komited untuk menutup aurat dan menjalani cara hidup Islam yang sebenarnya. Sebaliknya now a day ramai yang beranggapan bahawa tudung ialah fashion menutup rambut dan bukannya amalan menutup aurat. Sekaligus membenarkan kata-kata nenek kawan aku yang Iban tu: semua orang leh ikut trending pakai tudung. Hmmm

Then pasti ada yang kata: Perempuan Islam hari ni dah tak boleh berpakaian cam tudung labuh ustazah sekolah ngan baju kurung jer lagi. Nanti masyarakat dunia akan pandang kita sebelah mata. Kita perlu memperbanyakkan gaya-gaya muslimah termasuk transformasi tudung mereka sekali. Yap, aku tak menentang lumrah wanita mahu nampak cantik tapi sejujurnya ramai jer orang luar sana or selebrity yang bertudung ngan elok: labuh dan tak berpakaian ketat dan still menutup aurat mengikut kehendak Islam.













It seem like tengok perempuan bertudung yang nampak jambul. Dah alang-alang tutup sebahagian besar rambut then kenapa susah sangat nak tutup keseluruhan? Apsal takut hilang imej datin ke? Btw, Islam tu agama yang sempurna tapi penganutnya saja yang kekadang lupa dan merosakkan kesempurnaan tu. Hmmm


Tuesday, August 28, 2012

Aku Melukis Perempuan Dot Dot Dot...

Kalau korang perasan setiap kali aku melukis then pasti korang akan dapat simpulkan apa yang aku lukis ialah: lelaki, lelaki, lelaki, kucing, lelaki, lelaki, kucing, lelaki, lelaki lagi. Pola yang bagi korang amat menimbulkan rasa curiosity ni akhirnya membuatkan korang nak mengeluarkan satu statement berbaur soalan kepada aku "Aj, it okey kalau kau nak berterus terang dan admit yang kau sebenarnya ialah sorang lelaki yang menyukai lelaki lain. Dunia sekarang dah terima homo things openly.." Buat aku mengaru-garu kepala x paham. Wakaka. 


Yap, aku akui yang aku banyak dan lebih refer untuk melukis lelaki berbanding perempuan. Dalam setahun tu cuma ada beberapa jer lukisan perempuan dalam bilangan yang kecil aku lukis berbanding lukisan lelaki yang lebih banyak. There are few reasons. Antaranya:

1. Dalam banyak-banyak benda yang aku boleh lukis, aku lebih refer melukis potret muka manusia. Sebabnya aku suka melihat tekstur kulit manusia then kalau ada orang mintak upah lukis aku suroh dia hantar gambar yang bersaiz besar sebab aku akan zoom-in banyak kali. I dont know why there something yang unik pada kulit manusia. 

Then korang tanya 'Girl pun ada kulit gak wat..?' Memanglah tapi mostly wanita zaman sekarang kulit mereka lebih banyak ditutupi oleh bedak yang warna-warnanya tak semulajadi. Memanglah girl nampak cantik ngan make-up tu tapi aku x dapat kepuasan melukis sebab walau sedalam mana aku zoom in yang ada hanya satu lapisan yang ditutupi tepung bedak jer. Hmmmm..


2. Kalau korang perasan dan lihat ngan teliti, aku bermain sepenuhnya menggunakan garisan. Garisan-garisan tu lah yang membentuk rupa dan tona pada setiap potret wajah manusa tu. And there a wisdom word kata melukis adalah cara manusia tertentu melepaskan tension. Yap, aku setuju walaupun x sepenuhnya sebab kalau melukis waktu tension then lukisan tu x akan menjadi ar but yaa, melukis memang menghilangkan tension aku. Setiap garisan either tebal or nipis ngan detailnya sehingga lukisan tu siap, it feel like ada satu batu besar dah dibuang di atas aku. Hmmmm..

Then korang tanya lagi 'So apa kaitan ngan melukis perempuan pulak..?'. Sekali lagi, kalau korang perasan setiap lukisan lelakiyang aku lukis then muka mereka dipenuhi ngan garisan. It look okey with it tapi bila aku guna teknik yang sama pada lukisan perempuan then ia x menjadi. Sebaliknya ia menjadikan muka perempuan tu nampak berkedut, tua dan x cantik. Hmmmm.. 


3. Aku ada satu habit, bila aku buat one things ngan slumber jer then it will turn great tapi kalau aku bersungguh-sungguh buat sesuatu tu then end resultnya akan mengecewakan. Mungkin sebab bila bersungguh-sungguh then expectation aku tinggi dan bila resultnya x mencapai expectation then ia akan buat aku down.

Sama gak ngan melukis, bila aku melukis muka lelaki then aku just ambik kertas dan start melakar then bila ia siap dan aku puas tapi sebaliknya bila melukis perempuan aku akan bersungguh-sungguh. Aku nak lukisan tu totally secantik orangnya. Kalu melukis muka lelaki just ambik masa kurang sejam tapi bila nak melukis muka wanita then ia ambik dari sehari sehingga seminggu. Dari aku melukis x pakai pemadam sehingga aku padam je all the time. Sehingga akhirnya aku gave up sebab ia x mencapai kehendak aku. Hmmmm..


4. Bila aku melukis muka lelaki then ia sama jer cam melukis kucing tapi bila aku nak melukis wajah seorang wanita, aku cukup memilih. Aku nak memastikan yang ia bukan sekadar satu wajah yang ada di sehelai kertas sebaliknya wajah yang akan terpahat mati di hati aku kelak. 
































Hmmmm yang lebih panjang.

Saturday, June 9, 2012

EURO 2012 & Fail Geography

Korang tengah lepak pagi-pagi ngan kawan korang kat kedai mamak. Kedian kawan korang tu kuarkan satu soalan yang berbunyi "Wei, EURO ni ko sokong team mana ar...?" Ko ngan suasana pagi yang hyper dingin tu pun ngan penuh keyakinan kata "Aku mesti ar sokong Manchester United. Die hard fan nih...!!" So kawan ko tu dengan sepintas lalu terus terguling-guling kat tar jalan tanpa peduli sepatah haram (or Najib say as Haram Jadah) mapley kerja situ.


Setelah keadaan kembali normal then ko pun terus tanya balik soalan yang sama pada kawan kau tu "Kau team mana pulak...?" Dengan gaya poyo cam Rosyam Noor sambil tangan kanannya memegang rokok jenama murah dia berkata "Aku yakin Mexico mesti juara lagi ar kali ni.." seraya dia mengangguk yakin.

Korang ingin jer nak gelak sama cam dia tapi tapi disebabkan korang ada harga diri yang tinggi sedikit dari dia so korang just diam dan pura-pura mengangguk sambil dalam hati ko kata: Biarkan dia, next time orang tanya soalan tu dan dia jawab Mexico then baru tau dia cam mana reaksi orang ketawakan dia balik. Hmmmm..




























Then few girl yang baca post ni sepatah haram x paham apa yang sedang berlaku. So aku kata ngan penuh gaya gentlemen "Cik, Manchester United tu kelab then EURO ni perlawanan negara-negara di Eropah.." Kedian dia tambah lagi soalan "Habis tu? Mexico tu bukan kelab then kenapa pulak...?" Aku paham apa yang sedang berlaku "Mesti cik ni tidur masa kelas geography ar kan? Sejak bila Mexico tu kat Eropah ar...!!"

Dia masih x puas hati kata "Habis tu Christiano Ronaldo kan orang latin jadi kenapa dia leh lawan untok Portugal pulak...?"

That what happens kalau sesetengah perempuan yang x pernah tahu rupa bentok bola then kedian rasa tahu cam mana rupa bentuk bumi ni. Hmmmm

Wednesday, May 30, 2012

Satu perkara yang aku masih lagi tak faham sampai sekarang apabila waktu solat Jumaat ialah apsal para lelaki-lelaki di sekitar aku majoritinya menguap banyak kali, muka sangat-sangat mengantuk, tleh ertidur sambil duduk etc sedangkan aku masih lagi dalam keadaan normal aka khusyuk mendengar khatib membaca khutbah tanpa ada sedikit rasa boring sikit pun. Hmmm.. May be aku yang tak normal kot..

Or sama gak masa aku buat kerja komuniti kat rumah orang tua kat Sungai Buloh masa belajar dulu. Waktu tu aku fikir yang semua pelajar sana faham apa yang atok Cina tu share sehingga bila kami blah mereka kata yang mereka x faham sepatah haram apa yang dia kata sehingga buat aku yakin bahawa mereka hanya pura-pura mendengar sekaligus menjadikan hanya aku sorang sahaja yang faham apa dia kata. No wonder end of that day dia cuma kata kat aku suroh janji akan datang balik kat sana lagi nanti.







Sorang kawan pernah kata “Semua orang punya telinga tapi tak semua orang mampu mendengar” Sebab rasanya kemahiran mendengar bukan kemahiran yang semua mampu belajar. Ia sangat berbeza ngan kemahiran bercakap. Kan…?







But still ada yang punya mulut tapi bermasalah untuk menyuarakan suara mereka gak ar kan?

















Aku punya telinga dan aku mampu mendengar. Cuma aku tak punya ingatan yang cukup kuat untuk ingat semua yang telinga aku dengar. So itu the other kemahiran yang perlu semua orang ada gak: Kemahiran Mengingat. Hmmmm..

Sunday, March 25, 2012

Perempuan & Rahsia

When it come to a secret, you will be find there are 2 types of women. Jenis perempuan pertama ialah yang once someone share rahsia tu pada dia or once on the moments dia dapat tahu rahsia tu, it still fine until for few seconds dan dia akan rasa gelisah yang amat sangat. Dia merasakan yang dia sedang dibebani dengan satu permasalahan global yang sangat besar dan kalau dia pilih untuk simpan gak then dia akan explode. So dia pilih someone yang dia percaya dan dia share rahsia tu dengan ayat mesti guna cam "Jangan bagitau orang lain tau, ini rahsia..!!" Hmmm..


Meanwhile 2nd type of women plak ialah jenis yang sangat-sangat pandai simpan rahsia. Sekali dia pegang rahsia tu then sampai the end of our or her life then the secret will remain her forever ar or until kita jumpa wanita jenis pertama yang pecahkan lobang tu dulu. Hmmmm..




























Trust me, lelaki pun ada macam tu gak. Hmmm..

Wednesday, January 11, 2012

My Hot Girl List

Everyone got theirown 'Hot Girl List' dan bila aku maksudkan everyone then aku maksudkan ngan everyone. Sebab bukan sahaja lelaki malah girl sendiri punya 'Hot Girl List' mereka sendiri. Tapi ia sedikitpun tak menjadikan girl tu as Homo, Lessy, Pengkid etc. Aku sendiri pun ada 'Hot Guy List' apa.. Sebab 'hot' or 'cantik' or 'kacak' tu subjektif dan berbeza pada setiap pandangan mata induvidu. So ia terpulang pada individu macam mana ia nak menilai sesuatu. Sebelum aku membebel panjang lebar so ini list 'Hot Girl' pada aku:



a. GIRL+MUSIC
Aku sangat yakin ramai lelaki kat luar sana yang sangat setuju ngan statement girl yang pandai main music instrument sangat HOT. Tak kira dia pandai main gitar, piano, soxofon or even tabla, harmonika, seruling or lebih-lebih lagi instument yang ganas cam drum lagi ar menjadikan HOT meter mereka naik tinggi. I dont know logicallynya kenapa girl yang main instrument musik ni menjadikan diaorang HOT tapi yang pasti setiap kali diorang main music tu then aku akan terhenti dan something HOT akan keluar dalam bentuk gelombang dari music yang mereka main tu. Itu belom masok part kalau dia punya suara serak-serak basah dan leh nyanyi plak. Damn, she HOT.






b. GIRL+BOYISH
Aku tak tahu kenapa sejak dari zaman sekolah-sekolah dulu sampai sekarang aku sangat-sangatlah tak suka ngan girl yang terlalu girlish dalam erti kata ngan gi mana-mana mesti tacap make-up 1 inci, bawak payung takut panas (teringat sorang kenangan satu tingkatan yang asyik pakai make-up walau gi sekolah then bawak payung waktu sukan dan pernah masuk rancangan realiti dan sekarang dah kawen datok), minat dan pakai semua aksosori dan pakaian warna pink etc. It make them such so plastic.

Dan aku lebih refer girl yang tak ada masalah untuk tunjokkan bahagian kasar mereka. Bagi aku girl yang bawak big bike, mount climbing, main bola, baiki barang rumah sendiri, buat kerja lelaki are sangat HOT. Dan pengakuan jujor aku kata girl yang pakai Jersey bola sepak lelaki or rugby sangat TURN ON my 'switch'. Hmmm..




c. GIRL+PET
Yang ini aku baru masukan dalam list beberapa jam lalu bila berlaku incident aku terjumpa sorang girl yang bekerja kat satu kedai menjual barang haiwan peliharaan ni sangat HOT bukan sebab dia kerja just pakai bra ngan bunny ear kat kepala dia tapi sebab sifat care dia pada haiwan tu menjadikan dia HOT. Sekaligus buat aku terfikir aku pernah suka few girl ni yang sangat sayang pada pet dia sekaligus buat aku terfikir kalau aku leh ganti tempat pet dia so dia akan pampered me dan usap-usap on my 'fur'. OMG..
 




d. GIRL+PENDIRIAN
Dalam banyak-banyak semua perkara dalam list aku tu ada satu perkara yang benar-benar menjadikan sorang girl tu sangat-sangat HOT iaitu kalau girl tu ialah seorang yang berpendirian dan berpegang teguh pada pendiriannya. Yap..












































Btw Zooey Deshanel HOT. Hmmmmm