Saturday, April 20, 2013

Part Aku Nak Jadi Perempuan

Ada banyak kerja dan setiap kerja aku akan buat beberapa kawan. Salah satu tempat kerja ni lebih kurang gila gak ar kawan yang ada. Mereka gila tahap nak sangat aku jadi perempuan. Sorang ni namanya Fiona (yang perangai cam jantan) kata dia sanggup beli make-up dan baju mahal untuk aku kalau aku setuju jadi perempuan. Dan sorang lagi nama Kurt (yang gila seks) kata kalau aku sanggup operate tukar jantina dan tukar muka jadi Fauziah Gous then dia rela nak kawen ngan aku. Duh, mereka memang gila. Hmmm..



Aku sangat bersyukur sebab aku lahir sebagai seorang lelaki. Aku tak perlu fikir untuk penuhkan beg bimbit aku ngan barang pelik-pelik or moody-moody bila datang bulan or ada makhluk hidup yang berada dalam perut untuk tempoh 9 bulan dan keluar melalui alat sulit yang saiznya totally cam tak logik untuk keluarkan benda sebesar tu. 








Jadi lelaki lak sangat simple (Kecuali part tanggungjawab ar yang besar dan beratnya lebih besar dan lebih berat dari semua gunung yang ada di dunia) jadi aku tak ada sebab untuk nak tukar jadi perempuan.











Korang pasti pernah dengar perempuan membebel sorang diri kata 'Kan best kalau jadi lelaki sebab mereka boleh bla bla bla' tapi seriusly lelaki pun ada masanya akan berfikir benda yang sama gak (tapi tak ar sampai dioarang nekad sampai nak tukar jantina ke)

Malam tadi moment tu muncul pada aku masa tengah layan Versus 2 kat TV9. Aku sangat adore pada band-band muzik sebab diaorang sangat hebat bermalipulasikan muzik. Dan untuk Versus 2 lak aku sangat adore gila baboon pada band Kyoto Protocol sebab mereka hebat tahap mampu menghentikan masa ar. Then muncul ar hati aku berkata 'Kalau jadi girl mesti best sebab leh couple ngan diaorang yang sangat hot and awesome ni..!!'






Seriusly kat mana-mana pun kat dunia ni mana-mana pun ramai member band muzik yang rock especially punya awek giler hot. Tak caya tengok ar wife dan bekas-bekas wife Amy Search. Sedangkan kalau Amy tu just lelaki-lelaki biasa or mamat kilang or pak cik pejabat then tak ada mana-mana girl tertarik ar. Betapa band muzik ni memang ada enchanted power ar.








Dan cuba teka siapa mamat malang yang aku kelaskan hot and awesome tu? Fuad aka lelaki nerd yang pakai cermin mata tebal tu. Hmmmm..










Then korang kata "Aj, zaman sekarang ni rasanya kau tak perlu jadi perempuan semata-mata nak jatuh cinta dengan lelaki kot.." Ek...? Tapi aku tak dapat imagine band muzik lelaki bersama lelaki ar..

2 comments:

missSenget said...

fauziah gous berperut boroi?

Erk..kakakaka

Aj Abdullah said...

bab boroi tu gak yang nak dihighlightkan.. wakaka