Tuesday, April 9, 2013

Manifesto Aku

Pilihanraya dah sangat-sangat dekat. Parti bertanding dah bagi manifesto memasing. Aku hanya ada beberapa harapan jer untuk mana-mana parti yang menang nanti. Tak kira Barisan ke Pakatan ker yang menang nanti, harapan aku nak sangat gi mana-mana tanya dibayangi oleh kepala perdana menteri. Tak nak ar tengok bas, banner, poster, tin makanan, baju, tupperware, pencil case, under wear, e-mail, pos office, kedai makan etc semuanya ada muka perdana menteri. Kalau aku suka macam mana pun ngan perdana menteri tu tapi kalau asyik gi mana-mana asyik tengok muka yang sama jer then aku pun akan naik meluat gak. Hmmmm..


Secondly kalau BN sekali lagi menang then please ar tukar benda yang ada nombor satu ngan bendera Malaysia kat dalam tu. Sebab bila tengok benda alah tu then aku akan terus teringat balik kat muka perdana menteri. Sebab benda tu ada kat mana-mana cam klinik rakyat 1 Malaysia, bantuan buku 1 Malaysia, bantuan rakyat 1 Malaysia, teksi1 Malaysia, kedai rakyat 1 Malaysia, menu rakyat 1 Malaysia, kedai kain 1 Malaysia etc yang buat aku rasa nak muntah bila tengok logo tu. Ia dah melewah-lewah sangat.

Thirdly please ar bebaskan media arus perdana dari jadi sama standard cam Maharaja Lawak. Aku rasa bila aku tengok berita then satu-satunya perkara yang aku percaya ialah bila masuk bab sukan. Selebihnya cam tengok Melodi versi pemimpin negara or ulasan drama cerekarama minggu ini yang melibatakan wakil rakyat Malaysia yang sesekali ada video lucah, manipulasi agama etc. Tak ada beza kot ngan drama-drama Melayu yang sedia ada. Hmmm..












Ke-empat, kalau first lady dari parti yang menang tu jenis kaki shopping please ar jangan guna alasan duit untuk shopping tu ialah simpanan start dari tadika lagi. Please ar.... Ia sangat mengarut..

2 comments:

Mrs.Darling said...

Ajay! Tak sangka jumpa kat blog. =)

Aj Abdullah said...

Sapa ni ek...? misterius betol