Waktu majlis bersanding Uda aku di Kuching beberapa tahun dulu, ada beberapa orang family members dari Johor datang. So dipendekkan cerita sorang cousin aku ni nak cari satu lauk ni untuk hidangan pengantin so kali berdua gi ar jumpa group catering dan salah sorang caterer tu cakap Sarawak ar ngan cousin aku. Akibatnya cousin aku tu tak faham sepatah haram jadi aku bagitahu ar mereka yang "Nya urang Melaya..!!". Then bila dah blah cousin aku tanya sama ada aku mengata dia ke. LOL
Waktu aku belajar dan kerja di Semenanjung dulu, ramai orang fail untuk teka origin aku. Ada yang kata aku orang Kedah, Perak, Singapore, Indonesia etc. Sarawak totally out their list. Sama cam aku gak yang mostly fail untuk kesan other Sarawakians melainkan bila diaorang start cakap Dialek Melayu Sarawak or lidah diaorang jenis cukup keras sehingga Bahasa Melayu mereka sound soo lah Sarawak. Aku pernah cakap-cakap ngan pok cik teksi ni kata orang Sarawak mudah embrace ngan environment. Then pak cik tu bagi contoh berlawanan iaitu orang Kelantan and Sabah. Tak perlu dengar diaorang cakap, just melalui penampilan je kita dah tahu mereka tu orang sana. Hmmm..
...
Di Sarawak, orang Semenanjung ni kira minority laa. Mostly mereka di sini sebab kerja or berkahwin dengan orang tempatan. There are 2 type of orang Semenanjung di Sarawak. First: mereka yang embrace ngan persekitaran and second: mereka yang still nak mengekalkan 'kesemenanjungan' dalam diri mereka.
Contoh kumpulan pertama tu ialah emak aku. Emak aku dah kawen dan dudok Sarawak lebih 30 tahun cam tu. Jiran-jiran ramai yang tak tahupun yang emak aku ni orang Semenanjung melainkan ada masa tu lidah emak kekadang terkehel gak ar. Even perbendaharaan Dialek Melayu Sarawak emak aku jauh lebih advance dari some pure Sarawakians.
Contoh kumpulan kedua tu lak ialah emak kawan aku yang lebih kurang je masa dia ngan emak aku di Sarawak. Tapi sampai sekarang dia masih lagi cakap BM Semenanjung ngan satu-dua kerat jer Dialek Sarawak. Even dalam rumah dia sendiri pun dia still cakap BM Semenanjung walaupun suami dan anak-anak dia cakap Sarawak.
Hasilnya gi mana-mana kat Sarawak then golongan kedua ni cukup mudah dikenalpasti ar. Contoh cam hari ni tadi aku join satu majlis agama ni ar. Dengan cukup mudah gak ar aku detect orang Semenanjung golongan kedua ni. First melalui penampilan and second mereka akan dudok satu group ngan orang yang sama sepanjang masa. Dan kebetulan cikgu form 6 aku pun ada sekali dalam majlis tadi. Dia pun dari Semenanjung gak tapi once dia bukak mulut then semua orang akan yakin dia 100% Sarawak. Dan dia menyesuaikan diri ngan majlis tu with local ngan baik sekali.
Seriuslynya aku tak ambik big deal sangat pun ngan benda ni semua. Aku bukannya sorang yang assabiyah sangatpun. Even kalau korang kenal aku in person korang akan tahu yang aku anti racist. Tapi sejujornya ada masa aku akan turn racist especially bila ada orang start jadi racist. Antara partnya ialah bila aku jumpa askar Melaya yang sangat berlagak kat Sarawak. Aku akan automatically akan turn racist bila jumpa diorang ni.
How to detect them? Kalau korang gi pasar malam kat Semenanjung then korang akan jumpa group of mamat yang datang ngan group of kapcai ngan helmet murah (yang Sarawakians kata as helmet apek jual sayor) dan jalan ngan group sambil ketawa dan cakap besar. Cuma bila ia askar jadi kulit mereka hitam terbakar dan kepala botak. Selebihnya memang sama.
Seriusly aku bukan benci diaorang sebab mereka asal Semenanjung tapi sebab diaorang sangat berlagak. Semua orang benci orang berlagak. Masalahnya mereka ni berlagak seolah-olah mereka punya ketamadunan budaya yang lebih tinggi. Cam kita belajar dulu, penjajah selalu guna alasan 'Beban Orang Putih' as alasan untuk menjadikan budaya asia lebih kuno dan ketinggalan.
Cuma yang lawaknya mereka ni hanya berani bila ramai-ramai. Tapi kalau sorang then telur pun kecut. Hmmm
Nasihat untuk diri sendiri dan mereka yang baca "Masuk kandang kambing then please ar belajar mengembek.. Tak hilang maruah diri pun... kan?"
No comments:
Post a Comment