Waktu aku universiti dulu ada sorang mamat ni entah apsal dia sangat tak suka aku. Kalau aku jalan then 5 meter depan tu dia ada then kita leh nampak mulut dia terkumat kamit. Kalau dia berada kat Salem, Massachussetts then pasti dia dah kena tangkap atas tuduhan witchcraft. Rerupanya bila dah dekat then dia tengah sumpah seranah aku. Reaksi aku waktu tu: Senyum menggada-ngada (cam bandboy K-Pop) sambil lambai-lambai dan matlamat aku buat dia bertambah sakit hati berjaya.
Aku sangat-sangat tak tahu kenapa dia tak suka aku. Asyik-asyik dia kata yang aku ni rosak, bagi influence buruk pada orang lain etc then dia sumpah seranah aku depan-depan. Even kalau dia bertembung ngan aku ngan kawan dia then depan-depan aku dengan suara kuat dia bagitahu benda-benda buruk tentang aku pada si kawan tu. Dan sekali lagi aku buat reaksi yang sama.
Mamat tu orang Kelantan tapi tahap Islamik dia cam mangsa-mangsa dalam series Tanah Kubur kat Astro Oasis tu ar. Oppss...
Satu malam ni masa aku tahun akhir then ada sorang kawan ni masok bilik aku dan mintak maaf betul-betul pada sebab selama ni dia dan si mamat tu mengata buruk tentang aku. Kesedaran tu berlaku pada dia bila si mamat tu pun mengata buruk tentang dia kat orang lain.
Kesimpulan cerita ni tadi: Mamat tu menggata buruk tentang aku dengan matlamat agar orang lain benci aku dan dalam masa sama suka lebih kat dia. Tapi realitinya kita cukup yakin yang orang yang share cerita buruk tentang orang lain tu sah-sah bukan orang baik. Kan...?
Pilihanraya dah dekat. Waktu ni ar semua benda-benda buruk tentang pemimpin itu ini keluar. Video lucah pun dah jadi cam benda biasa. Dicanang sana sini buat tontonan rakyat tanpa mengira usia. Seriusly: kalau matlamat nak sebar keburukkan orang lain tu ngan matlamat orang tak akan undi individu or parti tu dan dalam masa sama akan pangkah kat parti yang menyebar then ia adalah anggapan yang salah ar. Hmmmm
Kerajaan yang baik ialah kerajaan yang membenarkan rakyatnya berfikir dan bukan menentukan apa yang boleh rakyat fikir sebagai baik dan tidak. Hmmmm..
No comments:
Post a Comment