Ada beberapa perkara yang bagi kau biasa-biasa tapi aku cukup pandang berat. Tiga perkara yang berada dalam tangga tertinggi ialah:
1. Mereka yang curang ngan pasangan.
2. Mereka yang pandai buat anak tapi tak tahu cara nak menjadi ibu bapa.
3. Mereka yang menghasil dan membuang sampah sewenang-wenangnya.
Kalau kau check poket seluar aku then kalau kau jumpa puntung rokok, pembalut gula-gula, kertas kecil yang nak mereput maka ia adalah benda biasa. Sebab aku ada habit yang selagi aku tak jumpa tong sampah then aku tak akan sama sekali buang sampah tu merata-rata. Maka aku akan simpan sampah tu dalam poket seluar or dalam beg sehingga aku jumpa tong sampah. Mostly aku akan lupa dan sampah tu akan selamanya tersembunyi di situ. Hmmm..
Aku sangat ambik berat bab sampah ni. Jadi aku mendisiplinkan diri aku untuk beberapa perkara such as:
1. Aku tak beli minuman botol plastik 500ml (or cawan plastik guna jual air tepi jalan). Sebab botol plastik tak kira untuk air mineral or bikarbonat bothnya tak direcycle. Yap, ia memang oleh direcycle tapi kosnya terlalu tinggi dan keuntungannya terlalu kecil berbanding merecycle tin yang ada keuntungan besar sikit. So korang tanya apa akan jadi kepada botol plastik kalau tak direcycle? Jawapannya: tempat pelupusan sampah ar. Dan ia tak akan mereput untuk jadi bahan organik maka ia akan selamanya jadi a part of bendasing pada bumi. Jadi kalau aku haus then aku akan beli minuman tin or gi kedai dan minum guna gelas jer. Hmmm..
2. No plastic bag. Aku pergi pasar tani dan beli 4-5 jenis sayur then aku balik hanya bawak sayur tanpa sehelai plastic bag pun. Sama macam aku pergi beli groceries, buku, baju etc tanpa perlu ada sehelai beg plastik pun. Mostly aku kira dalam sebulan aku hanya menghasilkan sekitar 1 beg plastik jer. Itupun bila aku pergi mart dan aku beli barang banyak so aku akan request untuk satu beg besar dan masukkan semua barang tu sekali. Bila balik rumah then plastik tu akan jadi pembungkus sampah. Sebab kalau kita tak request cam tu then setiap kali kita balik mart then kita akan bawak purata 4-5 beg plastik pelbagai saiz. Just imagine je lah yang sayur lain beg, sabun lain beg, ayam lain beg, pencil lain beg. Duh, memang ar benda tu free tapi perlu ke kita ada benda tu banyak-banyak? Dan mostly plastik tu bukannya berguna lagi lepas kita shopping. Even ada orang tu keluar dari mart je terus buang beg plastik specially bila beli tit bit. Hmmm..
3. Sampah domestik. Rumah kita menghasilkan sampah yang jauh lebih banyak dari sampah yang dihasilkan oleh kilang-kilang besar. Mostly sampah tu terhasil tanpa kita sedar. Contoh bila makan mee segera. Satu pack besar tu ada 5 biji mee. Dalam satu plastik mee tu ada 3 lagi plastik dalamnya ngan seasoning, kicap, bawang. Nak makan mee segera pun menghasilkan sampah yang banyak. Kekadang ni benda consumer ni banyak sangat packaging yang melewah-lewah. Akibatnya terhasillah sampah yang banyak. So bila aku shopping then aku tengok barang mana menghasilkan sampah yang banyak then aku tak akan beli.Yap, aku aku mulai boikot untuk tak makan mee segera kerana sampah yang dihasilkan irrationally banyak.
4. Fast food. Mc D menghasilkan sampah yang cukup banyak. World widenya Mc D also known as Mc Trash. Just imagine je kalau kita beli satu set Big Mac then 1 bekas burger, 1 bekas fries dan 1 bekas minuman. Tu baru sorang. Cuba kau dudok Mc D around sejam then korang akan realize Mc D menghasilkan sampah yang banyak wei. Kekadang tu dalam sejam jer pekerja akan keluarkan 2 beg plastik yang setiap satunya tinggi separuh tinggi lelaki biasa ngan lilitan manusia obesiti. So akibatnya tahun ni aku baru gi Mc D tiga kali jeh. Hmmmm..
Nak tak nak kita kena akui yang kita memang terpaksa menghasilkan sampah. Walaupun aku cuba untuk tak hasilkan sampah tapi realitinya aku pun still menghasilkan sampah gak. Kekadang sampah tu tak dapat nak direcycle or direuse untuk kegunaan lain so satu-satunya yang kita boleh buat ialah dengan mereducekan menghasilan sampah tu. Wei, dunia ni milik kita ar. So jangan terbiasa menghasilkan sampah dengan mudah.
Tadi aku sangat marah ngan sorang makhluk tuhan ni. Belajar je tinggi-tinggi tapi buang satu beg plastik penuh sampah ke dalam sungai just macam tu jer. Akibatnya aku lihat manusia-manusia yang totally so sampah ni. Hmmmm
No comments:
Post a Comment