050513. Satu hari yang entah apsal ia buat aku rasa cukup gembira. Hey, ia sambutan 5 tahun sekali. Seriously aku tak tahu entah apsal aku sangat teruja happy dan nervous sangat-sangat. Kalau korang nak tahu aku bukan type of person yang sambut hari raya Aidilfitri tapi mode hari pilihanraya totally berbeza. Ia adalah satu tarikh yang dinanti-nantikan oleh most Malaysian selama 4 tahun. So aku melakukan tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat Malaysia. Cuma tak lama lepas tu, rasa gembira aku diragut dengan incident-incident yang mencemarkan kemuliaan demokrasi. Pilihanraya kita kotor menjadikan aku dah boleh agak bagaimana keputusan yang bakal keluar kelak.
060513. Yap, gerak hati aku mengesahkannya. Bila aku dapat tahu keputusan penuh, hati aku menganggis seperti hujan yang turun sangat lebat. Tapi luaran aku tak seiring dengan emosi hati aku. Luaran aku hanya tergamam. Seolah-olahnya luaran aku tak tahu yang hati aku sedang bersedih. Kalau ia sedarpun then ia tak apa yang ia perlu buat untuk memujuk hati aku agar tak bersedih lagi.
Aku sedih pada issue perkauman yang akan terus dipermainkan di negara ni kelak. Pasti akan ada lebih ramai klon Ibrahim Ali yang akan suroh orang Cina balik ke negara China or suroh orang India balik negara India sana. Aku tak tahu apa masalah pada orang Melayu ini. Kenapa mereka cukup racism? Mereka tak pernah ada kawan selain bangsa mereka sendiri ke? Kalau ada pun mereka pasti sekadar nak tak nak kawan jer. Tak nak anggap lebih daripada itu. Itu belum masuk bab agama lagi. Ada yang masih nak guna statement kalau pembangkang menang then Kristian akan ganti agama rasmi, raja Melayu akan hilang kuasa etc. Duh, korang tak belajar Pengajian Am or sejarah ke sampai jadi kurang bijak macam tu sekali..? Lebih teruk bila bab agama ni keluar then demo jalan guna bahasa kesat tapi sembahyang sendiri tak terjaga. Pasca pilihanraya ni akan menjadikan Melayu kekal Melayu dan Islam hanya hiasan pada IC diaorang jer. Hmmm..
Aku sedih pada nasib Sarawak yang berterusan berada di bawah cengkaman raja Taib Mahmud dan keluarga. Sedangkan mereka tahu yang tanah ni semakin lama semakin banyak yang tergadai, mana-mana tempat kita pergi then pasti ada tanah milik yang dah di chop as milik dia atau keluarganya. Rumahnya besar seperti istana sedangkan beberapa meter jer dari rumahnya, rakyat tinggal dalam rumah macam reban ayam. Dan rakyat yang duduk dalam reban ayam itu still lagi still nak vote dia sebab dapat bantuan BRIM RM500 selepas 55 tahun merdeka, jalan yang baru upgrade beberapa bulan sebelum pilihanraya so mereka dah start terhutang budi. Hmmm..
Aku sedih pada parents-parents kita yang duduk di kampung dan masih lagi mendapatkan maklumat sepenuhnya dari berita arus perdana di TV dan Utusan Malaysia yang sah-sah hanya menyiarkan episode-episode cerekarama penuh dengan aksi lucah dan perkauman. Dan mereka secara langsung sedar or tak sedar sedang diajar untuk membenci sesuatu yang mereka tak tahu lagi.
Aku sedih pada kawan-kawan yang sah-sah jadi mangsa penipuan yang jelas-jelas menipu macam term Ini kalilah pun leh jadi issue samakan dengan mengaku diri tu tuhan. Ops aku lupa mereka pun pernah tertipu dengan forward post kata Upin-Ipin ialah dakyah Yahudi untuk menyesatkan kanak-kanak di Malaysia yang beragama Islam. Oooh seriusly..? Kau sama jer macam orang tua era before merdeka yang kata bahawa Telefon dihasilkan oleh orang Islam sejak zaman Rasulullah lagi tapi orang putih mengaku mereka yang buat sebab ada perkataan dalam al-Quran bunyi macam talifon gak. Duh...
Kemudian aku terbaca post dari bekas anak murid aku dulu, dengan matang dia suarakan kesedihan dan kegusarannya apabila ramai orang dewasa hari ini telah memusnahkan harapan masa depannya. Entah apsal aku rasa bersalah pulak. Hmmm..
Tapi bila tengok-tengok balik result, aku tersenyum bila 51.3% atau 5.489 juta rakyat Malaysia memilih untuk berubah. Sedangkan hanya 48.7% or 5.220 juta include Bangla, Indonesia, Myanmar, Pakistan yang pilih untuk you know who. Lagipun BN hilang 7 kerusi Parlimen dan 69 untuk kerusi DUN. Jadi walaupun kita kalah untuk memimpin negara tapi kita tahu yang mereka pun tak menang sebenarnya. Hmmm
No comments:
Post a Comment