Bagaimana korang mendefinisikan sebuah cerita sebagai idea yang bijak? Adakah apabila ia sebuah idea baru yang totally complicated macam filem Inception atau sekadar sebuah idea biasa-biasa tapi dihasilkan dari persepsi yang berbeza...?
Pada tahun 2013 ni zombie ialah satu idea yang boleh katakan terlalu biasa. Sama tahap cam cerita vampire yang jatuh cinta dengan manusia yang berbelah bahagi cinta dengan seekor werewolf. Start dari zombie yang bodoh bodoh cam dalam Zombi Kampung Pisang sehinggalah zombie tahap melampau cam dalam Resident Evil or next World War Z. Dari novel kepada drama menjadi filem. Semuanya zombie. So macam mana nak develop idea baru tentang zombie..?
Zombie yang jatuh cinta dengan seorang girl dan akhirnya kembali jadi manusia balik. Idea oleh Isaac Marion dalam Warm Bodies.
Then korang tanya 'Ni bukan filem keluar tahun ni tadi ke..?" Yap, tapi aku tak tengok pon movie tu kat wayang lagi. Rasanya sebab ia keluar agak lambat berbanding dengan masa tayangan di US. Plus aku yakin ada banyak scene yang akan kena potong so tak berbaloi ar tengok cinema cam tu. So aku pilih untuk tunggu sampai ia keluar versi gambar cantek dan download dan leh tengok banyak kali.
Orang kata kalau filem yang diadabtasi dari novel ni biasanya versi novel tu memang best ar. Ternyata bila dah baca memang novel ni best sebab ideanya yang segar dengan jalan cerita yang ringan dan penuh humor. Idea yang segar sebab kita tak pernah lagi dihidangkan dengan cerita dari sudut seorang zombie yang sebenarnya mengalami konflik personal, masalah keluarga dan kawan-kawan. Selalunya kita hanya tahu susah hidup jadi manusia yang minority sebab zombie sangat banyak. Pernah tak kita dengar rungutan seorang bapak zombie yang susah nak cari makanan untuk anak-anak zombie disebabkan oleh populasi manusia yang semakin terhapus sepenuhnya..? Hmmm..
Ringan bagi aku sebab ia tak ada konflik yang perlu buat kau fikir dalam-dalam sehingga kau pening kepala etc. Ia tak macam Inception yang penuh dengan konsep gah dan kau perlu fikir macam-macam cam hero tu sebenarnya dah kembali ke dunia sebenar ke still terperangkap dalam alam mimpi etc. Baca buku ni totally cam air mengalir tanpa halangan. Sedar tak sedar kau dah habis pun baca keseluruhan buku.
Jenaka pulak sebab ia memang diceritakan dalam keadaan tak serius. Contoh cam kau pernah terfikir tak macam mana zombie nak have a seks ngan another zombie or macam mana dengan majlis kawen zombie diadakan? Or apa perbendaharaan kata zombie selain 'Brain..!!'?
Sinopsis:
Seorang zombie yang bernama R berkawan dengan zombie yang tak banyak cakap bernama M dan kawen dengan zombie perempuan yang dia jumpa kat elevator Airport dan punya 2 anak zombie. Satu hari semasa menyerang group of manusia then si R ni tergamam dengan sorang girl manusia. Dan itulah moment bermula semuanya.Dan sedetik demi sedetik dia menjadi lebih manusia.
Seorang zombie yang bernama R berkawan dengan zombie yang tak banyak cakap bernama M dan kawen dengan zombie perempuan yang dia jumpa kat elevator Airport dan punya 2 anak zombie. Satu hari semasa menyerang group of manusia then si R ni tergamam dengan sorang girl manusia. Dan itulah moment bermula semuanya.Dan sedetik demi sedetik dia menjadi lebih manusia.
Kesimpulannya Warm Bodies ialah satu bahan bacaan ringan yang menghiburkan. Wajib beli..? Naaa.. cukup ar setakat kalau kawan kau dah beli then pinjam ar tapi kalau kau ada extra duit dan tak tahu nak buat apa then aku cadangkan bagi duit tu kat aku. Wakaka
2 comments:
where did u get this book?
aaaa... bookstore perhap...?
Post a Comment