Tuesday, May 14, 2013

Seksi Ovari A Book Review

Kau makan sebiji epal dan rasanya sangat sedap. Macam mana korang nak menggambarkan rasa epal tu yang sedap selain daripada menggunakan kata-kata lisan? Adakah:
a) Ko akan menulis dengan penuh detail tentang ciri-ciri epal tu sepanjang 40 000 patah perkataan.
b) Ko still menulis tapi sekadar satu muka surat je tentang rasa epal tu.
c) Ko memilih beberapa patah perkataan khas yang membentuk irama tersendiri dan tulis.
d) Ko ambik sehelai kertas dan lukis epal tu dalam bentuk yang nampak sangat sedap
e) Kau ambik kamera dan snap sudut gambar yang menzahirkan kesedapan epal tu.


Aku percaya bahawa novel, cerpen, puisi, lukisan, gambar or etc ialah satu bentuk ekspreasi penceritaan oleh si penulis, pelukis or photographer agar pembaca, pemerhati mampu memahami emosi, perasaan, cerita yang cuba disampaikan. Then kau tanya: apsal tak kata jer 'Epal tu sedap..!!' Nokthah. Tak panjang cerita. Sebabnya ramai antara kita merasakan hanya dengan kata-kata lisan then maknanya tak benar-benar sampai. Adakah sedap epal tu sama macam sedap nasi ayam or air bandung etc? So mereka mulai bercerita dengan cara mereka sendiri dengan harapan ada yang akan cuba faham. Hmmm...



...



Seksi Ovari oleh Fazleena Hishamuddin ialah buku puisi kedua aku beli selepas Langit Vanila oleh Wani Ardy. Walaupun keduda-duanya buku puisi yang diterbitkan oleh penerbitan yang sama namun karyanya totally berbeza. Aku gambarkan Langit Vanila seolah-olah Wani Ardy sedang bercerita tentang rasa marah, sedih, takut, gembira berdepankan kita dan emosinya cukup-cukup dekat. Mungkin sebab kejujurannya dalam berkarya or sebab ceritanya juga dialami oleh kita semua. 

Seksi Ovaro pulak aku gambarkan seperti aku (seorang lelaki) yang sedang lepak di Mc D dengan seorang kawan perempuan yang sepanjang masa tu dia sekadar membebel tentang ketidakpuasan hatinya pada balaknya. Sepanjang dia membebel tu kau just makan fries sambil usha kiri kanan so word bebelan dia hanya sesekali je kau dengar.

Aku tak ada lah nak kata yang penulisan dia tak jujur or penulisan dia cam sekadar nak memenuhkan buku ke tapi ia lebih kepada aku tak dapat nak faham emosi dia. Dia asyik-asyik membebel tentang balak dia jer memanjang. Bahan bacaan ni terlalu girlish emotion untuk lelaki faham. Or dalam erti kata lain dia hanya nak mintak balak dia faham tentang diri dia jer. Hmmm..

Or mungkin gak sebab Langit Vanila lebih kepada perjalanan hidup dia yang naik turun, dia sertakan sekali coretan di samping puisi or just kata-kata biasa dan semuanya diikuti dengan kemas oleh tarikh masa bila ia berlaku. So kita leh relate dan baca Langit Vanila seperti sebuah novel dimana dia solo, couple, putus cinta, couple lagi, kawen, hidup negeri orang, emosi dalaman etc. Tapi Seksi Ovari lak hanya bebelan tentang kekasih sepanjang masa. 

Ia still bacaan yang boleh dibaca terutama jika kau ialah seorang girl yang emosi masih tak stabil sebab putus cinta or jumpa balak yang kau rasa tak pernah cuba memahami kau. Kalau kau ialah seorang wanita yang dah punya anak gadis remaja then mungkin kau perlu baca untuk pastikan kau faham bagaimana rasanya jadi anak gadis semula. Hmmm...















Tapi still ada beberapa puisi yang aku suka dalam buku ni. Antaranya pada kulit belakang. Seriusly antara sebab aku yakin nak beli buku ni pun pada puisi pada kulit belakang ni. Ia menggingatkan aku pada DIDI. Tapi bila tengok muka depan then aku tak pasti lak sebab mua Fazleena Hishamuddin ni dah macam Faisal Ismail FBI lah pulak.

Dan aku akhiri post ini dengan salah satu puisi yang aku suka gak


Kongsi
Cukuplah kau seorang yang memahami
walaupun seluruh dunia menghukumi
akhirnya hidup kita sendiri-sendiri
cinta kadang-kadang tak perlu dikongsi









Hmmmm

2 comments:

Cik Suheela said...

Iols baru baca..
Not bad lah utk gadis putus cinta mcm i..
Hahaha..

fazleena said...

Terimakasih :)