Tuesday, December 23, 2014

Gone Girl A Movie Review

Sebagai seorang penganggur terhormat then aku quit selective tentang movie mana yang aku akan tonton kat pawagam dan yang mana tak. Ada movie macam Interstellar or The Hobbit Battle of Five Armies memang dah dari tahun lepas lagi aku letak target untuk layan kat skrin putih besar dalam hall gelap tu. Tapi untuk movie lain it either aku download torrents or walau dibayar dengan duit pun aku tak sanggup nak tengok. Hmmmm..


Gone Girl ialah antara senarai filem yang aku tak sanggup bazirkan duit aku untuk tengok kat panggung wayang. Sebab utamanya ialah ia ada Ben Affleck a.k.a lelaki yang punya mata macam orang yang tak tidur selama sebulan dengan punggung di dagu (harap korang faham analogi ni). Plus Gone Girl dah keluar kat US agak lama sekirar pada Oktober yang lepas so ketika aku dah siap download versi clear then aku baru sedar yang ia baru ditayangkan kat pawagam Malaysia. Still aku nak buat review sebab jalan cerita ni boleh tahan bestnya.


Sinopsis
Pada satu hari yang sepatutnya berlalu macam biasa, si suami balik rumah dan perasan yang wifenya hilang. Dia bagitahu polis dan entah macam mana setiap satu bahan bukti seolah-olah nak bagitahu bahawa si isteri yang innocent dan lemah tu mungkin dah kena bunuh oleh si suami tersebut. Si suami pulak mati-mati tak mengaku. Menjadikan keadaan lebih teruk apabila pihak polis jumpa diari si isteri dan dalam tu cerita bagaimana hubungan yang bermula dengan cukup bahagai bakal berakhir sebab si suami dan ugut bunuh dia. So persoalannya? Betul ke suami tu tak bersalah dan siapa bunuh si isteri sebenarnya?



Amaran: The next part adalah sepenuhnya spoiler. Jangan baca kalau kau belum tengok filem tu or kau tak nak mode kau terganggu sebab awal-awal lagi dah tahu kejutan tu. 



Kalau baca dari sinopsis then ia nampak macam cerita biasa-biasa je. Even masa tengok filem tu pun kau rasa macam ia dah berlaku dalam banyak filem-filem lain sebelum tu je. Korang pasti akan expect: Pengarah mesti nak suruh penonton syak orang yang tak sepatutnya supaya the end ada twist dan orang yang paling tak disangka ialah pembunuh sebenar. Ada betul dan ada tak pada andaian korang. Cerita ni memang berjalan seperti  mana yang kita jangka pada awal-awalnya dan ia tamat tanpa korang sangka sikitpun ia akan berlaku macam tu. Hmmm..


Rupa-rupanya si isterilah yang merancang 'kematiannya' tu sendiri. Dia seorang yang psiko, paranoid or dalam ertikata yang lebih tepat: GILA..!! Kalau dari versi diari yang dia tulis tu it totally nampak yang dia ialah mangsa kepada suami yang panas baran, kuat berjudi, pemalas etc dan ia seorang wanita bijak yang tak nak berada bawah penindasan suami dia tu. Tapi in real version dia ialah seorang perempuan GILA yang totally GILA..!! Dan of coz kalau kau (seorang lelaki) layan movie ni dengan wife or awek then mereka pasti akan kata yang si Ben Affleck ni memang layak mati sebab curang pada suami tapi buat mereka-mereka yang waras (especially lelaki) then korang pasti akan setuju yang dia ialah seorang perempuan GILA..!!




Aku tak suka cerita perpenamat happy ending di mana orang baik menang dan yang jahat sama ada insaf ataupun mati tapi cerita ni memang bukan happy ending but still aku tak suka endingnya. Hmmm






Pengajaran dari filem ni:
1. Buat para lelaki-lelaki, sila letakkan rasa syak wasangka sedikit pada pasangan korang. Dan buat mereka yang masih single then sama ada periksa latar belakang perempuan yang kau suka tu betul-betul or cara paling mudah: stay single sampai bila-bila.

2. Buat para perempuan-perempuan, jangan ambil inspirasi dan filem ni dan jangan jadi perempuan psiko, paranoid dan GILA..!! Hmmm

No comments: