Aku samakan hidup ni macam berada dalam dewan masa exam. Selepas setengah jam pertama, akan ada yang berdiri dan tinggalkan dewan. Dia sama ada terlalu bijak sehingga dapat jawab semua soalan or dia terlalu bodoh sebab langsung tak dapat jawab satupun. Aku pernah berada dalam kelompok kedua tu masa universiti dulu. Daripada sekadar duduk 2-3 jam tak jawab apa-apa then better berambus. And most of bebudak lain akan keluar bila pengawas pemeriksaan kata masa dah tamat. Sama gak macam hidup. Tak semua orang akan bernasib baik melalui zaman tua. Ada yang mati tak lama lepas lahir or masa sekolah rendah, zaman remaja, 30-an etc. As ada bijak pandai kata: Tua ialah pilihan tapi mati tu pasti. Hmmm..
Waktu kat Kuantan dulu aku ada jumpa specialist ni dan dia bagi aku satu ubat tahan sakit ni. Tapi (sentiasa ada tapi) dia kata ubat tu kuat so makan hanya bila dah tak dapat tahan lagi sebab ia akan bagi effect pada jantung, hati, ginjal, peparu dan organ-organ lain dalam badan. So pendek cerita satu hari ni aku memang dah tak tahan sakit so aku makan sebijik dan magically rasa sakit tu terus hilang. Menunjukkan betapa kuat ubat tu tapi (sekali lagi tapi) ia hanya berkesan untuk kurang 30 minit je. Dan aku hanya makan sekali tu je.
...
Sakit sendi aku makin hari makin terasa hazabnya. So nak tak nak aku terpaksa guna pilihan terakhir aku: kembali semula mendapatkan service kat klinik pakar kulit. Yap, jadi tikus makmal sekali lagi. Cumanya kali ni tak ada lagi ubat sapu berguni-guni sebaliknya mereka hanya bagi pill telan yang kecil rupa dan sikit bilangannya. Sebabnya? Side effectnya sangat kuat. So berikut aku senaraikan side effect dari effect CGI tahap filem Razak Mohidin sehingga effect hebat tahap filem Interstellar.
Tumbuh jerawat
Gatal-gatal
Sakit tekak
Rasa sejuk badan
Pening kepala
Demam
Rasa mual
Cirit-birit
Muntah-muntah
Badan tak bertenaga
Hilang selera makan
Keguguran rambut
Kencing berdarah
Keradangan pundi
Pendarahan usus
Kebocoran usus
Penurunan sel darah putih
Penurunan platlet darah
Jangkitan bakteria pada darah dan tisu kulit
Ulser usus
Hepatisis
Tisu hati mati
Kegagalan fungsi hati
Kegagalan fungsi ginjal
Radang paru-paru
Gosh, nak menyembuhkan satu penyakit then kita terpaksa menerima seribu satu penyakit lain. Sebenarnya ada banyak side effects lain yang aku tak dapat nak terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. So makin selalu ar aku ambik darah dan kemudian buat x-ray dan semuanya akan berulang dan berulang sehingga aku mati.
Sejujurnya aku memang tak bermatlamat nak hidup lama. Aku bukan Chairil Anwar yang nak hidup seribu tahun lagi. Forever 27 ialah salah satu pilihan yang ada tapi ia dah berlalu. Plus aku tak nak hidup sampai tua dan baru mati seperti mana aku tak sanggup nak duduk lama-lama sambil tengok kertas soalan yang aku sepatah haaram tak faham dan tak buat apa-apa dalam dewan exam semata-mata takut bangun, serahkan kertas ujian dan keluar dari dewan. Buat mereka-mereka yang tak pernah melalui benda tu then mereka tak akan tahu feel menyeret kerusi dengan bunyi geseran yang berhasil agak kecil tapi setiap satu telinga akan dengar bunyi tu sebab suasana sangat sunyi dan apabila kau berjalan gaya catwalk then setiap mata akan memerhati. Part paling best bila kaki menjejak ke keluar dewan dan kau rasa sangat ringan dan bebas. Cuma part yang tak best bila masa keluar tu ar baru otak mulai berfungsi dan kau tiba-tiba tahu setiap satu jawapan kepada soalan yang kau biar kosong tak terjawab tu. In real life situation lak, mereka tu ialah orang yang x ada banyak amal ibadah dan menyesal sebab dah mati.
So persoalannya sekarang ni: Perlu ke aku makan ubat tu?
Or kenapa aku nak makan ubat tu sebenarnya? Nak sembuh ataupun sebab aku nak mati awal tapi tak sanggup bunuh diri? Aku rasa dah tiba masa aku nak jumpa Maha Pencipta
1 comment:
untuk meletak apa-apa perkataan di sini.
seolah tak layak utk menyukat apa yang kamu telah lalui aj.
doa saya sentiasa ada untuk kamu.
dan akan sentiada ada lagi...untuk setiap kala saya bernyawa.
saya tahu kata-kata saya tak akan mengubah banyak.
tapi satu yg selalu saya pesan pada diri apabila saya dilanda ujian adalah...."saya menyerah kalah"
ubat hanyalah ubat
kerna yg menyembuhkan hanyalah DIA.
sakit hanyalah sakit
kerna ini datang dari NYA
bila saya tersungkur di katil menahan sakit.
saya berdoa bersyukur kerna dari sakit.saya tak leka.kerna sakit..saya tak alpa.
doa saya setiap kali dilanda musibah adalah
"saya tak punya apa.duit-nama-harta ataupun nyawa.jika ini adalah ujian..benarkan saya lalui hingga lepas.tapi jika ini jemputan pada kematian.benarkan saya terima dengan tenang.kerna di akhir jalan ini.saya kekal makluk.saya tetap debu......".
saya tahu....awak mungkin dah dengar banyak tips dan kata nasihat sebegini.
kata ini mungkin berlalu dan pergi.
tapi satu yg saya percaya
awak..akan lepas lalui semua ini.
insya allah.
awak akan
awak pasti
dan awak akan kembali
jaga dari mimpi ini
Post a Comment