Showing posts with label arthritis. Show all posts
Showing posts with label arthritis. Show all posts

Tuesday, December 22, 2015

Being 30

Pada usia 30, sebahagian besar kawan-kawan or individu yang kau pernah kenal dah kahwin dan mostlynya yang perempuan annoyingly akan selalu update gambar anak mereka kat FACEBOOK. Gambar anak senyum, anak gosok gigi, anak senyum, anak pakai baju baru, anak lepas mandi, anak senyum, anak senyum dan lagi dan lagi. Manakala baki sebahagian lagi it either in relationship, desperately wish to be in relationship tapi sangat mengharapkan keajaiban agar the right guy/girl untuk turun dari langit or ketiga: mereka terlalu sangat selesa hidup solo. Tapi mostly number 2 laa. Hmmm..



Ada orang kata hidup bermula pada usia 30 tahun. Kalau ia belum bermula lagi then wait untuk another 10 year sebab ada bijak pandai lain (sapa entah) yang kata live starts at 40 (and some say at 50). Tapi bagi aku, 30 ialah satu episode baru yang totally berbeza berbanding chapter-chapter umur sebelum tu. Aku selalu mengibaratkan hidup ni macam sebuah novel dimana ia bermula ketika kita lahir, melalui beberapa klimaks (jangan fikir guna otak kotor) dan tamat ketika hidup kita tamat kelak. Dan entah kenapa it seem 29 ialah penamat buku yang lepas dan 30 ialah buku sequel kepada yang lepas. Sebabnya 30 ialah permulaan baru yang berbeza dan aku bermula dari level yang cukup rendah. 

Aku hidup bersama PSORIASIS selama sekitar 29 tahun. Pada usia 29 tahun it covered around 95% of my body. Surprisingly ia tak memberikan effect teruk kepada aku at least not as worst as the arthritis part yang aku sangat tak tahan. So aku dapatkan rawatan pakar, makan pill yang long term effectnya akan jadi lebih teruk dan pada usia 30 tahun, suddenly my PSORIASIS completely gone. Buat pertama kalinya aku rasa cukup pelik apabila pegang kulit aku sendiri. Sebab aku tak ingat or tak tahu macam mana rasa kulit manusia sebenar. It suppose to be the happy ending part but.. there alway be but.

Things are suppose to get better and Im suppose to be happier tapi entah kenapa ia tak berlaku macam tu. Ia bagi effect yang sangat besar kepada emosi aku. Berlaku 3 kali serangan dalam selang beberapa bulan. Aku menanggis untuk seminggu tapi alasan yang rasional bila fikir-fikir balik, Im avoiding everyone, jadi hyper moody dan lastly aku almost try to hurt myself. Dan semuanya aku tak dapat kawal. So aku dapatkan rawatan psychiatry dan being diagnose with depression & anxiety. So sekarang ni selang beberapa bulan aku perlu hadiri terapi dan setiap malam aku perlu telan pills untuk memastikan aku dapat tidur dan supaya otak aku tak terlebih berfikir sangat. And few month after, satu event pelik pulak berlaku. Aku jadi terlebih ceria, terlebih bertenaga, hyperactive in everthing untuk sekitar seminggu dan sekali lagi aku tak dapat nak kawal diri aku. Bila aku bagitahu doktor then aku diagnose with symptoms of bipolar pulak. Hmmm..


Last few month, projek novel aku yang sepatutnya keluar 2 tahun lepas dan setahun lepas then dapat update yang kedua-duanya kena reject atas alasan perubahan management. Entah kenapa semuanya macam dah dirancang dengan cukup kemas. Satu demi satu berlaku dan it totally not helping laa. As doktor kata pill yang membantu sekitar kurang 30% je so awan mendung yang memayungi aku bertambah gelap dan hitam.








Maka pada usia 30 aku ialah seorang lelaki yang jobless, hopeless, full of negativity, anti social, emotionally unstable, mentally unstable bla-bla-bla. 








Andai hidup aku bermula pada usia 30 tahun maka ia bermula dari level yang cukup bawah. Yap, thing can get worst tapi kalau jatuh pada peringkat ni then rasa sakitnya tak berasa sangat. Plus, I have nothing so I got nothing else to loose. Chapter 31 akan bermula tak lama lagi, as Im wishing all the best for you guys dengan harapan korang akan doakan perkara yang sama untuk aku juga. Bye.

Friday, March 13, 2015

Aku Tanpa Psoriasis

Sekarang ni dah hampir nak masuk 5 bulan aku makan pill yang dibagi doktor. Sebelum ni Psoriasis covered around 90% of my body dan disebabkan aku makan dos yang agak besar then seminggu dua je ia dah berkurang dan sehingga sekarang hanya tinggal 20% je lagi. Effect yang paling pelik bagi aku ialah bila aku sentuh kulit aku dan ia rasa lain. Lain dalam erti kata sebelum ni kulit aku kasar dan keras tapi kali ni ia rasa lain. Sebabnya aku dah lama hidap Psoriasis sehingga dah lupa macam mana rasa kulit manusia sebenar. Hmmm..

Adakah aku merindui Psoriasis? Yap, sangat-sangat rindu. Dulu aku special tapi sekarang ni aku dah biasa-biasa je. Sama macam korang yang biasa je. Dan as orang-orang tua selalu kata 'Kita tak akan menghargai seseorang (or sesuatu) sehingga kita kehilangannya'. Ada beberapa part aku rindukan Psoriasis aku.


1. PARUT
Aku tak perasan yang aku tak ada parut (melainkan parut effect accident kena langgar kereta masa form 5 dulu je) sehingga Psoriasis tak ada pada aku lagi. Aku start makan ubat tu sewaktu musim durian nak start. So aku tebas semak samun yang jauh lebih tinggi dari aku dan tiba-tiba parang yang aku guna tu terkena dagu aku dan bagi effect lebih kurang 1 cm gak ar. Lepas tak lama lepas tu terkena kat tangan pulak. As time goes by luka tu lambat sembuh dan masih tak hilang-hilang sehingga meninggalkan parut. Kemudian otak aku yang berkarat tu pun terfikir, aku bukan seorang yang aktif tapi aku selalu luka-luka sana sini  Yap, sentiasa ada je sebab musabab untuk menjadikan aku berdarah, lebam, luka sana sini. Hmmm..

Then baru sel-sel otak aku bersambung dan aku jumpa jawapannya. It a basic Psoriasis. Kulit biasa ambil masa sekitar 28-30 hari untuk penghasilan kulit baru, kulit matang, kulit jadi tua, mati dan tumbuh kulit baru balik. Tapi untuk Psoriasis, proses tu ambik masa 4 hari je. Dan disebabkan pill yang aku ambik tu so sekarang kulit aku ialah kulit biasa macam korang je. So that why ia lambat sembuh dan disebabkan Psoriasis tak tumbuh kat tempat luka tu untuk menghasilkan kulit baru maka terhasillah parut. 

Makanya sekarang pada usia 30 tahun aku dah ada 2 kesan parut kekal dan aku perlu lebih berhati-hati dari hari ni. Hmmmm..



2. TANNING
Aku jenis manusia tak suka tengok kulit putih sebab bagi aku ia nampak pucat dan lemah tak bermaya. Aku lebih sukakan kulit yang gelap. Kalau ada produk Qu Puteh versi menghitamkan kulit then dah lama aku telan. Unfortunately tak. Plus waktu kecik-kecik dulu aku paling hitam dalam adik beradik (sampai sekarang pun sebenarnya) tapi as time goes by aku jadi makin putih sehingga banyak gak event berlaku sampai orang Cina fikir aku Cina. Jadi aku sedaya upaya untuk menjadikan kulit aku gelap. Aku naik motosikal pakai baju lengan pendek tengah hari buta dan hasilnya terjadilah tanning yang cantik macam ayam yang dibakar sempurna. Sayangnya ia tak kekal lama. Dan sekali lagi Psoriasis menjadikan pertukaran kulit baru berlaku dengan cepat. So aku kembali cerah balik. Hmmm..

Tapi sekarang ni, aku keluar rumah tak sampai 10 minit ambik anak buah aku balik sekolah 5 kali seminggu pun dah boleh menjadikan aku nampak seiras macam mat Bangla. Yap..



3. DARK SPOTS
Satu perbezaan yang nyata selepas Psoriasis skin aku menyusut ialah bila timbulnya tompok-tompok hitam. Mula-mulanya aku fikir tahi lalat. Sebab dah lama aku tak nampak kulit sebenar aku then mungkin tali lalat tu wujud disebalik Psoriasis Skin tu. Macam freckles pun ada gak. Tapi lama kelamaan lebih banyak dark spot tu muncul. Seolah-olah ada beribu-ribu lalat berak kat kulit aku tanpa aku sedar. Sehingga satu ketika aku perasan yang kulit aku nampak macam kulit arwah nenak sedara aku dulu masa hidupnya. Kulit aku dah macam kulit orang-orang tua. 

Mungkin pill tu berfungsi untuk melambatkan penghasilan kulit baru pada badan aku or persamaan linearnya penghasilan kulit baru oleh orang pula memang sangat perlahan. So aku ialah lelaki muda yang punya kulit jauh lebih tua dari usia sebenar aku. Hmmm..











So life with or without Psoriasis yang mana are much better? Aku tak tahu. Yap, luka yang sangat sembuh sehingga menghasilkan kesan parut adalah tak best tapi kulit kering sehingga merekah dan berdarah pula adalah jauh lebih tak best. Tapi sejujurnya aku rindu pada kulit Psoriasis aku dulu. But thanks tuhan tak ambik sepenuhnya kulit tu dan arthritis pun masih lagi kekal setia bersama aku. Hmmm

Wednesday, December 3, 2014

Side Effect Ubat Yang Paling Cool

Aku samakan hidup ni macam berada dalam dewan masa exam. Selepas setengah jam pertama, akan ada yang berdiri dan tinggalkan dewan. Dia sama ada terlalu bijak sehingga dapat jawab semua soalan or dia terlalu bodoh sebab langsung tak dapat jawab satupun. Aku pernah berada dalam kelompok kedua tu masa universiti dulu. Daripada sekadar duduk 2-3 jam tak jawab apa-apa then better berambus. And most of bebudak lain akan keluar bila pengawas pemeriksaan kata masa dah tamat. Sama gak macam hidup. Tak semua orang akan bernasib baik melalui zaman tua. Ada yang mati tak lama lepas lahir or masa sekolah rendah, zaman remaja, 30-an etc. As ada bijak pandai kata: Tua ialah pilihan tapi mati tu pasti. Hmmm..


Waktu kat Kuantan dulu aku ada jumpa specialist ni dan dia bagi aku satu ubat tahan sakit ni. Tapi (sentiasa ada tapi) dia kata ubat tu kuat so makan hanya bila dah tak dapat tahan lagi sebab ia akan bagi effect pada jantung, hati, ginjal, peparu dan organ-organ lain dalam badan. So pendek cerita satu hari ni aku memang dah tak tahan sakit so aku makan sebijik dan magically rasa sakit tu terus hilang. Menunjukkan betapa kuat ubat tu tapi (sekali lagi tapi) ia hanya berkesan untuk kurang 30 minit je. Dan aku hanya makan sekali tu je.




...




Sakit sendi aku makin hari makin terasa hazabnya. So nak tak nak aku terpaksa guna pilihan terakhir aku: kembali semula mendapatkan service kat klinik pakar kulit. Yap, jadi tikus makmal sekali lagi. Cumanya kali ni tak ada lagi ubat sapu berguni-guni sebaliknya mereka hanya bagi pill telan yang kecil rupa dan sikit bilangannya. Sebabnya? Side effectnya sangat kuat. So berikut aku senaraikan side effect dari effect CGI tahap filem Razak Mohidin sehingga effect hebat tahap filem Interstellar. 

Tumbuh jerawat
Gatal-gatal
Sakit tekak
Rasa sejuk badan
Pening kepala
Demam
Rasa mual
Cirit-birit
Muntah-muntah
Badan tak bertenaga
Hilang selera makan
Keguguran rambut
Kencing berdarah
Keradangan pundi
Pendarahan usus
Kebocoran usus
Penurunan sel darah putih 
Penurunan platlet darah
Jangkitan bakteria pada darah dan tisu kulit
Ulser usus
Hepatisis 
Tisu hati mati
Kegagalan fungsi hati
Kegagalan fungsi ginjal
Radang paru-paru


Gosh, nak menyembuhkan satu penyakit then kita terpaksa menerima seribu satu penyakit lain. Sebenarnya ada banyak side effects lain yang aku tak dapat nak terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. So makin selalu ar aku ambik darah dan kemudian buat x-ray dan semuanya akan berulang dan berulang sehingga aku mati.

Sejujurnya aku memang tak bermatlamat nak hidup lama. Aku bukan Chairil Anwar yang nak hidup seribu tahun lagi. Forever 27 ialah salah satu pilihan yang ada tapi ia dah berlalu. Plus aku tak nak hidup sampai tua dan baru mati seperti mana aku tak sanggup nak duduk lama-lama sambil tengok kertas soalan yang aku sepatah haaram tak faham dan tak buat apa-apa dalam dewan exam semata-mata takut bangun, serahkan kertas ujian dan keluar dari dewan. Buat mereka-mereka yang tak pernah melalui benda tu then mereka tak akan tahu feel menyeret kerusi dengan bunyi geseran yang berhasil agak kecil tapi setiap satu telinga akan dengar bunyi tu sebab suasana sangat sunyi dan apabila kau berjalan gaya catwalk then setiap mata akan memerhati. Part paling best bila kaki menjejak ke keluar dewan dan kau rasa sangat ringan dan bebas. Cuma part yang tak best bila masa keluar tu ar baru otak mulai berfungsi dan kau tiba-tiba tahu setiap satu jawapan kepada soalan yang kau biar kosong tak terjawab tu. In real life situation lak, mereka tu ialah orang yang x ada banyak amal ibadah dan menyesal sebab dah mati.






So persoalannya sekarang ni: Perlu ke aku makan ubat tu?
















Or kenapa aku nak makan ubat tu sebenarnya? Nak sembuh ataupun sebab aku nak mati awal tapi tak sanggup bunuh diri? Aku rasa dah tiba masa aku nak jumpa Maha Pencipta

Monday, December 17, 2012

Guide On Being A Psoriasis

Post kali ni aku tujukan khas untuk mereka yang baru, sedang dan bakal menghidap Psoriasis dan juga untuk mereka-mereka yang baru, sedang dan bakal menjadi ibu bapa, adik beradik, kawan, suami, isteri, kekasih, workmate, classmate kepada penghidap Psoriasis or mungkin suatu hari kelak secara tak sengaja terjumpa or terdengar statement tentang Psoriasis then korang akan tahu serba sedikit tentang how does it fell being  or how to handle people with a psoriasis.


1. FAQ
One of the most annoying part being a Psoriasis ialah nak tak nak kita akan jadi centre of attention disebabkan oleh our obvious reddish skin. Then akan muncul 2 kumpulan manusia: First- mereka yang buat-buat it not such a real big deal tapi kat belakang kita mereka akan buat spekulasi sendiri based on rumor and second- mereka yang curious dan akan tanya terus. Technically kumpulan kedua jauh lebih better dari first group rumor yang berlegar-legar belakang korang totally lari jauh dari reality and it hurt more.

Cuma the irritating part pada second group ialah bila korang akan jumpa ramai individu tertentu ni akan tanya soalan-soalan yang sama berulang-ulang kali sehingga buat kita gantung jer kat leher sekeping kertas ngan Frequency Ask Question about Psoriasis. So aku cadangkan 1 kaedah penyelesaian ni: kenal pasti orang yang kau akan stuck with untuk tempoh masa yang panjang, orang yang kau akan jumpa kekadang, jejarang or just jumpa sekali seumur hidup jer.

Orang yang korang akan jumpa lama cam workmate, classmate, roommate etc ialah orang yang kau perlu bagi lebih maklumat tentang Psoriasis kau akan jadi bahan umpatan utama sepanjang korang still bernafas meanwhile  orang yang kekadang dan jejarang cam barber yang kau comfortable with or etc then just kata kau ada masalah kulit dan ia tak berjangkit. Kalau dia tanya lebih then baru jawab lebih dan kalau tak then jangan bazirkan air liur korang. Mean while orang yang kau yakin hanya akan jumpa sekali seumor hidup then bagi ar apa-apa jawapan yang mengarut yang leh buat hati kau sendiri terhibur cam it allergy, kau kena abducted by alien, kau kena syphilis akibat seks bebas, Aids etc. Yap, ia bukan benda yang sihat untuk kata cam tu tapi hey, don’t be too serious. Some time a Psoriasis need to make make fun of themself too.


2. The New Dermatologist
Rakyat Malaysia cukup prihatin (hmmm. Iyalah tu) then mostly as a Psoriasis then korang pasti akan, telah dan akan jumpa lagi ramai yang akan bagi nasihat or rujukan untuk gi jumpa doctor itu ini, dukun itu ini, bomoh itu ini or makan itu ini, pantang itu ini bla bla bla. Trust me, honey yang pada usia aku 27 tahun ni aku dah jumpa berpuluh doctor + bomoh + dukun + sen sei + ustaz bla bla bla yang bagi statement kata aku ni terkena buatan orang, keturunan aku dulu pernah terlimpas ‘penjaga’ laut, aku ada persamaan ngan ular etc yang sound sangat ridiculous.

Itu belum masok lagi part ubat-ubatan yang rasanya dah berbelas ribu dibelanjakan untuk Psoriasis aku plus tu tak termasuk lagi ubat-ubat pelik cam akar tuba, minyak ular, daging ular (yang aku tak makan), uri budak baru lahir etc.

So nasihat aku untuk non-Psoriasis, please jangan jadi dermatologist ngan cadang itu ini pak cik kat kampong ko pernah ubat orang yang sakit kulit then sembuh bla bla bla pada kami. Memang ar niat korang tu suci murni tapi  kamiorang dah naik muak dengar semua benda tu. Sebab some Psoriasis dah boleh terima reality bahawa sakit ni memang tak ada ubat untuk sembuh sepenuhnya plus sejujornya aku dah berpada pada tahap tak fikir lagi tentang nak sembuh sikitpun. Plus nasihat untuk parents yang first time ada anak yang menghidap Psoriasis, please jangan terlalu sibuk cari penawar sehingga korang lupa perkara yang lebih penting iaitu untuk buat kau dan anak kau terima dirinya seadanya.

So how to handle this kind of person..? Just kata: Stop. Jangan promote apa-apa medication untuk fix kami. We are not broken plus it seem like korang hanya mahu kami dalam bentuk sempurna jer tanpa korang sedar yang this Psoriasis ialah sebahagian dari apa yang membentuk kami. Hmmm…


3. The Social Network
Penghidap Psoriasis selalunya mesti ada masalah dalam menjalinkan hubungan sosial. Menjadikan most Psoriasis cuba untuk menyembunyikan kulit mereka agar tampak normal dipandangan mata umum. Sebab cuba untuk mengelakkan trauma diskriminasi oleh masyarakat sekitar. Yap, manusia attend untuk bertindak kurang wajar pada sesuatu yang mereka tak tahu. Hmmm..

So soalan yang sering bermain dalam otak new/young teen with Psoriasis ialah “Will I ever get friends or love even tho I got Psoriasis..?”

That the great thing about Psoriasis. Kau akan jumpa ramai orang yang cuba menjauh or menjarakkan diri setelah melihat kondisi kulit kau. Walau kita kata ia tak berjangkit sekalipun but still mereka akan create a gap untuk diri kita. Menjadikan mereka yang tertinggal or mereka yang tak lari tu cukup berkualiti untuk menjadi kawan dan cinta untuk kau. Sejujornya menjadi seorang yang tak sempurna mampu membuatkan kau benar-benar faham pe’el manusia yang mostlynya hanya melihat kesempurnaan luaran semata-mata. Tapi dalam ramai-ramai tu ada juga yang masih mampu melihat kau bukan sekadar lapisan kulit luar yang menyaluti tubuh semata-mata tapi sebaliknya siapa diri kau yang sebenarnya.

Being a Psoriasis menjadikan kau mampu jumpa manusia yang benar-benar baik gak. Btw quality is more better than quantity kan..?







(bersambong)

Wednesday, November 16, 2011

Pil Tahan Sakit

Korang pasti pernah makan pil tahan sakit kan? So apa definisi korang tentang pil tahan sakit ni? Adakah:

a) Bila korang sakit, korang makan untuk menahan rasa sakit tu
b) Bila korang sakit, korang makan untuk menyembuhkan rasa sakit tu
c) Bila korang sakit, korang makan untuk menghilangkan rasa sakit tu or
d) Bila korang sakit, korang makan but still rasa sakit tu masih ada

Aku dah terbiasa dengan pill. Aku pernah telan berbelas biji pill satu hari satu ketika dulu yang setiap satu pill saiz tu sebesar kepala jari kelingking. So kalau aku pening kepala sikit or what ever ketidakselesaan pada badan aku then aku akan telan sebiji dua panadol. Entah berapa banyak panadol yang tak larut dah termendap dalam badan aku sehingga tahap sekarang aku perlu makan panadol actifast baru ada kesan.

Last week aku pergi ke Hospital Tengku Ampuan Afzan sekali lagi selang seminggu sebab arthritis aku jadi sangat teruk. Doctor dermatology tu assign aku pergi ke bahagian rhemotology tapi disebabkan temujanji tu ambik masa sehingga 2 week so doctor tu bagi aku pill tahan sakit ni. So dia kata:

"Pill tahan sakit yang saya bagi awak ni jenis yang kuat. Tapi makan hanya bila perlu sahaja. Jangan sampai 3 kali sehari sebab pill ni effectnya sangat kuat sehingga boleh jejaskan fungsi dalaman manusia.."

Aku mengangguk.







...









Isnin lepas, kaki aku sangat sakit ta tertahan. So aku telan sebijik. Effectnya kurang 15 minit aku dah boleh jalan lurus tanpa rasa sakit sikit pun. Sangat gembira wei bila kesakitan ni suddenly hilang just like that.














Tapi tak sampai setengah jam kaki aku dah berdenyut kencang balik. Hmmm..
















So pill tahan sakit bagi definisi aku ialah satu bentuk fatamorgana (gosh I dont know what the fuck is fatamorgana tapi ia sound sangat cool dan menjadikan aku seolah-olah cam sangat bijak) dunia yang sementara. Ia sama cam alkohol or drug yang membuatkan sorang tu berasa dia dapat lari dari masalah dunia tapi tempoh tu cukup sekejap and worst part ia merosakkan individu tu untuk tempoh yang lebih lama.


















Aku tak faham matlamat doktor tu bagi pill tu pada aku: Dia nak kesakitan tu hilang dalam tempoh yang sekejap tapi aku akan menderita kesakitan dalaman pada jangka masa yang lebih lama. Hmmm...