Korang pasti pernah makan pil tahan sakit kan? So apa definisi korang tentang pil tahan sakit ni? Adakah:
a) Bila korang sakit, korang makan untuk menahan rasa sakit tu
b) Bila korang sakit, korang makan untuk menyembuhkan rasa sakit tu
c) Bila korang sakit, korang makan untuk menghilangkan rasa sakit tu or
d) Bila korang sakit, korang makan but still rasa sakit tu masih ada
Aku dah terbiasa dengan pill. Aku pernah telan berbelas biji pill satu hari satu ketika dulu yang setiap satu pill saiz tu sebesar kepala jari kelingking. So kalau aku pening kepala sikit or what ever ketidakselesaan pada badan aku then aku akan telan sebiji dua panadol. Entah berapa banyak panadol yang tak larut dah termendap dalam badan aku sehingga tahap sekarang aku perlu makan panadol actifast baru ada kesan.
Last week aku pergi ke Hospital Tengku Ampuan Afzan sekali lagi selang seminggu sebab arthritis aku jadi sangat teruk. Doctor dermatology tu assign aku pergi ke bahagian rhemotology tapi disebabkan temujanji tu ambik masa sehingga 2 week so doctor tu bagi aku pill tahan sakit ni. So dia kata:
"Pill tahan sakit yang saya bagi awak ni jenis yang kuat. Tapi makan hanya bila perlu sahaja. Jangan sampai 3 kali sehari sebab pill ni effectnya sangat kuat sehingga boleh jejaskan fungsi dalaman manusia.."
Aku mengangguk.
...
Isnin lepas, kaki aku sangat sakit ta tertahan. So aku telan sebijik. Effectnya kurang 15 minit aku dah boleh jalan lurus tanpa rasa sakit sikit pun. Sangat gembira wei bila kesakitan ni suddenly hilang just like that.
Tapi tak sampai setengah jam kaki aku dah berdenyut kencang balik. Hmmm..
So pill tahan sakit bagi definisi aku ialah satu bentuk fatamorgana (gosh I dont know what the fuck is fatamorgana tapi ia sound sangat cool dan menjadikan aku seolah-olah cam sangat bijak) dunia yang sementara. Ia sama cam alkohol or drug yang membuatkan sorang tu berasa dia dapat lari dari masalah dunia tapi tempoh tu cukup sekejap and worst part ia merosakkan individu tu untuk tempoh yang lebih lama.
Aku tak faham matlamat doktor tu bagi pill tu pada aku: Dia nak kesakitan tu hilang dalam tempoh yang sekejap tapi aku akan menderita kesakitan dalaman pada jangka masa yang lebih lama. Hmmm...
No comments:
Post a Comment