Thursday, November 10, 2011

SPM A++

Semalam Malaysia Hari Ini ada menjemput seorang bekas pelajar SPM tahun lepas yang berjaya dapat 10 A+ untok berkongsi tips-tips pelajaran untuk pelajar-pelajar yang bakal ambik paper SPM tahun ni. So dia share ar yang dia ada pengurusan masa yang baik. Dia ambik masa 5 jam belajar, setengah jam internet, sejam main bla bla bla, dia dapat sokongan sepenuhnya dari parents bla bla bla, adik dia yang last year ambik UPSR dapat 11A (apa yang dia ambik ni?) bla bla bla.. Buat Ally Iskandar (include aku) tak leh terima benda tu as: apa sedang berlaku sekarang nih?


Pagi ni plak kat Breakfast Show RED.FM, Jeremy bawak quest sorang comedian named Kuah Jenhan talks about SPM gak. Kuah Jenhan ni dapat 6A manakala Jeremy himself plak just 1A dan selebihnya pelbagai abjad lain ar (hmmmm). Then bila cakap tentang tips, dia just cakap ngan jujor yang dia tak belajar di rumah. Dia just faham masa cikgu ajar di sekolah and tips paling lawak bagi aku ialah bila ditanya tips last minute ialah: it time to believe in God. Wakaka..


So cam ne plak korang masa ujian-ujian besar awam kat sekolah dulu?


Jujor aku kata yang aku sendiri pernah buat jadual kononnya nak tetapkan berapa jam belajar satu hari, hari ni belajar subjek apa bla bla bla tapi last-last ia just jadi salah sehelai kertas yang memberi sumbangan negatif kepada alam sekitar jer. Selamat gak era tu internet bukan semudah hari ni tapi rumah memang dah ada komputer cuma masa lebih banyak dihabiskan bersama rakan sebaya di sekolah ar (tapi bukan belajar ar). Waktu form 4 al maklum baru keluar penjara PMR so enjoy dan kuasai sekolah ngan join kelab itu ini, jadi ahli jawatankuasa tertinggi, cari junior-junior dan layan karenah gila kawan-kawan yang gila. 

Akibatnya sepanjang tempoh setahun di form 4 tu memang dipenuhi ngan main-main jer dan fokus pada pelajaran aku dah lari. Dan bila dah masok form 5 plak dah terlambat nak catch-up balik setahun yang lalu. Even lebih 2 bulan aku tak bersekolah sebab aku accident motosikal. Aku masok balik cuma tinggal beberapa hari jer lagi nak masok first paper. So aku tak belajar pun benda-benda yang aku tertinggalkan selama 2 bulan tu. But still result aku masih lebih baik daripada mereka-mereka yang datang setiap hari sepanjang 2 tahun tu. Technically kedua terbaik sekolah tahun tu walaupun beza ngan yang pertama tu agak jauh. Hmmm..

Realitinya most of kumpulan pelajar bukan macam situasi budak yang ditemuramah kat MHI yang terlalu idealistik. Mereka bukan dari latar belakang keluarga yang dah plan everything, dan si anak dah plan everything, nak belajar kat Oxford jurusan kejuruteraan what ever, then pegang jawatan tinggi dalam satu company besar, ada rumah besar dan kereta mewah etc. Dan menjadikan situasi lebih teruk ngan sistem pelajaran di Malaysia lebih tertumpu kepada peperiksaan dan akademik.















Akibatnya mereka yang dapat banyak A++ ialah kumpulan pandai yang disanjung-sanjung tinggi yang digembar gembur sebagai pemuda-pemudi harapan bangsa yang bakal mengemudi negara ke arah masa hadapan yang lebih cerah dan moden. Sebaliknya mereka yang tak dapat apa-apa A plak akan dianggap as kumpulan yang bermasalah, tak ada masa depan, tak mampu memberi sumbangan, mampu mengakibatkan permasalahan itu ini bla bla bla. 















But then kenapa plak orang paling kaya di Malaysia (or used to be) tu PMR dia pun sangkut? Hmmm..s

1 comment:

MORIBAYU said...

makin ramai manusia~jadi robot.
hidup ikut sistem...dan mati ikut sistem.
Semuanya macam sudah di program.
Yups..mereka berjaya,tapi adakah mereka GEMBIRA ??.

bagi me

manusia patut lebih natural.
berani untuk gagal
gembira waktu kalah..
lagipun....hidup ini,cuma mimpi.

kita tak perlu serius
di dalam mengejar dunia......