Tuesday, November 29, 2011

Re-Publish Journey To Kota Kinabalu 02

Satu post aku title Journey To Kota Kinabalu 02 yang aku publishkan 3 tahun lepas masih sehingga hari ini dibaca dan dikomen secara 'cukup serius' oleh certain-certain pembaca yang most of the time aku tak faham reason reaksi mereka. Mungkin realiti dasar orang Melayu ni tak kira tempat or masa memang tak boleh ditegur or dengar ayat yang tak best terhadap mereka. Sebab mereka hanya nak dengar orang puji-puji mereka je. So dengan ini aku re-publish post yang sama dengan ayat-ayat yang jauh lebih 'memuji' dengan bahasa yang jauh indah-indah. 


Aku masih ingat waktu tu seawal jam 6 pagi aku dan Uda: my bro tinggalkan Marriot Hotel sebab mode beriya-iya nak menjejakkan kaki buat pertama kali sekaligus nak gak ronda-ronda di negara jiran yang cukup terkenal dengan kekayaan hasil bumi semula jadinya iaitu Brunei Darul Salam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi utama: Sabah negeri di bawah bayu.

Dan tak lupa kebetulan hari kami berdua menjejakkan kaki ke Brunei adalah kebetulan jatuh pada Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei iaitu Sultan Hasanal Bolkiah. So almost di setiap pelusuk ruang jalan akan ada banner, bunting dan fishtail yang memperlihatkan kasih sayang sepenuhnya masyarakat Brunei terhadap pemerintah utama mereka. Even sepanjang masa kami bukak radio channel Brunei pun rakyat turut menyampaikan kasih sayang tak berbelah bahagi mereka kepada pemerintah utama, permaisuri-permaisuri (waktu tu Azrinaz Mazhar Hakim masih lagi Pengiran Isteri Sultan) dan pemerintah-pemerintah besar lain.

Aku dan Uda just tersenyum. Hmmm..

(Passport kedua aku: Passport terhad ke Brunei. Passport pertama: antarabangsa yang warna merah)
Jujor aku katakan yang aku punya expectation yang cukup besar terhadap Brunei disebabkan oleh publisiti-publisiti dan cetakkan-cetakkan media terhadap negeri Brunei. Kira macam Dubai versi Asia Tenggara ar. Mana taknya persamaan kedua-dua negara tu ialah hasil utama pendapatan negara ialah melalui Petroleum. Dan yang tak mengejutkannya ialah harga minyak di Brunei ialah serendah $B0.53 perliter jer (tu nilai 3 tahun lepas ar. Sekarang tak tahu lagi).But still at that time harga minyak agak tinggi dan ia turut sedikit sebanyak memberi kesan terhadap hidup masyarakat kat sana.Tapi whose cara kalau pemerintah sana sangat prihatin terhadap permasalahan dan penderitaan rakyat ar kan?

Kehidupan masyarakat Brunei pulak sangat mewah dan makmur. Imagine walaupun rumah tu just rumah kayu tapi siap ada 2-3 bijik kereta mewah lagi. Dan sepanjang beberapa jam kami berada di Brunei, kami hanya berkesempatan tengok 5 bijik je motosikal: 2 milik Pizza Hut delivery, 2 milik polis dan sebijik rakyat biasa. Itupun motosikal dia dah bukan main mewah lagi. So pendek katanya kereta Produa Kelisa yang kami berdua pandu tu lah kereta paling naif dan daif kat sana. 



Brunei ialah negara yang cukup terkenal dengan mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Permaisuri dan isteri-isteri pemerintah pakai tudung. Even kat jalan-jalan penuh dengan tulisan jawi dan pujian-pujian...





















Okey STOP.





















Aku tak boleh teruskan lagi buat benda ni. Ia sangat menyeksakan diri aku. Baru je previous post aku publish yang aku anti kaki bodek so aku tak akan puji-puji or bodek-bodek orang. Plus aku lebih refer orang yang depan-depan kata kelemahan aku daripada puji aku itu ini depan-depan tapi belakang entah apa yang berlaku.

Yap, memang ada rakyat Brunei yang terkenal dengan sopan santun, budi bahasa, kekayaan budayanya tu memaki itu ini pada ruangan komen aku. So what? Itu hak mereka ar kan. Sama cam bila ada beberapa immature blogger dari Indonesia yang keluarkan cerita pelik-pelik burukkan Malaysia dengan cerita itu ini tapi mostly rakyat Malaysia yang tahu kebenaran just buat tak layan jer. Sebab mereka tahu kalau mereka layan balik dengan caki maki so ia akan menjelaskan sikap buruk yang ada pada diri mereka gak kan?

Dan aku 3 tahun lepas just seorang yang mengembara ke tempat baru. Sama cam aku masuk tempat kerja baru or kenal kawan baru. Kalau aku rasa ada yang tak betul tentang tempat tu or orang tu then aku bagitau ar. 












Plus jangan biarkan diri selalu dipuji dengan pujian-pujian tanpa boleh ditegur sikit pun. Sebab puji-pujian tu hanya milik Dia jer. Dan kita manusia memang tak sempurna. Perlu ditegur. (yap aku akui yang teguran aku agak teruk tapi kalau berbunga sangat nanti ramai pulak yang tak faham kan?) Buat rakyat Brunei yang terasa aku mintak maaf tapi buat yang faham apa yang aku nak share then aku ucap terima kasih sebab faham.


















Btw kisah perceraian Azrinaz Mazhar Hakim (or previous wife, Mariam Abdul Aziz) buat aku teringat pada satu cerita pendek dari buku Malaysian Tales: Retold and Remixed. Pengolahan semula cerita Bawag Puteh dan Bawang Merah. You guy should read it.

No comments: