Sekarang ni dah hampir nak masuk 5 bulan aku makan pill yang dibagi doktor. Sebelum ni Psoriasis covered around 90% of my body dan disebabkan aku makan dos yang agak besar then seminggu dua je ia dah berkurang dan sehingga sekarang hanya tinggal 20% je lagi. Effect yang paling pelik bagi aku ialah bila aku sentuh kulit aku dan ia rasa lain. Lain dalam erti kata sebelum ni kulit aku kasar dan keras tapi kali ni ia rasa lain. Sebabnya aku dah lama hidap Psoriasis sehingga dah lupa macam mana rasa kulit manusia sebenar. Hmmm..
Adakah aku merindui Psoriasis? Yap, sangat-sangat rindu. Dulu aku special tapi sekarang ni aku dah biasa-biasa je. Sama macam korang yang biasa je. Dan as orang-orang tua selalu kata 'Kita tak akan menghargai seseorang (or sesuatu) sehingga kita kehilangannya'. Ada beberapa part aku rindukan Psoriasis aku.
1. PARUT
Aku tak perasan yang aku tak ada parut (melainkan parut effect accident kena langgar kereta masa form 5 dulu je) sehingga Psoriasis tak ada pada aku lagi. Aku start makan ubat tu sewaktu musim durian nak start. So aku tebas semak samun yang jauh lebih tinggi dari aku dan tiba-tiba parang yang aku guna tu terkena dagu aku dan bagi effect lebih kurang 1 cm gak ar. Lepas tak lama lepas tu terkena kat tangan pulak. As time goes by luka tu lambat sembuh dan masih tak hilang-hilang sehingga meninggalkan parut. Kemudian otak aku yang berkarat tu pun terfikir, aku bukan seorang yang aktif tapi aku selalu luka-luka sana sini Yap, sentiasa ada je sebab musabab untuk menjadikan aku berdarah, lebam, luka sana sini. Hmmm..
Then baru sel-sel otak aku bersambung dan aku jumpa jawapannya. It a basic Psoriasis. Kulit biasa ambil masa sekitar 28-30 hari untuk penghasilan kulit baru, kulit matang, kulit jadi tua, mati dan tumbuh kulit baru balik. Tapi untuk Psoriasis, proses tu ambik masa 4 hari je. Dan disebabkan pill yang aku ambik tu so sekarang kulit aku ialah kulit biasa macam korang je. So that why ia lambat sembuh dan disebabkan Psoriasis tak tumbuh kat tempat luka tu untuk menghasilkan kulit baru maka terhasillah parut.
Makanya sekarang pada usia 30 tahun aku dah ada 2 kesan parut kekal dan aku perlu lebih berhati-hati dari hari ni. Hmmmm..
2. TANNING
Aku jenis manusia tak suka tengok kulit putih sebab bagi aku ia nampak pucat dan lemah tak bermaya. Aku lebih sukakan kulit yang gelap. Kalau ada produk Qu Puteh versi menghitamkan kulit then dah lama aku telan. Unfortunately tak. Plus waktu kecik-kecik dulu aku paling hitam dalam adik beradik (sampai sekarang pun sebenarnya) tapi as time goes by aku jadi makin putih sehingga banyak gak event berlaku sampai orang Cina fikir aku Cina. Jadi aku sedaya upaya untuk menjadikan kulit aku gelap. Aku naik motosikal pakai baju lengan pendek tengah hari buta dan hasilnya terjadilah tanning yang cantik macam ayam yang dibakar sempurna. Sayangnya ia tak kekal lama. Dan sekali lagi Psoriasis menjadikan pertukaran kulit baru berlaku dengan cepat. So aku kembali cerah balik. Hmmm..
Tapi sekarang ni, aku keluar rumah tak sampai 10 minit ambik anak buah aku balik sekolah 5 kali seminggu pun dah boleh menjadikan aku nampak seiras macam mat Bangla. Yap..
3. DARK SPOTS
Satu perbezaan yang nyata selepas Psoriasis skin aku menyusut ialah bila timbulnya tompok-tompok hitam. Mula-mulanya aku fikir tahi lalat. Sebab dah lama aku tak nampak kulit sebenar aku then mungkin tali lalat tu wujud disebalik Psoriasis Skin tu. Macam freckles pun ada gak. Tapi lama kelamaan lebih banyak dark spot tu muncul. Seolah-olah ada beribu-ribu lalat berak kat kulit aku tanpa aku sedar. Sehingga satu ketika aku perasan yang kulit aku nampak macam kulit arwah nenak sedara aku dulu masa hidupnya. Kulit aku dah macam kulit orang-orang tua.
Mungkin pill tu berfungsi untuk melambatkan penghasilan kulit baru pada badan aku or persamaan linearnya penghasilan kulit baru oleh orang pula memang sangat perlahan. So aku ialah lelaki muda yang punya kulit jauh lebih tua dari usia sebenar aku. Hmmm..
So life with or without Psoriasis yang mana are much better? Aku tak tahu. Yap, luka yang sangat sembuh sehingga menghasilkan kesan parut adalah tak best tapi kulit kering sehingga merekah dan berdarah pula adalah jauh lebih tak best. Tapi sejujurnya aku rindu pada kulit Psoriasis aku dulu. But thanks tuhan tak ambik sepenuhnya kulit tu dan arthritis pun masih lagi kekal setia bersama aku. Hmmm
6 comments:
Salam, boleh saya tahu pil/ubat apa yang Encik makan dan mendapat rawatan di klinik/hospital mana ye? Sebab 90% Scalp Psoriasis dah cover kepala saya ��
Hi, saya ambik methorexate dari Klinik Pakar Hospital Umum Sarawak. Tolong jangan beli ubat tu dari pharmacy sebab ubat tu boleh bagi banyak effect negatif. Lagipun setiap kali rawatan memang kena buat ujian darah untuk pastikan sejauh mana kesan ubat pada badan. Saya pernah dapatkan rawatan di Hospital Ampuan Afzan Kuantan tapi pakar di situ tak bagi ubat pill. Tak tahu reasonnya. Untuk baca cerita saya dan psoriasis yang lain, saya cadangkan klik tag 'psoriasis' pada post. Semoga sentiasa kuat.
love,
AJ
salam. en. nazir saya syafiqa, saya pun penghidap pso. macam mana dengan pso encik sekarang? sudah pulih sepenuhnya ya.
Hi mspiqa,
Alhamdulillah. Boleh dikatakan 95-98% sembuh dan tak berulang. Saya bagi peratusan yang besar sebab sebelum ni psoriasis covered almost the whole body ar. Cumanya saya tak menggalak dan tak juga menentang untuk guna the same medication sebab side effectnya besar kemudian hari kelak. Semoga tabah dan sabar menghadapi psoriasis anda ya..
Aj back at Ukm a while go during orientation week, I confused you with Howes Salang. My 1st impression was you're Chinese and Salang's Malay
Hi 1106287,
Trust me, you are not the only one with that such confusion. Quite a few Chinese did spoke mandarin to me, my former roommate a bit 'tak puas hati' because been assigned with a Chinese and one akak during orientation ni stops me from go to friday prayer: it only for Muslim only. And some thought that Im an Indonesian. Hmmm
Post a Comment