Waktu filem Lelaki Harapan Dunia keluar dulu aku cukup tak puas hati sebab ia tak dimainkan kat mana-mana pawagam di Kuching pun (even perhaps satu Sarawak kot). Kemudian filem Terbaik Dari Langit pula hanya dimainkan kat Samarahan je (punya ar besar Sarawak, hanya 1 pawagam je yang main). Buat yang tak tahu geography, kalau Sarawak ialah Semenanjung then Kuching dan Samarahan ialah dua buah negeri yang berbeza. Nak buat macam mana kalau Melayu hanyalah majoriti ketiga terbesar selepas Dayak dan Cina dan peratusan perbezaan tu pula boleh tahan besarnya. Tapi yang peliknya bila filem-filem melambak keluaran Metrowealth boleh pulak ditayangkan. Hmmm..
Hari ni aku pergi layan Usup Wilca dalam Werewolf Dari Bangladesh. Seperti yang dijangka, hanya 1 pawagam je yang tayangkan filem ni. Dan ia bukan dari pawagam yang besar dan serba canggih. Even masa aku gi pawagam tu, hanya aku sorang je yang ada kat situ. Jangan katakan filem tu, malah semua hall kosong. (yap, aku pergi waktu siang hari masa orang lain tengah kerja). Dan pawagam tu pun guna konsep kalau hanya ada sorang je penonton then filem tak akan main. So buat kali kedua selepas Talentime, aku beli 2 tiket untuk tengok movie kat pawagam. Hmmm..
Tapi buat pertama kali dalam hidup aku apabila aku satu-satunya manusia dalam satu hall. Sebelum ni paling sikit pun 2 orang waktu aku tengok cerita Amir dan Lokman Pergi ke Laut. Hall aku masuk ni saiz sederhana je. Seat bahagi 2 bahagian dan satu baris ada sekitar 5 or 6 seat dan laluan keluar masuk satu kat depan je. Aku sepatutnya duduk 2 seat dari belakang dari rasa macam belakang sangat then aku berganjak ke hadapan sikit dan duduk kat paling tepi tempat laluan. Dan aku masuk masa trailer satu cerita hantu omputeh ni. Belum ada apa-apa lagi berlaku.
Ketika cerita baru start sekitar 15 minit macam tu aku dikejutkan dengan bunyi 'orang' terlanggar tempat letak tangan antara seat. Aku kata terkejut sebab bunyinya agak kuat dan ia betul-betul kat belakang kiri aku. Bunyi tu biasanya kita dengar bila masa cerita dah main, lampu hall dah dipadam dan beberapa kumpulan manusia datang lewat dan terlanggar sana sini. Lagipun masa aku masuk hall memang dah gelap. Selalunya bila iklan or trailer terakhir sebelum cerita nak start then baru mereka padamkan lampu hall tapi sebab aku sorang je so mereka malas nak buat. Tapi sejujurnya aku tak rasa apa-apa sangat lagi.
Kemudian tetiba semerbak timbul bau bunga ros. Ia bukan bau minyak wangi ros. Sebab aku ada Body Shop perfume oil rose. Baunya lain. Kat rumah aku ada banyak pokok bunga ros. Jadi aku tahu bezanya. Bau segarnya lebih kurang sama tapi yang ini semerbaknya lain. Waktu tu aku dah rasa pelik. Tapi aku postitifkan diri kata yang pawagam ni milik orang India jadi mungkin mereka guna air mawar untuk merenjis orang kahwin sebagai penyegar hall je kot. But if in case bau tu tiba-tiba bertukar busuk macam bangkai then aku akan bangun dan blah.
p/s: aku seorang yang penakut. Giler penakut. Plus aku sentiasa ada imaginasi suatu hari masa tengok cerita seram or pembunuhan kejam kat pawagam yang penuh dengan orang dan berlaku aksi menjerit-jerit oleh penonton ketika aksi seram dan dalam masa yang sama ada seorang pembunuh yang ada masalah mental dan bunuh satu persatu manusia dalam hall tu. Namun disebabkan keadaan gelap dan semua asyik menjerit then akhirnya semua dalam hall tu mati. Hmmm..
Tapi disebabkan aku dah bayar extra untuk tiket dan cerita tak sampai setengah jam main then aku tak nak keluar. Melainkan kalau ketika tu ada benda keluarkan nafas sejuk kat leher aku or ada benda main-main ngan rambut aku or paling tak pun ada bunyi benda mengilai-ngilai belakang aku then baru aku berambus. Jadi sepanjang masa tayangan tu mata aku just fokus pada skrin dan ketawa kuat-kuat untuk tenangkan diri aku sendiri. Aku langsung tak toleh kiri kanan. Belakang lagi ar tidak. Tak nak aku tetiba tertoleh dan lihat sorang perempuan muka pucat, rambut panjang, baju putih dan terus ketawa besar. Innalillah ar aku jawabnya lepas tu.
Aku berada kat situ sampai filem habis. Dan bau tu pulak tak ada di situ sepanjang masa. Kalau dalam hall sederhana kecil tu dan beraircond pula then sepatutnya bau akan kekal dari masa aku masuk dan aku keluar ar kan secara logiknya. Dan mungkin memang ada pintu yang aku tak nampak belakang dinding sana dan ada pekerja yang curi-curi masuk nak tengok cerita dan kebetulan dia tertumpah air mawar ketika nak turun kerja tadi tapi kenapa dia langsung tak ketawa sepanjang cerita tu bermain? Hmmmm..
Paling peliknya aku tak rasa sejuk goosebumps. Sebab sebelum ni aku pernah kena kacau dan rasa sejuknya tak sama walaupun waktu tu aku berada dalam bilik air cond kuat. So hantu ke? Perhaps yes or perhaps not. Tak siapa yang tahu. Jadi apa kata kau yang sedang berada di Kuching sekarang ni pergi masuk hall tu tengok movie sorang-sorang pulak. Ada berani?
No comments:
Post a Comment