1. FAQ
One of the most annoying part being a Psoriasis ialah nak tak nak kita
akan jadi centre of attention disebabkan oleh our obvious reddish skin. Then
akan muncul 2 kumpulan manusia: First- mereka yang buat-buat it not such a real big
deal tapi kat belakang kita mereka akan buat spekulasi sendiri based on rumor
and second- mereka yang curious dan akan tanya terus. Technically kumpulan
kedua jauh lebih better dari first group rumor yang berlegar-legar belakang
korang totally lari jauh dari reality and it hurt more.
Cuma the irritating part pada second group ialah bila korang akan jumpa
ramai individu tertentu ni akan tanya soalan-soalan yang sama berulang-ulang
kali sehingga buat kita gantung jer kat leher sekeping kertas ngan Frequency
Ask Question about Psoriasis. So aku cadangkan 1 kaedah penyelesaian ni: kenal
pasti orang yang kau akan stuck with untuk tempoh masa yang panjang, orang yang
kau akan jumpa kekadang, jejarang or just jumpa sekali seumur hidup jer.
Orang yang korang akan jumpa lama cam workmate, classmate, roommate etc
ialah orang yang kau perlu bagi lebih maklumat tentang Psoriasis kau akan jadi
bahan umpatan utama sepanjang korang still bernafas meanwhile orang yang kekadang dan jejarang cam barber
yang kau comfortable with or etc then just kata kau ada masalah kulit dan ia
tak berjangkit. Kalau dia tanya lebih then baru jawab lebih dan kalau tak then
jangan bazirkan air liur korang. Mean while orang yang kau yakin hanya akan
jumpa sekali seumor hidup then bagi ar apa-apa jawapan yang mengarut yang leh
buat hati kau sendiri terhibur cam it allergy, kau kena abducted by alien, kau
kena syphilis akibat seks bebas, Aids etc. Yap, ia bukan benda yang sihat untuk
kata cam tu tapi hey, don’t be too serious. Some time a Psoriasis need to make
make fun of themself too.
2. The New Dermatologist
Rakyat Malaysia cukup prihatin (hmmm. Iyalah tu) then mostly as a
Psoriasis then korang pasti akan, telah dan akan jumpa lagi ramai yang akan
bagi nasihat or rujukan untuk gi jumpa doctor itu ini, dukun itu ini, bomoh itu
ini or makan itu ini, pantang itu ini bla bla bla. Trust me, honey yang pada
usia aku 27 tahun ni aku dah jumpa berpuluh doctor + bomoh + dukun + sen sei +
ustaz bla bla bla yang bagi statement kata aku ni terkena buatan orang,
keturunan aku dulu pernah terlimpas ‘penjaga’ laut, aku ada persamaan ngan ular
etc yang sound sangat ridiculous.
Itu belum masok lagi part ubat-ubatan yang rasanya dah berbelas ribu
dibelanjakan untuk Psoriasis aku plus tu tak termasuk lagi ubat-ubat pelik cam
akar tuba, minyak ular, daging ular (yang aku tak makan), uri budak baru lahir
etc.
So nasihat aku untuk non-Psoriasis, please jangan jadi dermatologist
ngan cadang itu ini pak cik kat kampong ko pernah ubat orang yang sakit kulit
then sembuh bla bla bla pada kami. Memang ar niat korang tu suci murni tapi kamiorang dah naik muak dengar semua benda tu.
Sebab some Psoriasis dah boleh terima reality bahawa sakit ni memang tak ada ubat
untuk sembuh sepenuhnya plus sejujornya aku dah berpada pada tahap tak fikir
lagi tentang nak sembuh sikitpun. Plus nasihat untuk parents yang first time
ada anak yang menghidap Psoriasis, please jangan terlalu sibuk cari penawar
sehingga korang lupa perkara yang lebih penting iaitu untuk buat kau dan anak
kau terima dirinya seadanya.
So how to handle this kind of person..? Just kata: Stop. Jangan promote
apa-apa medication untuk fix kami. We are not broken plus it seem like korang
hanya mahu kami dalam bentuk sempurna jer tanpa korang sedar yang this
Psoriasis ialah sebahagian dari apa yang membentuk kami. Hmmm…
3. The Social Network
Penghidap Psoriasis selalunya mesti ada masalah dalam menjalinkan hubungan
sosial. Menjadikan most Psoriasis cuba untuk menyembunyikan kulit mereka agar
tampak normal dipandangan mata umum. Sebab cuba untuk mengelakkan trauma
diskriminasi oleh masyarakat sekitar. Yap, manusia attend untuk bertindak
kurang wajar pada sesuatu yang mereka tak tahu. Hmmm..
So soalan yang sering bermain dalam otak new/young teen with Psoriasis
ialah “Will I ever get friends or love even tho I got Psoriasis..?”
That the great thing about Psoriasis. Kau akan jumpa ramai orang yang
cuba menjauh or menjarakkan diri setelah melihat kondisi kulit kau. Walau kita
kata ia tak berjangkit sekalipun but still mereka akan create a gap untuk diri
kita. Menjadikan mereka yang tertinggal or mereka yang tak lari tu cukup
berkualiti untuk menjadi kawan dan cinta untuk kau. Sejujornya menjadi seorang
yang tak sempurna mampu membuatkan kau benar-benar faham pe’el manusia yang
mostlynya hanya melihat kesempurnaan luaran semata-mata. Tapi dalam ramai-ramai
tu ada juga yang masih mampu melihat kau bukan sekadar lapisan kulit luar yang
menyaluti tubuh semata-mata tapi sebaliknya siapa diri kau yang sebenarnya.
Being a Psoriasis menjadikan kau mampu jumpa manusia yang benar-benar baik
gak. Btw quality is more better than quantity kan..?
(bersambong)
2 comments:
klu penghidap psoriasis berhubungan sex dgn psngan yg xd sakit tu boleh tak? memudaratkan x? &klu kawen adakah anak kmungkinanan mndpt sakit?
Hi anon,
Bagus soalan tu. Psoriasis ni tak akan berjangkit walau dalam apa keadaan sekalipun so kalau kamu normal so after have a sex with pasangan with psoriasis then kamu pasti masih normal lagi. X da kesan mudarat lain pun.
Second question: kebarangkalian ada 2. Ya dan tak. Mungkin dia akan menghidap psoriasis dan mungkin dia sekadar pembawa genetik psoriasis jer. Dalam family aku, adik beradik x ada. Sama cam adik beradik emak. Just atok jer. Itupun kecil jer kat kaki.
Btw tq for the question
Post a Comment