Friday, December 21, 2012

Mathaholic

As usual orang suka upload gambar pelik-pelik or lawak or pelik lagi kat wall FACEBOOK. Tapi ada satu gambar ni buat otak aku biol sikit. Ia satu pengiraan matematik yag dikatakan 73% orang gagal menjawab soalan ni. Aku suka math so aku sahut cabaranya.


Kalau komputer korang gagal load gambar tu then aku tulis balik pengiraan tu:


4 x 4 + 4 x 4 + 4 - 4 x 4 = ?


So secara congak jawapan aku 320 tapi majority kata jawapannya 20. Aku jadi pelik. Apsal lak jadi 20? 

4 x 4 = 16
16 + 4 = 20
20 x 4 = 80 
80 + 4 = 84 
84 - 4 = 80 
80 x 4 = 320

So cam mana lak majoriti diaorang leh dapat 20 lak? So aku guna kalkulator handphone aku dan jawaannya 20 gak. Aku makin pelik. Tapi sejujornya ramai ahli math pernah kata kalkulator ni walaupun lebih bijak dari certain manusia tapi ada masa ia boleh diperbodohkan ngan certain pengiraan melibatkan certain nombor. Then aku check google search rerupanya banyak gak forum discuss tentang hal ni. Dan aku jumpa pengiraan yang menghasilkan jawapan 20. Diaorang kira cam ni:

4 x 4 + 4 x 4 + 4 - 4 x 4
16 + 16 + 4 - 16
32 + 4 - 16
36 - 16
20

Yang buat aku pelik lak apsal diaorang kira asing-asing..? Bukannya ada bracket pun. Kalau ada bracket then baru kita buat yang bracket dulu. Cuma kalau ada bracket then ada banyak possibility lokasi bracket tu  berada cam:

(4 x 4) + (4 x 4) + 4 - (4 x 4) = 20
(4 x 4) + (4 x 4) + (4 - 4) x 4 = 128 or
4 x (4 + 4) x (4 + 4) - (4 x 4) = 960 or etc

Or kita guna nombor lain dalam pengiraan yang lebih ringkas cam:

5 x 2 + 3 x 6 + 1 = ?

So adakah kita akan kira cam:

(5 x 2) + (3 x 6) + 1 = 29

Or kira secara terus:

5 x 2 + 3 x 6 + 1 = 79



















Mikir benda ni buat aku stress. Kedian aku tengok balik kat gambar tadi. Aku baca balik tulisan kat bawah tu kata: 73% people failed to answered this. Then ia buat aku ketawa sesorang. No wonder laa ramai sangat kata jawapannya 20. They are those yang berada dalam 73% punya group.
















(but still aku tak tahu siapa yang sebenarnya betul)

3 comments:

skulluv said...

bro ingat formula darab bahagi tambah tolak.

tak kisah kalau ada bracket atau tidak.

missSenget said...

kan dulu masa sekolah, kalau ada darab dgn tambah, buat darab dulu..

Aj Abdullah said...

skulluv & miss senget: aku dah jumpa jawapan sebenar. Jawapannya kedua-duanya adalah betul. Ia ada term yang digunakan oleh pakar matematik untuk jelaskan hal sedemikian. So dah tak rungsing dan x ada alasan utuk migrai, botak or kemurungan lagi. huhuhu