Thursday, December 13, 2012

The Hobbit Film Review

Kalau korang ialah kipas susah mati trilogi Lord Of The Ring (LOTR) then kemunculan The Hobbit pasti akan mengubat kembali kerinduan korang pada Gandalf The Grey, komuniti Hobbits, Elves, Dwarves dan Middle Earth ngan keseluruhan mahkluk-makhluk yang mendiaminya. 


One thing yang aku leh kata tentang The Hobbit ialah ia seperti Star Wars versi Middle Earth. Sebab kalau korang tahu cam mana idea cerita Star Wars dimana ia bermula ngan episode 4-5-6 dan berbelas tahun kemudian then ia berakhir ngan episode 1-2-3. Kita sememangnya dah tahu yang Anarkin Skywalker ialah Darth Vader yang kata "Im you father..!!" cuma kita tak tahu bagaimana ia benar-benar bermula.

Sama gak cam The Hobbit gak. Ia dikatakan berlaku 60 tahun sebelum Fellowship Of The Ring dibentuk. Tapi masa permulaan cerita ni kat perkampungan Hobbit tu it totally ialah scene yang sama ngan permulaan Fellowship Of The Ring yang kalau korang ingat part Gandalf masuk kampung tu untuk celebrate birthday Bilbo Baggins cuma kali ni ia dinyatakan dalam perspektif yang berbeza ngan cameo Frodo. Plus cerita ni lak ialah tentang perjalanan Bilbo Baggins masa masih muda.

Disebabkan ia berlaku jauh lebih awal sebelum Middle Earth dihancurkan oleh Saruman dan tentera-tentera jahatnya so Middle Earth kali ni masih terlalu aman tenteram lagi. Even Orcs yang ada pun tak seganas Orcs yang dah dimodifikasi oleh Saruman dalam Trologi LOTR tu. 

Plus moment yang paling dinanti-nantikan mestilah part kemunculan Gollum yang asyik kata 'My Precious ...' tu.








Secara keseluruhan kalau korang peminat LOTR then korang pasti akan minat sekali ngan The Hobbit sehingga rasanya 2 jam setengah tu cam berlalu ngan sangat pantas dan buat korang tak sabar-sabar nak tahu apa yang akan berlaku pada filem-filem seterusnya kelak. Even kalau korang tak pernah layan LOTR sebelum ni pun still korang akan faham apa yang sedang berlaku disebabkan jalan ceritanya yang mudah dan terpesona ngan keindahan Middle Earth.

Memang ar tak banyak aksi or part-part yang mampu membuatkan hati korang keluar dari badan etc sebab ia masih lagi filem pengenalan lagipun aku rasa tak ada kesan kemusnahan besar sangat ar dalam next filem sebab kita tahu ketika permulaan Fellowship Of The Ring pun dunia masih lagi aman damai. Hmmm.












Pada part penghujung filem ni nanti korang pasti akan bersetuju ngan aku pada part burung garuda, rajawali, jentayu ke apa nama spesies tu bawak group diaorang ke satu tempat tinggi tu then korang pasti akan tanya apsal burung tu tak dari awal-awal lagi dari kampung Hobbits tu terus je bawak mereka ke Lonely Mountain then kan ke pendek jer cerita ni. Tak ar susah-susah nak perang-perang lawan pedang ngan lalui lokasi yang extra bahaya tu. Pelik

No comments: