Esok pada tarikh yang sama tahun lalu ialah hari terakhir aku berkerja sekaligus menjadikan genap setahun dah aku tak berkerja or dalam ayat tak bestnya mengganggur. Macam tak percaya jer yang setahun berlalu cukup pantas. Rasa cam baru semalam bebudak panggung wayang tu kata aku ialah Snow White versi lelaki yang menjadi mangsa buli ibu dan abang-abang tiri (seniors). Wait.., Snow White mana ada adik beradik tiri. Itu Cinderella laa. Hmmmm...
Yap, setiap kali aku berhenti kerja (It sound cam selalu sangat lak) then aku akan rasa seperti aku dah melepaskan satu batu besar yang membebankan belakang aku. Aku rasa sangat lega tapi beberapa ketika kemudian muncul beberapa perasaan baur menyatakan yang sebenarnya aku leh jer handle bebanan tu or bebanan tu tak ar sebesar mana pun but still aku tak pernah menyesal berhenti kerja dalam mana-mana kerja sebelum ni pun.
Kalau korang kata aku sangat malas nak kerja then korang sangat salah. Setiap kali aku mengganggur then setiap kali gak aku ada panggilan kerja then aku bagi yang terbaik walaupun kerja tu sangat low ngan bayaran rendah. Cuma most of them akan guna reason aku terlalu educated untuk kerja tahap budak tak lepas SPM. Even kali ni beberapa interview yang aku sangat yakin leh diterima pun aku tak dapat. Then korang kata: over confident laa tu. Wait seminit, kerja-kerja sebelum ni yang aku dapat pun aku confident gak masa interview wei.
Entah apsal aku rasa tuhan tak nak aku berkerja tahun ni. Dia ada perancangan khas untuk aku. Aku perlu berehat dan lihat apa yang aku terlupa or tertinggal di belakang. Yap, aku banyak belajar beberapa perkara dalam tahun ni. Even recently ada satu events yang besar aku belajar yang buat aku rasa lebih tenang dan gembira. Itu nanti aku cerita.
Then korang tanya lagi: "Cam mana kau survive dalam setahun ni..? Kau mintak duit ngan parents ke..?" Ooh no. Shame on you laa wei. Sila hantok kepala korang ke dinding yaa sebab berfikir sedemikian. Rasanya tamat jer zaman sekolah aku dah x mintak duit dari parents lagi ek.
Dalam setahun ni pendapatan aku kurang RM3000 jer (duh, dulu sebulan gaji je almost nak nak sampai angka tu). Yap, aku masih tinggal ngan parents so aku tak ada possibility untuk makan tanah bersupkan batu etc. Gaji kerja terahir dulu pun masih lagi sikit (yang aku guna sikit untok shopping Kristmast last week). Still aku leh layan Starbucks setiap minggu, belanja kurang 20 buah novel, beli kurang 20 helai pakaian dan crabby-crabby stuff yang entah kenapa aku leh beli. Plus pembelian termahal tahun ni ialah Samsung Galaxy Notes. Dan betapa aku bersyukur yang aku lahir di Malaysia dan bukan Palestine sehingga buat aku leh survive tanpa kerja dalam setahun. Hmmm..
Berat badan aku naik sekitar 20kg dalam setahun ni. Sekarang aku dah 80kg ++. Itu belom masuk pinggang aku. Masa nak beli jean tempohari (jean aku dah sendat, padat, mampat) then aku fikir mungkin aku just naik 2-3 inci jer tapi rerupanya 5 inchi menjadikan pinggang aku dah 38 inci. Paha aku dah cam chicken drumstick yang mengiurkan ar. Hmmm..
Harap tahun depan aku akan dapat kerja or paling tak awal tahun depan projek aku ni akan berjaya. Walaupun ia tak berjalan sepenuhnya seperti yang aku nak but still aku harap ia akan keluar gak.
Setahun dah berlalu. Ada kawan yang dah kawen dulu dah ada anak. Ada gak yang dari bujang dah tak bersendirian lagi plus ada gak yang dulu berdua dan sekarang kembali berseorangan. Aku lak..? Masih sama dan tak ada sebab untuk berubah. Hmmmm
No comments:
Post a Comment