Thursday, December 13, 2012

Melencong ke Perak 01

Selepas aku resign kerja terakhir aku tahun lalu, first thing yang aku buat (selain shopping kat area Mall di Bukit Bintang area) ialah melancong ke Perak bersama partner in crime: Miss Didi. Kami memang dah rancang dari zaman university dulu lagi kata in few years after graduated then kami akan jadi backpacker. Even Didi kata kalau waktu tu dia dah kawen dan ada anak sekalipun still dia akan pergi backpack bersama gak malah sanggup tinggalkan anak ngan suaminya lagi. Dan entah apasal lokasi pertama yang both of us setuju ialah Perak. Hmmm..


Pagi Jumaat tu aku naik bas dari Kuantan - simpan beg-beg aku kat hentian Pekeliling - dan as aku kata tadi then aku shopping. Antara benda yang aku beli waktu tu ialah Lomo Fisheye 2 dan sebijik box bag yang authentic gak ar. Plus tak lupa perubahan yang berlaku pada system penggangkutan awam KL yang waktu aku baru datang 4 bulan lepas tak ada lagi iaitu sistem token pada LRT. Then ambik beg dan gi hentian Komuter Padang Jawa untuk jumpa Didi. Then the journey started.

1. Lomo Fisheye2 yang aku beli kat Fahrenheit. 2. Gambar pertama aku dan didi before start journey

Kami boleh pilih untuk gi keesokkan harinya tapi aku cadangkan it better gi malam-malam hari sebab  esok paginya kami leh terus start sarapan di Perak. Lepas dinner kami bertolak guna kereta Didi (sebenarnya tak ar backpack sangat kan?). Sepatutnya KL-Perak (Taiping) just ambik masa around 4 jam jer tapi perjalanan kami pulak ambik 11 jam sebab once kami masok Perak terus kami lepak kat sebuah RnR ni. Kami minum kopi sambil main buaian,  makan jambu batu sambil borak-borak menjadikan kesejukkan pagi tu tak terasa. Banyak benda yang nak dicerita dari issue umpat kekawan sehinggalah bab-bab serius tapi last-last kami tertidur dalam kereta. Lepas Subuh kami terus gerak memulaikan perjalanan.

1. Salah satu senibina authentic kat Taiping. 2. Berlatarbelakangkan J.W.W Birch.., ala pok cik yang kena bunuh tu. 3. Phone Booth klasik yang mesti gi lawat.

Sejujornya kami tak ada apa-apa plan yang specific pun. Memang kami nak gi Perak tapi Perak tu besar dan kami tak decide nak gi mana pun. Aku nak gi Ipoh or Teluk Intan tapi Didi nak gi Taiping dulu. Last-last kami setuju pilih Taiping (pronounce as Tepeng) but still kami tak tahu apa yang ada kat sana. Kami just go with the flow: Tengok sign or tanya orang tempatan mana tempat yang best untuk pelancong. Hmmm..
 

Taiping ialah sebuah bandar yang tak dicemburui masa. Kalau korang jenis yang suka senibina klasik barat zaman colonial then inilah tempatnya. Didi ada kawan sorang doctor kat Taiping so kami masuk Hospital Taiping then feelnya cam berada pada era 70-an jer. Itu belum masok part penduduknya lagi. Mereka pun tak mengejar masa langsong. Kereta-kereta kat jalan raya bergerak punya ar sempoi jer menjadikan Didi yang tahap kesabarannya agak rendah cukup susah untuk hidup kat situ ar. Wakaka..

Masalah yang timbul untuk kami waktu tu ialah mencari hotel. Taiping memang ada beberapa hotel tapi mostly semua hotel tu penuh. Quite menghairankan gak ar sebab kalau tengok sekeliling cam tak ada orang sangat tapi hotel semuanya full. Kami pusing beberapa kali bandar Taiping nak carik hotel. Selamat ar laluanya mudah dan trafik tak teruk (kecuali kereta mostly bawak slow) Last-last kami check in kat sebuah hotel (Meridien Hotel) yang agak murah ngan pakej yang menakutkan gak next to Hospital Taiping. Menakutkan sebab: First owner dan pekerjanya nampak sangat psiko cam cerita seram dimana pemilik hotelnya sangat misteri ngan anak yang ada masalah otak. Second: kondisi hotel tu yang cam dalam filem Dark Water and third: owner tu awal-awal lagi dah kata “Jangan takut nanti malam ada tok imam akan datang ketuk pintu bilik..” hmmm..

Ada beberapa tempat yang menarik untuk dilawati kat Taiping antaranya Muzium Taiping, Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping. Sebenarnya ada banyak lagi tapi sebab kami cuma berada kat situ untuk 2 hari 1 malam jer so semuanya jadi cukup berebut.  Plus sentiasa ada unfortunate thing happens cam usaha pencarian hotel yang cukup lama menjadikan baki hari pertama cukup pendek, Muzium Taiping waktu tu lak tengah melakukan renovation on sebahagian sectionnya menjadikan kawasan yang open untuk public quite limited ar dan sewaktu kami berada kat Zoo Taiping kurang sejam then hujan lebat turun menjadikan perjalanan kami cukup lembap. So akibatnya plan nak gi Maxwell Hill pun terpaksa ar dibatalkan. Hmmm..

1. Muka teruja lama dah x jejak kaki masok zoo. 2. Naik keretapi mini dalam zoo tapi badan separuh dah basah dek hujan 3. Last-last beruniformkan baju hujan sambil buat muka ayu

Malam pertama kami dinner ngan kawan Didi si doctor tu kat sebuah resort dalam hutan next to Maxwell Hill (yang aku x ingat nama tempat ni). Dia sorang doctor yang quite humble and down to earth ar. Walaupun bapak dia sorang yang besar pengaruhnya dalam dunia perubatan but still dia pilih untuk berkhidmat di hospital awam di bandar Taiping berbanding hospital swasta di bandar-bandar besar ngan pendapatan yang jauh lebih lumayan. Alasan dia bagi: dia tak suka kesibukkan dan kebisingan manusia kota.




After Dinner kami gi the other side of Taiping yang jauh lebih 'hidup' ngan tempat untuk golongan muda-muda Taiping melepak. Ia bersebelahan sungai next to Station Keretapi Tanah Melayu. So that the end of first day journey di Taiping.

(bersambong)

3 comments:

Anonymous said...

buy tramadol tramadol without prescription - tramadol hcl 225 mg

Anonymous said...

http://www.achildsplace.org/banners/tramadolonline/#6529 buy tramadol without prescriptions - buy tramadol in florida

Sedot Wc Cuma Rp 65.000 said...

isi artikel sangat bagus
dan bermanfaat
terimakasih atas info nya