Thursday, December 20, 2012

PMR

Semalam ialah hari keluarnya keputusan PMR so guarantynya pasti cuku banyak berlaku drama air mata dan gelak ketawa. Hei, kalau korang pernah ambik PMR, SPM, STPM etc then ada 3 benda yang korang pasti akan setuju kalau aku kata 1) Nasib tak menyebelahi kau (apa yang baca totally tak keluar satu pun) 2) Gagal ujian awam tu tak menjanjikan yang korang akan gagal life kat luar gak sebab ujian sebenar ialah cara nak survive dunia luar (sama cam Akademi Fantasia gak) 3) Kau sendiri tahu yang kau deserve with keputusan ujian ngan usaha yang kau dah buat so buat apa nak nanggis-nanggis ni..?


Aku PMR tahun 2000. Almost 13 tahun dah berlalu. Bagi aku PMR feelnya lebih besar berbanding SPM kot sebab ia ujian besar pertama yang aku cukup serius nak ambik (even SPM pon aku dah malas nak ambik sebenarnnya) plus it takes 3 tahun untuk belajar dan hafal semua ilmu sebelum leh ambik PMR berbanding 2 tahun jer untuk SPM. Hmmm..

...

Waktu aku masok form 1 dulu, aku ialah shadow kepada Uda (abang aku) yang pecah rekod sekolah as cukup cemerlang dalam PMR. So kalau ada cikgu kenal aku as adik Uda then mereka akan bagi special treatment untuk aku. So aku dijadikan ketua kelas, pengawas, join kelab itu ini etc. Expectation mereka lebih tinggi bila form 1 dan form 2 untuk setiap semester exam then aku akan dapat nombor 1 dalam kelas dan terbaik untuk tingkatan. Kiranya aku ni cam kanak-kanak terpilih dalam Digimon gak ar. Hmmm

Cuma pada form 3 tu aku dah start memberontak. Aku just nak jadi ordinary guy jer. So 2 kali exam semester aku buat hal ngan kata aku demam dan tak ke sekolah but still aku ambik sekitar 2-3 paper jer ngan harapan aku nak dapat tempat terakhir. Tapi bila dah keluar keputusan still ada lagi orang yang leh ambik semua paper dalam dapat kedudukan jauh lebih teruk dari aku. Tapi satu semester ni aku dapat 3 or 5 dari belakang.

Then masa ambik PMR dan kemudian keluar result. Aku dapat 5A 3B jer but still aku kedua terbaik sekolah (yang terbaik tu mestilah 8A)















Kemudian masok form 4 aku makin ar malas belajar. Sebab mode nya cam kita dah bagi sehabis baik untuk PMR then ada lagi satu exam besar kat depan yang perlu kita ambik. Duh, sistem pendidikan Malaysia ni terlalu berpandukan peperiksaan sangat ar. Ia tak realistik. Hmmm

No comments: