Friday, December 21, 2012

Gergasi Book Review

Waktu tu aku tengah kecewa ngan novel Life Of Pi yang bagi aku terlalu mendatar sehingga tahap aku leh kata dalam hati: That it. Aku tak akan sambung baca buku ni lagi. Before I thought filem yang diadaptasi based on novel biasanya novelnya lebih best tapi novelnya jauh lebih mendatar dari filemnya yang mendatar tu. Aku tak ar kata buku tu tak best. Ada part aku memang terhibur tapi ia tak ada naik turun. Ia just terlalu mendatar. So aku gi kedai buku dan cari satu novel yang leh mengantikan mood membaca aku tu. Aku pilih Gergasi by Khairul Nizam Khairani.


Waktu tu dalam otak tak ada plan nak carik apa-apa certai buku tapi kalau boleh aku nak baca buku indie Bahasa Melayu. So aku gi MPH sebab before aku pernah terjumpa beberapa buku indie ni tapi unfortunate waktu aku datang dah x ada lagi wujud buku-buku tu. So it either buku FIXI or buku politik tempatan. Dan kat rak jual buku FIXI lak just beberapa jer tahap hidu segan mati tak mahu so aku pilih Gergasi. 

Tapi sejujornya aku tak nak bagi apa-apa expectation awal dulu ar walaupun waktu aku baca sinopsis kat web FIXI ia cam agak lame sikit ar tak macam ZOMBIJAYA or INVASI yang once kita baca sinopsis dah buat hati kita tergerak nak beli dan baca. Asalkan aku tak baca novel cinta sudah. 

So aku start baca. Ia bermula ngan agak boring. Zombijaya pu start boring gak tapi kemudian ia jadi sangat best sehingga aku baca tanpa henti. Tapi aku terus baca dan berhenti dan kembali baca dan berhenti beberapa hari dan baca dan rehat seminggu dan baca balik. Dan pada almost separuh buku ni then aku nekad yang aku akan berhenti baca buku ni. Hmmm..

The great part pada buku ni ialah ideanya yang segar dan baru untuk penulisan tempatan. Hei, siapa yang pernah tulis tentang robot besar (yang ikut ilustrasi depannya a bit cam Iron Man pun ada gak) yang wujud pada era kejatuhan empayar Melaka dan kemudian time travel balik ke zaman moden dan lawan penjenayah kat Malaysia? Tak pernah kan? Plus penulis bijak dalam menimbulkan persoalan demi persoalan kepada pembaca cam: Apa robot tu sebenarnya or cam mana dia leh time travel or mak cik mengandung zaman Melaka tu ada kaitan ke ngan guy zaman moden  tu or bla bla bla. Memang ia menimbulkan semangat nak baca tapi.. There always tapi.

Korang ingat lagi tak zaman sekolah dulu masa nak exam cikgu selalu ingatkan "Tulis apa yang soalan tu nak dan bukan apa yang awak tahu..!!" Contoh: Soalan suruh kau bincangkan tentang kaedah perang zaman Yunani tapi sebab kau tak baca bab tu sebaliknya kau hanya baca bab senibina India so kau tulis ar 2 muka surat panjang lebar tentang India ngan  harapan orang yang semak nanti leh bagi markah kasihan. Naa.. teknik tu tak akan berjaya.

Sama cam buku ni gak. Dia suka membaca dan dia ada banyak maklumat so dia masukkan semuanya ke dalam buku ni ngan harapan pembaca akan terlebih suka. Yap, mungkin akan ada yang suka tapi malangnya orang tu bukan aku. Sebab feelnya seperti membaca jurnal perubatan yang ditulis oleh doktor untuk dibaca oleh doktor dan pakar perubatan jer. Terlalu banyak jargon perubatan yang terlalu asing untuk kita faham sehingga buat kita pening kepala. 

Or modenya cam baca news paper Cina yang akan buat mata kita meliar nak cari huruf roman yang setakat sepatah dua dan based on tu dan gambar ngan harapan kita faham apa yang wartawan tu tulis. Ada satu bab tu aku lebih banyak skip dan skip dan skip. Itu perkara yang aku tak pernah buat sebelum ni dalam membaca. Ia sangat tabu tahap kita baca ending dulu then baru baca bab pertama. Sehingga satu tahap aku kata: It Enough..!! Aku berhenti.













Sangat menyedihkan bila sebuah idea yang cukup murni tapi gagal dalam part penceritaan. Ia seolah-olah kalau filem adaptasi dari novel bagus tapi malangnya pengarah yang dipilih tu lak tak punya daya imaginasi yang hebat untuk menterjemahkan karya hebat. 

Secara keseluruhan, aku kecewa. But as aku selalu kata: Mungkin ada yang suka buku ni tapi bukan aku. Yaa, it hard untuk memenuhi kehendak semua orang. Hmmmm

2 comments:

shandye. said...

ia sebuah buku yg bagus sebenarnya, cuma bak kata seorang kenalan aku, kena betul-betul luangkan masa dan cuba habiskan baca sekali duduk saja baru betul-betul akan rasa teruja dengan jalan ceritanya yang bagi aku agak berselirat itu.

=)

Aj Abdullah said...

Hmmmm.. Aku tak ar sampai nak kata yang buku tu tak bagus cuma ia mungkin ia bukan untuk aku kot. Btw nanti aku nak beli buku ko tulis lak. huuhuhu